Carmen Soo

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Carmen Soo
CarmenSoo01.jpg
Lahir Carmen Soo Wai Mun
4 Disember 1973 (umur 38)
Bendera Malaysia Kuala Lumpur
Tinggi 160cm

Carmen Soo Wai Mun (Cina Tradisional: 蘇慧敏, Cina Ringkas: 苏慧敏) ialah seorang peragawati dan pelakon berbangsa Cina Malaysia.

Isi kandungan

[sunting] Biografi

Soo menceburi bidang peragawati sejak berusia 17 tahun dan meninggalkan Malaysia untuk pergi ke Hong Kong demi mengembangkan kerjayanya pada usia 20 tahun.

Dengan ketinggian 160cm dan saiz badan yang kecil, Soo kurang sesuai untuk peragaan catwalk. Lantas kebanyakan penggambarannya cenderung kepada iklan cetak dan televisyen.[1] Namun demikian, beliau begitu berjaya dalam bidang peragawati dan wajahnya terpampang pada kebanyakan kulit majalah tempatan seperti NewMan, V Mag, NewTide dan NüYou. Beliau juga dilantik sebagai jurucakap jenama jam tangan antarabangsa Longines, berganding dengan personaliti teater Malaysia Paula Malai Ali.[2]

Soo muncul dalam persada lakonan dengan peranan kecil dalam filem Jackie Chan Gorgeous bersama-sama Shu Qi dan kemudiannya memainkan watak utama dalam pertunjukan muzikal istimewa Aaron Kwok.[3]

Beliau juga muncul dalam teater The Girl from Ipoh, serta iklan Celcom bersama penyanyi Singapura, JJ Lin. Beliau pemilik butik 'Kushi' di Bangsar. Kebelakangan ini beliau sering muncul dalam drama tempatan Trio And A Bed sebagai salah satu daripada tiga pelakon utama, selain Amber Chia dan Annabelle Kong.

Soo kini menetap di Petaling Jaya bersama keluarganya.

[sunting] Trivia

  • Soo memegang Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan.

[sunting] Appearances

[sunting] Iklan

  1. Biore (TV)
  2. Celcom (TV)
  3. Diamond & Platinum (Cetak)
  4. Longines (Cetak)
  5. Lux (TV)

[sunting] Filem

  1. The 3rd Generation (bersam Nicholas Teo dan Amber Chia)
  2. Baik Punya Cilok
  3. Visits

[sunting] Pentas

  • The Girl from Ipoh (stage play)

[sunting] Televisyen

  • Trio And A Bed (interactive drama)

[sunting] Pautan luar

[sunting] Rujukan

  1. http://www.sun2surf.com/article.cfm?id=13396
  2. http://www.longines.com/eng/html_longines/Ambassadors/cv_Carmen_Soo.pdf
  3. http://allmalaysia.info/services/printerfriendly.asp?file=/2003/7/7/msiansabroad/yycarmen1
Alatan peribadi
Ruang nama

Kelainan
Tindakan
Pandu arah
Perhubungan
Cetak/eksport
Alatan
Bahasa lain