Daphne Iking
| Daphne Iking | |
|---|---|
| Lahir | Daphne Eleanor Iking 1978 Sabah |
| Tempoh aktif | 2001—kini |
| Laman Web | http://www.daphneeleanoriking.com |
| Laman web rasmi | |
Daphne Eleanor Iking (lahir tahun 1978 di Sabah) ialah seorang peragawati, pengacara televisyen dan pelakon dari Malaysia. kini beliau mengacara The Breakfast Show di ntv7.
Isi kandungan |
[sunting] Biografi
[sunting] Televisyen
Iking yang memegang Ijazah Sarjana dalam Komunikasi (2004) dan Ijazah Sarjana Muda dalam Penyiaran (Filem, TV dan Radio, 2001), kedua-duanya dari Universiti Sains Malaysia di Pulau Pinang, Iking memasuiki persada televisyen melalui kemunculan dalam iklan Pond's pada tahun 2001. Pada tahun 2003, beliau mendaftar dirinya untuk meraih jawatan sebagai journalis di TV3. Tidak lama kemudian, beliau berjaya menempah tempat sebagai hos Ringgit Sense di rangkaian tersebut.
Pada tahun 2004, Iking muncul sebagai hos Explorace selama dua tahun. Selepas itu, sepanjang tahun 2005 beliau mengacara PNB World Investment Challenge (TV3), Vector Challenge (8TV), May/Antabax Health & Beauty Capsules (TV3) dan Explorace Kids (TV3). Beliau juga menjadi wartawan bagi the Brand dan Majalah Tiga di TV3.
Pada tahun 2006, beliau mula menjadi pelakon menerusi siri KL Lights. Pada tahun yang sama, beliau muncul dalam My Australian Adventure dengan peranan sebagai travelogue. Kemudian pada tahun itu, Iking berpindah ke ntv7 lalu mengacarakan The Breakfast Show di saluran itu. Belaiu juga muncul sebagai juri jemputan dalam What Women Want di 8TV.
[sunting] Pengacaraan acara luar
Iking juga pernah mengacarakan kira-kira 30 acara luaran yang bersiaran dan tidak bersiaran di televisyen sejak tahun 2004, termasuk Explorace Street Party di Bangsar (2004), Pertemuan Alumni USM (2005) dan Guess Model Search (2006). (Lihat senarai penuh di sini.)
[sunting] Permodelan
Iking juga pernah muncul dalam pelbagai iklan cetak dan televisyen, termasuklah bagi Pond's pada tahun 2001, Kenny Rogers Roasters (2005), dan Volvo S80 (2006).
Iking juga menampilkan dirinya dalam pelbagai majalah, seperti KLUE, Eve & Adam, Ezyhealth dan FHM. Pada tahun 2006 beliau diundi ke kedudukan #14 di FHM Malaysia's Sexiest, pencapaian terbaik beliau sejak muncul dalam undian tersebut tiga tahun berturut-turut.
[sunting] Keluarga
Iking berkahwin dengan Ryan Chong pada 27 Januari 2007, dan melahirkan seorang anak perempuan bernama Isobel Daniella Iking-Chong pada Disember 2007.[1] Bagaimanapun, pada tahun 2009, Iking berpisah dari Ryan Chong, kerana timbulnya perselisihan dengan CEO Adidas Malaysia, Darren Choy Khin Ming. Chong memanggil Choy ke mahkamah mengikut Kanun Keseksaan 498 iaitu "memikat atau membawa pergi atau menahan seseorang perempuan yang bersuami dengan niat jenayah."[2] Pada Disember 2010, didapati bahawa DNA anak Daphne ini tidak terwaris dari bekas suaminya itu. [3]
Pada Februari 2011, Iking mendedahkan bahawa beliau sudah berkahwin lagi, kali ini bernikah secara rahsia dengan seorang usahawan Melayu, Azmi Abdul Rahman, pada 8 Januari, sambil memeluk agama Islam.[4]
[sunting] Trivia
- Menurut laman ahli Yahoo! Answersnya, Iking pernah memikirkan untuk menceburi kerjaya dalam perubatan namun hasrat itu ditinggalkan kerana takut akan darah.[5]
[sunting] Nota dan rujukan
- ↑ http://freyja6.blogspot.com/
- ↑ "Accused of ‘enticing’ Iking", The Star, 21 Ogos 2009. Dicapai pada 22 Mac 2010.
- ↑ http://networkmalaysia.com/m/news/view/DNA-of-Daphne-Iking-s-child-does-not-match-husband
- ↑ Daphne Iking weds again and embraces Islam, DailyChilli.com, 25 Februari 2011. Dicapai pada 25 Feb 2011.
- ↑ http://malaysia.answers.yahoo.com/my/profile?show=mrJs6rzUaa