Noraishah Abdul Aziz
Noraishah Abdul Aziz atau lebih terkenal sebagai Nasha Aziz (dilahirkan di Kampung Pandan, Kuala Lumpur pada 14 Mei 1971) adalah seorang model dan pelakon Malaysia.
Isi kandungan |
[sunting] Permodelan
Nasha Aziz memulakan kerjaya dalam bidang permodelan sejak 1989, dia mula diperkenalkan ke dalam dunia modeling oleh Tiara Jacquelina. Nasha terus mengembangkan nama sebagai model terkenal tanahair hingga ditawarkan kontrak modeling di New York, Amerika Syarikat. Namun, kerana keterbatasan agama dan budaya, Nasha memilih untuk menetap di Malaysia dan meneruskan bidang modeling selain menceburi bidang lakonan.
Suatu ketika, Nasha pernah diberi jolokan Supermodel Nombor Satu Tanah Air. Nasha menjadi pilihan iklan komersial, antara yang pernah disiarkan di kaca TV termasuklah Nescafe Classic, Avon Colour, Pantene dan Panasonic.
[sunting] Lakonan
Nasha hanya bergelar pelakon filem pada 1995 menerusi filem box- office Kad Cinta terbitan & arahan Julie Dahlan ketika berusia 24 tahun. Biarpun begitu, bintang Nasha lebih menyerlah di bidang peragaan.
Nama Nasha mula meledak pada 1998 apabila bergandingan bersama aktor Hairie Othman dalam drama bersiri popular Hanya Dikau. Nasha juga popular menerusi soap opera Idaman. Pada 1998 juga, Nasha menerima tawaran daripada pengarah Datuk Yusof Haslam untuk memegang watak Effa dalam filem Bara setelah Primadona Filem Melayu Erra Fazira menolak tawaran tersebut atas sebab peribadi. Filem tersebut nyata memberi tuah kepada Nasha apabila dicalonkan untuk kategori Pelakon Wanita Terbaik serta menggondol anugerah Pelakon Harapan Wanita Terbaik pada Festival Filem Malaysia ke-14 (FFM14) menerusi watak pelacur dalam filem tersebut.
Ketika mula popular Nasha terpaksa membahagikan masa di antara bidang lakonan dan peragaan. Pada 1999, beliau menolak tawaran untuk membintangi filem Pasrah bergandingan bersama Erra. Nasha ditawarkan memegang watak sebagai Natasha dalam filem tersebut di mana watak tersebut kemudiannya dipegang oleh aktres Wilma Muhammad. Rosyam Nor juga menolak salah satu watak dalam filem tersebut.
Pada 2001 juga Nasha hampir bersiap sedia untuk ke lokasi filem Hati Biru bergandingan bersama Sofia Jane dan Azri Iskandar; namun filem itu dibatalkan pembikinannya setelah Nasha berhempas puas berlatih vokal untuk memegang watak penyanyi dalam filem tersebut. Nyanyian Nasha bagaimanapun pertama kali berkumandang ketika aktres itu beraksi di pentas Panggung Sari, Istana Budaya pada 2007 untuk pementasan teater muzikal Lantai T. Pinkie.
Nasha bagaimanapun terus cemerlang dalam bidang lakonan apabila dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik pada FFM17 menerusi watak Jeslina, wanita psiko dalam filem Trauma. Menerusi filem tersebut Nasha dikhabarkan bertelagah dengan pengarah filem itu, Aziz M Osman apabila Nasha tidak diberi skrip lebih awal untuk menjayakan watak tersebut; sebaliknya Aziz berahsia mengenai pembentukan karekter Jeslina dalam filem tersebut hingga menyukarkan Nasha untuk membuat persediaan. Ternyata kaedah Aziz untuk membentuk watak misteri Jeslina dalam filem tersebut berhasil, malahan Nasha sendiri tidak menyangka hasil lakonannya menjadi begitu cemerlang di layar perak hingga dicalonkan di Festival Filem Asia Pasifik ke 49 di Fukuoka, Jepun pada 2004.
Nasha juga dicalonkan dua kali dalam kategori Aktres Terbaik dalam dua edisi FFM berikutnya menerusi watak gadis lesbian yang dihantui kisah silam dalam Puaka Tebing Biru & wanita yang berdepan dengan masalah poligami dalam filem Otai.
Populariti Nasha memuncak sejak akhir 90an dan terus menjadi antara leading lady paling popular di Malaysia sebaris dengan nama-nama besar seperti Erra Fazira, Umie Aida & Maya Karin.
Sejak 2007, Nasha agak selektif dalam memilih produksi untuk dibintanginya. Dua buah projek filem terbaru beliau hanya akan muncul di pawagam bermula 2011 iaitu filem epik fantasi Bunian : Mahkota Seri Helang serta epik purbakala Long Piah.
Selain aktif di bidang perfileman, Nasha juga ligat berlakon drama TV dan drama pertamanya ialah Duit Free, arahan Zainal TJ, dan Inikah Cinta, sebanyak 13 episod menerusi TV1.
Nasha popular menerusi banyak drama bersiri seperti Inspirion, Maya Mira, Hanya Dikau, Datin Diaries & terbaru bergandingan bersama seteru di layar peraknya Erra Fazira menerusi drama bersiri Kasih Tercipta.
Pada 2009,Nasha merupakan juri tetap untuk rancangan realiti Anak Wayang siaranAstro Ria
[sunting] Kisah peribadi
Nasha juga seringkali menjadi bahan cerita utama akhbar-akhbar utama Malaysia dalam beberapa siri kontroversi mengaitkan beliau. Nasha juga terpaksa turun naik mahkamah untuk menyelesaikan banyak hal dalam kes-kes yang menjadikan Nasha sebagai mangsa eksploitasi media.
[sunting] Rakaman CCTV curi
Pada tahun 2002, negara dikejutkan apabila Nasha menjadi mangsa rakaman curi menerusi kamera litar tertutup yang mengakibatkan hampir keseluruhan rakaman perbuatan seharian aktres ini di rumahnya menjadi bahan edaran menerusi VCD.
Ahmad Bakhtiar, 31(sewaktu itu), bersalah terhadap dua pertuduhan menceroboh masuk ke dalam apartmen Nasha di Shahzan Court di Jalan Nipah off Jalan Ampang dan menceroboh hak peribadinya dengan memasang kamera litar tertutup antara April dan Julai pada 2002.
Ahmad Bakhtiar dihukum penjara enam bulan bagi setiap kesalahan. Bagaimanapun, Majistret Ida Hanani memerintahkannya menjalani hukuman itu serentak.
Timbalan Pendakwa Raya Noorin Badaruddin berkata pendawaian kamera itu ditemui dipasang melalui apartmen Nasha ke sebuah lagi unit apartmen dalam blok itu yang dijadikan sebagai pejabat selenggaraan oleh Ahmad Bakhtiar. (Seluruh blok apartmen itu milik bapa Ahmad Bakhtiar).
"Beliau seorang yang terkenal, seorang aktres dan peragawati dan bagaimana kejadian ini menjejaskan dirinya. Ia merupakan sesuatu yang tidak harus didedahkan kepada umum. Menceroboh hak peribadi dan maruah seseorang merupakan kesalahan yang serius," katanya.
Sementara itu, Nasha yang dihubungi melahirkan rasa bersyukur setelah kes yang berlarutan sehingga enam tahun itu berakhir dengan keputusan yang dianggapnya adil.
Menurut pelakon terkenal itu lagi, selama tempoh proses kes itu berlangsung, dia tidak nafikan agak tertekan, tambahan pula beberapa tahun lalu dirinya pernah diugut agar menarik semula kes tersebut.[1]
[sunting] Disaman Bapa Kandung
Kes bermasam muka antara Nasha Aziz dengan bapanya Abdul Aziz ni sememangnya dah diketahui ramai. Kes ni berpanjangan sejak tahun 2004 lagi. Nasha dilahirkan oleh pasangan Abdul Aziz Mohd Ali & Mahanom Zainal pada 1971. Namun Abdul Aziz menyerahkan Nasha ketika kecil kepada kakak kandungnya, Habibah Mohd Ali & suami Aziz Hathim untuk dijaga. Sejak itu mereka terputus hubungan.
Bagaimanapun ketika Nasha dianugerahkan sebagai Aktres Terbaik FFM17, bapa angkat Nasha (Aziz Hathim) telah meninggal dunia dan Nasha tidak dapat hadir untuk menerima anugerah. Nasha kemudiannya muncul di media untuk memberitahu sebab ketidakhadiran beliau.
Disebabkan beberapa kenyataan media yang dibuat Nasha; Bapa kandungnya, Abdul Aziz yang juga seorang guru silat terkenal, mengemukakan saman terhadap beliau berhubung artikel dalam akhbar Mingguan Malaysia yang mendakwa bahawa Abdul Aziz bukan bapa kandungnya.
Abdul Aziz, dalam pernyataan tuntutannya, berkata beliau adalah bapa kandung Nasha dan mendakwa bahawa perkataan fitnah di dalam artikel itu bertajuk “Jangan tanya hal peribadi”, dalam keluaran akhbar bertarikh 24 November, 2004 telah menyebabkan perasaan beliau terseksa, memalukan dan mencemarkan maruahnya.Beliau memohon ganti rugi, faedah, kos dan faedah lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah dengan mendakwa artikel itu boleh difahamkan sebagai bermaksud yang beliau sudah meninggal dunia.
Nasha, dalam pernyataan pembelaannya menjelaskan bahawa perkataan “bapa” dalam temu bual dengan akhbar itu adalah merujuk kepada bapa saudara yang membesarkannya. Nasha bagaimanapun tidak menafikan bahawa Abdul Aziz ialah bapa kandungnya tetapi beliau menganggap bapa saudaranya sebagai bapa dalam hidupnya.
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9 Oktober 2009 memerintahkan Nasha membayar ganti rugi am RM10,000 kepada bapanya Abdul Aziz Mohd Ali dalam kes saman fitnah yang difailkan bapanya terhadapnya. Hakim Datuk Abdul Wahab Patail membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan Abdul Aziz bagi membuat penghakiman selepas Nasha dan peguamnya tidak hadir pada perbicaraan kes sebelum itu. Bagaimanapun, Nasha kemudiannya hadir ke mahkamah tanpa peguam yang mewakilinya dalam kes itu Rashid Mokhtar.
Hakim Abdul Wahab juga memerintahkan Nasha membayar faedah lapan peratus setahun kepada bapanya dari tarikh saman difailkan iaitu pada 31 Mac 2005 sehingga penyelesaian penuh saman itu. Beliau bagaimanapun tidak memberi ganti rugi tambahan seperti yang diminta oleh Abdul Aziz kerana saman itu melibatkan perkara dalam keluarga.
Hakim Abdul Wahab dalam penghakimannya berkata beliau mendapati Abdul Aziz selaku plaintif berjaya membuktikan dia telah difitnah oleh Nasha selaku defendan apabila Nasha dalam artikel yang diterbitkan Utusan Malaysia pada 24 Okt 2004, menyatakan dia (Nasha) hanya mempunyai seorang ayah sahaja. Katanya, Abdul Aziz juga menerima satu panggilan bahawa beliau ialah seorang penipu kerana beliau bukan bapa kandung Nasha.
Hakim Abdul Wahab berkata, artikel itu tidak perlu dibaca baris demi baris tetapi perlu dibaca keseluruhan perenggan dan membuat kesimpulan bahawa kenyataan itu tidak merujuk kepada Abdul Aziz (plaintif) tetapi kepada bapa saudara Nasha, Allahyarham Abdul Aziz Hathim.[2]
[sunting] Percintaan
Nasha dikatakan mula menjalin hubungan istimewa dengan aktor popular Faizal Hussein sejak awal 1990-an. Hubungan tersebut juga diteruskan dengan pertunangan pada 1995 sebelum beberapa tahun selepas itu mereka putus tunang.
Nasha kemudiannya pernah dikaitkan sebagai orang ketiga dalam rumahtangga pengarah terkanal Yusof Haslam, namun kisah itu hanya gossip semata-mata.
Pada 4 Jun 2006 Nasha yang telah berusia 37 tahun ketika itu mengikat tali pertunangan dengan pengarah fotografi filem terkenal, Helmi Mohd Yusof, 29, dan dijadual melangsungkan perkahwinan sekitar Julai 2007.
Selepas setahun bertunang, akhirnya mereka mengambil keputusan memutuskan saja hubungan berkenaan awal Januari lalu. Abang (angkat) Nasha, Hamidi Aziz mengesahkan berita putus tunang itu. Menurut Hamidi, Nasha dan Helmi bersetuju memutuskan pertunangan mereka tanpa sebarang pertengkaran besar. Malah ahli keluarga kedua-dua belah pihak pula menyifatkan keputusan itu dibuat kerana tiada jodoh antara keduanya.[3]
Ketika Nasha Aziz baru sahaja memenangi anugerah untuk Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Anugerah Skrin 2008 (namun beliau tidak hadir), terdengar desas desus mengenai kisah hubungan intimnya dengan seorang pemuda Cina yang sering dilihat bersamanya. Mungkin perasaan bahagia yang memenuhi ruang hati serta musim bunga yang dilaluinya dengan jejaka yang juga seorang promoter konsert terkenal, membuatkan Nasha tidak teragak-agak untuk menyingkap sedikit rahsia hidupnya sebagai tatapan pembaca akhbar ini.
“Kami memang rapat dan sudah enam bulan saya berkawan dengannya. Dan dia pun sudah bergelar saudara baru pada Ramadan lalu dan kini dikenali dengan nama barunya Nur Iman Tang. Jadi sepanjang bulan puasa lalu, saya sibuk membantunya menerangkan serba sedikit mengenai asas agama. Dan kami juga sering menunaikan sembahyang Tarawih bersama,” cerita jurucakap Avon dan Polo ini dalam nada teruja.
Mengakui amat menyenangi jejaka itu, Nasha berkata sepanjang mengenalinya dia melihat kesungguhan Nur Iman memeluk agama Islam adalah kerana keikhlasannya terhadap agama itu.
Nasha pada 2009 belum mengumumkan untuk mengakhiri zaman bujangnya bersama Iman Tang bagaimanapun setelah melalui beberapa siri kekecewaan dalam percintaan, peminat sentiasa mendoakan jodoh terbaik buat aktres yang juga salah seorang daripada Primadona Filem Melayu dekad ini.[4]
Pada Februari 2011, Nasha telah dirompak oleh dua penyamun warga Indonesia dan wang tunainya sebanyak RM40,000 dilarikan.
[sunting] Filem
| Film | |||
|---|---|---|---|
| Tahun | Filem & Pengarah | Peranan | Nota |
| 1995 | Kad Cinta
|
Julia
|
|
| 1997 | Puteri Impian | Tuan Puteri | Penampilan khas |
| 1999 | Bara | Effa
|
|
| 2001 | Gerak Khas | Suzanna | |
| 2003 | Laila Isabella | Laila / Isabella
|
|
| 2004 | Trauma | Jeslina
|
|
| Buli | Dr Ika
|
||
| Cinta Luar Biasa | Farah
|
||
| 2005 | Tak Ori Tapi OK | Sarah / Saloma
|
|
| Kemarau Cinta | Aida Zulfikar
|
||
| 2006 | Buli Balik | Dr Ika
|
|
| 2007 | Puaka Tebing Biru | Ratna |
|
| Otai | Azura
|
|
|
| 2008 | Sepi | Suzie
|
|
| Dalam Pembikinan | Bunian : Mahkota Seri Helang | Puteri Mayang Sakti
|
Jangkaan tayangan : 2011 |
| Long Piah | Long Piah
|
Jangkaan tayangan : 2012 | |
| Diana Seorang Perempuan Sihir | Diana
|
Jangkaan tayangan : 2013 | |
Clash of the Titans (Versi Malaysia)
|
Andromeda
|
Jangkaan tayangan : - | |
[sunting] Drama
- Detektif Metropolitan
- Cik Mala Janda Berhias
- Inspirion
- Inikah Cinta
- Diari Datin
- Kasih Tercipta
- Super Mak (Drama Series)
[sunting] Teater
- Lantai T Pinkie (2006)
[sunting] Anugerah
| Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) | |||
|---|---|---|---|
| Tahun | Kategori | Keputusan | |
| 1999 | Pelakon filem Wanita Popular | Dicalonkan | |
| 2001 | Pelakon TV Wanita Popular | Dicalonkan | |
| 2002 | Pelakon TV Wanita Popular | Dicalonkan | |
| 2003 | Pelakon TV Wanita Popular | Dicalonkan | |
| Pelakon filem Wanita Popular | Dicalonkan | ||
| 2004 | Pelakon TV Wanita Popular | Dicalonkan | |
| Pelakon filem Wanita Popular | Dicalonkan | ||
| 2005 | Pelakon TV Wanita Popular | Dicalonkan | |
| Pelakon filem Wanita Popular | Dicalonkan | ||
| 2006 | Pelakon Filem Wanita Popular | Dicalonkan | |
| Anugerah Skrin TV3 | |||
|---|---|---|---|
| Tahun | Karya Tercalon | Kategori | Keputusan |
| 1999 | Bara | Pelakon Wanita Terbaik (Filem) | Dicalonkan |
| 2003 | Cik Mala Janda Berhias | Pelakon Wanita Terbaik (Drama) | Dicalonkan |
| 2005 | Trauma | Pelakon Wanita Terbaik (Filem) | Menang |
| 2007 | Puaka Tebing Biru | Pelakon Wanita Terbaik (Filem) | Dicalonkan |
| 2008 | Sepi | Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Filem) | Menang |
| Festival Filem Malaysia | |||
|---|---|---|---|
| Tahun | Karya Tercalon | Kategori | Keputusan |
| 1999 (FFM 14) | Bara | Pelakon Wanita Terbaik | Dicalonkan |
| Pelakon Harapan Wanita | Menang | ||
| 2004 (FFM 17) | Trauma | Pelakon Wanita Terbaik | Menang |
| 2007 (FFM 20) | Puaka Tebing Biru | Pelakon Wanita Terbaik | Dicalonkan |
| 2008 (FFM 21) | Otai | Pelakon Wanita Terbaik | Dicalonkan |
| Festival Filem Asia Pasifik | ||||
|---|---|---|---|---|
| Tahun | Lokasi | Karya Tercalon | Kategori | Keputusan |
| 2004 (FFAP 49) | Fukuoka, Jepun | Trauma | Pelakon Pembantu Wanita Terbaik | Dicalonkan |
[sunting] Rujukan
- ↑ Kes intip Nasha: Penyelia dipenjara selepas gagal dalam rayuan terakhir, Nasha lega mStar Online
- ↑ Mahkamah Putuskan Jumaat Ini Berhubung Permohonan Bapa Nash Bernama
- ↑ Nasha-Helmi sudah putus tunang Kosmo! Online
- ↑ Misteri Malam Anugerah Berita Harian
[sunting] Pautan luar
| Anugerah dan pencapaian | ||
|---|---|---|
| Didahului oleh Umie Aida menerusi Embun |
Festival Filem Malaysia - Aktres Terbaik 2004 menerusi Trauma |
Diikuti oleh: Erra Fazira menerusi Hingga Hujung Nyawa |
| Didahului oleh Wilma Muhammad menerusi Ghazal Untuk Rabiah |
Festival Filem Malaysia- Aktres Harapan 1999 menerusi Bara |
Diikuti oleh: Jeslina Hashim menerusi Seri Dewi Malam |
| Didahului oleh Umie Aida menerusi Embun |
Anugerah Skrin- Aktres Terbaik 2005 menerusi Trauma |
Diikuti oleh: Rozie Rashid menerusi Gubra |
| Didahului oleh Tidak Dipertandingkan |
Anugerah Skrin- Aktres Pembantu Terbaik (Filem) 2008 menerusi Sepi |
Diikuti oleh: Ida Nerina menerusi Wayang |
|
||||||||