Zizie Ezette

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Zizie Ezette
Kelahiran
Zizie Izette binti Abdul Samad

(1978-11-17) 17 November 1978 (umur 45)
PekerjaanPelakon, penerbit
Tahun aktif1993—kini
PasanganDatuk Seri Panglima Bung Mokhtar Radin (k. 2009)
Anak-anak4
IbuKhaty Fauziah
BapaAbdul Samad Jaaman
Saudara
  • Shaheizy Sam (adik)
  • Sammy Fuzutte (abang)
  • Jozieta Abdul Samad (kakak)
  • Ahmad Shah Al-Jeffry (abang)

Datin Sri Zizie Izette Abdul Samad atau lebih dikenali sebagai Zizie Ezette (lahir 17 November 1978) ialah seorang pelakon wanita Malaysia. Beliau juga adalah dramatis dan pengarah beberapa buah drama.

Kehidupan peribadi

Beliau merupakan anak kepada pelakon Khaty Fauziah dan suaminya, Abdul Samad Jaaman. Adiknya, Shaheizy Sam juga bergiat aktif dalam bidang lakonan. [1]

Datin Sri Zizie telah berkahwin dengan Ahli Parlimen Kinabatangan Dato’ Sri Bung Mokhtar Radin (kini bergelar Datuk Seri Panglima) pada Disember 2009 sebagai isteri kedua suaminya. Walaupun pada mulanya dikatakan pernikahan mereka tidak sah kerana tidak mendapat persetujuan dari isteri pertama Dato’ Sri Bung Mokhtar iaitu Datin Seri Panglima Nor Asidah Alimudin, mahkamah kemudiannya mengesahkan pernikahan mereka.[2][3]

Beliau memakai gelaran Datin Sri iaitu gelaran isteri kepada penerima darjah kebesaran Sri Sultan Ahmad Shah Pahang yang membawa gelaran Dato' Sri yang juga darjah kebesaran kedua tertinggi yang diterima oleh suaminya iaitu Datuk Seri Panglima Bung Moktar. Manakala, isteri pertama suaminya menggunakan gelaran Datin Seri Panglima.

Filemografi

Filem

Tahun Tajuk Watak Catatan
1993 Kekasih Awal Dan Akhir Marlia Kecil Filem pertama
1995 Sama Tak Serupa Linda
2003 Black Maria Suria Penampilan khas

Drama

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
1994–1998 Cili Padi (Musim 2-5) Tasya TV3 Drama pertama
1998 Cinderella Zura
2007 Emil Emilda Darleena
2008 Sari Maya Rubiah TV9
Spa Q (Musim 2) Norell TV3
2009 Suraya Suraya
Dua Marhalah Kamsiah Mansoor Astro Oasis
Keliwon (Musim 2) TV3 Pelakon undangan
Cik Ah Cik Nih Astro Prima
2010 Sari Maya 2 Rubiah TV9
2013 Kisah Cinta TV3 Juga sebagai penerbit
2014 Separuh Jiwaku TV9
2017 Hero Seorang Cinderella Puan Sri Mawar Astro Ria

Telefilem

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
1998 Alegori TV1
25 Tahun 5 Minit TV3
2001 Siti Wan & Kembang Kembang VCD
2002 Good Morning Cikgu Cikgu Alice Suraya TV3
2003 Aduhai Esah Esah Sebagai penerbit
Manisnya Hempedu Pahitnya Madu
2006 Empayar VCD
2012 Nyanyian Sarakatul Maut TV3 Sebagai penerbit

Anugerah dan pencalonan

  • Aktres Harapan Festival Filem Malaysia ke 9 (1994) - filem Kekasih Awal & Akhir[4]
  • Aktres Terbaik Anugerah Seri Angkasa RTM 1999 - drama Alegori
  • Aktres Terbaik Anugerah Skrin TV3 2001 - drama Aduhai Esah

Rujukan

  1. ^ ""Zizie belum nikah - Ibu", Utusan Online, 17 Disember 2009". Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-12-19. Dicapai pada 2009-12-19.
  2. ^ Bung Mokhtar pleads guilty to polygamy without consent thestar. 20 April 2010.
  3. ^ Bung Moktar Dipenjara Sebulan, Zizi Izette Didenda RM1,000 mstar. 19 Mei 2010.
  4. ^ Zizie Izette Sinemamalaysia.com.my

Pautan luar