Cairns

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Koordinat: 16°55′32″S 145°46′31″T / 16.92556°S 145.77528°T / -16.92556; 145.77528

16°57′S, 145°45′T
Cairns
Queensland
Cairns locator-MJC.png
Lokasi Cairns
Jumlah penduduk:
Kepadatan:
128,284 (ke-14)
246.5 [1]/km²
Diasaskan: 1876
Keluasan: 488.1[2] km²
Zon waktu: AEST (UTC+10)
Lokasi: 1720 km dari Brisbane, Queensland
Bandaraya Cairns sekitar 2005 dari Gunung Whitfield memandang tenggara. Jalan Sheridan, jalan utama tenggara-barat daya menjadi Lebuhraya Kapten Cook yang menuju ke Pelabuhan Douglas (ke arah latar depan). Penyimpanan tangki kimia dapat dilihat di kanan atas berada di subbandar Portsmith.

Cairns ialah sebuah bandar daerah serta Kawasan Kerajaan Tempatan yang terletak di Queensland, Australia. Ia terletak lebih kurang 1,720 kilometer (1,070 batu) dari Brisbane, serta lebih kurang 2,500 kilometer (1,600 batu) dari Sydney melalui jalan raya. Bandar Cairns kini berkembang dengan pesat, dengan jumlah penduduknya sebanyak 128,284 orang (pada Jun 2005),[3] dan bergantung kepada industri-industri gula dan pelancongan.

Dinamai sempena William Wellington Cairns, gabenor Queensland ketika itu, ia mula diduduki pada tahun 1876 untuk melayani para pelombong yang menuju ke lombong emas di Sungai Hodgkinson. Petempatan ini kemudian merosot apabila sebuah laluan yang lebih mudah ditemui dari Pelabuhan Douglas. Bagaimanapun, masa hadapan Cairns dipastikan apabila ia berkembang menjadi sebuah pangkalan kereta api dan pelabuhan yang utama untuk mengeksport tebu, emas, logam-logam berharga, serta hasil-hasil industri pertanian dari kawasan dan dataran tinggi yang berhampiran.

Cairns merupakan sebuah destinasi melancong yang popular kepada para pelancong asing kerana iklim tropika dan lokasinya yang dekat dengan banyak tarikan pelancong. Terumbu Sawar Besar boleh ditiba kurang daripada satu jam melalui bot. Taman Negara Daintree dan Tanjung Tribulation yang terletak kira-kira 130 kilometer (80 batu) di utara Cairns merupakan tempat-tempat yang popular untuk mengalami hutan hujan tropika. Ia juga merupakan titik permulaan untuk mereka yang hendak menjelajahi Cooktown, Semenanjung Tanjung York, dan Dataran Tinggi Atherton.

Cairns telah mempergunakan persekitaran semula jadinya untuk memanfaatkan diri dengan pembinaan banyak taman tema untuk para pelancong, antaranya Taman Kebudayaan Orang Asli Tjapukai, dan Jalan Kabel Gondola Rel Langit Kuranda, yang terbentang sejauh 7.5 kilometer merentasi hutan hujan Warisan Dunianya.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]