Cencurut Rumah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Cencurut Rumah
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Order:
Keluarga:
Genus:
Spesies:
S. murinus
Nama binomial
Suncus murinus
Taburan Cencurut Rumah
(biru— asal, merah— diperkenalkan)

Cencurut Rumah (Jawi: چنچوروت رومه; bahasa Inggeris: House Shrew) ialah salah satu daripada haiwan yang terdapat di Malaysia. Nama sainsnya Suncus murinus. [1]

Taburan[sunting | sunting sumber]

Cencurut Rumah boleh didapati di Malaysia.

Ciri-ciri[sunting | sunting sumber]

Cencurut Rumah adalah haiwan yang tergolong dalam golongan benda hidup, alam haiwan, bertulang belakang (vertebrat), kelas Mamalia. Dalam aturan : Insectivora, tergolong dalam keluarga :Soricidae. Cencurut Rumah adalah haiwan berdarah panas, melahirkan anak, menjaga anak, dan mempunyai bulu di badan.

Jantung Cencurut Rumah terdiri daripada empat kamar seperti manusia. Kamar atas dikenali sebagai atrium, sementara kamar bawah dikenali sebagai ventrikel.

Pengenalan[sunting | sunting sumber]

Celurut rumah di tepi halaman di Dramaga, Bogor

Haiwan kecil yang tngkas dan ribut. Panjang kepala dan tubuh 92–146 mm, ekor 46–86 mm.[2]

Tubuh berwarna seragam, abu-abu kebiruan dan keperangan. Ekornya gemuk, terutama di pangkalnya, dan meruncing di pangkal; perang kekelabuan atau kehitaman, dengan bulu yang jarang dan kasar.

Seperti namanya, hewan ini adalah salah satu jenis mamalia kecil yang paling sering ditemui di sekitar rumah terutama di pedesaan.[3] Namun ia sering pula didapati di hutan, khususnya hutan-hutan sekunder.

Di Negros, Filipina, celurut rumah ditemukan mulai dari dekat laut hingga ketinggian 1,650 m dari aras laut.[4]

Anak jenis dan penyebaran[sunting | sunting sumber]

Anak di tangan

Celurut rumah memiliki variasi yang cukup tinggi dalam ukuran dan warna, sehingga banyak yang diusulkan sebagai subspesies atau bahkan spesies yang lain. Sejauh ini belum ada revisi yang komprehensif untuk merisalah kembali spesies ini.[3]

Untuk sementara beberapa subspesies yang jelas terbedakan, di antaranya adalah:[3]

  • S. m. murinus, berukuran besar, keabu-abuan, dengan ekor gemuk. Menyebar luas mulai dari India di sebelah barat hingga Shanghai dan Jepang selatan di timur laut, melintasi Asia Tenggara di selatan hingga Filipina dan Maluku (Indonesia) di tenggara.
  • S. m. nemorivagus, berukuran lebih kecil. Menyebar di Assam dan kaki Pegunungan Himalaya.
  • S. m. sindensis, abu-abu sangat pucat. Menyebar di daerah kering di Pakistan dan Rajasthan.
  • S. m. viridescens, berukuran lebih kecil, dari India selatan.

Ekologi dan hubungan dengan manusia[sunting | sunting sumber]

Lukisan kartun keluarga celurut yang berpindah tempat (oleh Edward Hamilton Aitken, 1920)

Mamalia ini bersifat komensal menumpang hidup pada aktivitas dan lingkungan peradaban manusia untuk berbiak dan menyebar luas. Celurut rumah sering terlihat di sekitar dapur atau tempat sampah, memakan remah-remah makanan yang tercecer atau memburu serangga semacam kecoak dan sebangsanya.

Celurut bersarang di sudut-sudut gudang yang terabai atau sela-sela tumpukan barang yang jarang dibongkar . Betinanya ini rata-rata beranak dua kali setahun secara rawak, setiap kal melahirkan hingga 5 ekor anak (rata-rata 3 ekor).[5] Ketika berpindah sarang, anak-anak celurut biasa berbaris mengikuti induknya mengigit ekor seekor demi seekor sehingga seekor anak menggigit ekor induknya .[5]

Cencurut rumah boleh dianggap sebagai haiwan yang berguna kepada manusia kerana ia merupakan insektivora yang memakan beraneka serangga perosak serta menghalau tikus liar.[5] Malangnya ia kerap dibunuh kerana disalah cam sebagai tikus, diburukkan lagi dengan keadaan dicurigai sebagai vektor penyakit leptospirosis.[3]

Celurut rumah juga dapat digunakan sebagai haiwan ujian di makmal.[6]

Pembiakan[sunting | sunting sumber]

Sebagai mamalia, Cencurut Rumah berdarah panas, melahirkan anak, menjaga anak, dan mempunyai bulu di badan. Cencurut Rumah akan menjaga anaknya sehingga mampu berdikari.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "salinan arkib" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2007-10-31. Dicapai pada 2010-04-17.
  2. ^ Payne, J., C.M. Francis, K. Phillipps dan S.N. Kartikasari. 2000. Mamalia di Kalimantan, Sabah, Sarawak & Brunei Darussalam. WCS - Indonesia Program. Bogor. p.163–164. ISBN 979-95964-0-8
  3. ^ a b c d Corbet, G.B. and J.E. Hill. 1992. The Mammals of the Indomalayan Region: a systematic review. Nat. Hist. Mus. Publ. and Oxford Univ. Press. London. p.35–37.
  4. ^ Suncus murinus[pautan mati kekal] pada website Mammalian Fauna of the Philippine Islands
  5. ^ a b c Lekagul, B. and J.A. McNeely. 1988. Mammals of Thailand. The Assoc. For the Conservation of Wildlife. Bangkok. p.35–36.
  6. ^ Temple, J. L. (2004). "The Musk Shrew (Suncus murinus): A Model Species for Studies of Nutritional Regulation of Reproduction" (PDF). ILAR Journal. 45 (1): 25–34.[pautan mati kekal]