Individualisme

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Siri Liberalisme,
sebahagian daripada siri Politik
Perkembangan
Sejarah pemikiran liberal
Sumbangan-sumbangan
kepada teori liberal
Aliran-aliran
Liberalisme klasikal
Liberalisme konservatif
Liberalisme budaya
Liberalisme ekonomi
Libertarianisme
Neoliberalisme
Ordoliberalisme
Paleoliberalisme
Liberalisme sosial
Idea-idea
Hak-hak peribadi
Individualisme
Demokrasi liberal
Keneutralan liberal
Kebebasan Negatif & positif
Pasaran bebas
Ekonomi campuran
Masyarakat terbuka
Badan-badan
Parti-parti politik liberal
Liberal International · Iflry
ELDR/ALDE · Lymec
CALD · ALN · Relial. CLH

Individualisme merupakan satu falsafah yang mempunyai pandangan moral, politik atau sosial yang menekankan kemerdekaan manusia serta kepentingan bertanggungjawab dan kebebasan sendiri. Seorang individualis akan melanjutkan percapaian dan kehendak peribadi. Mereka menentang campur tangan luaran dari masyarakat, negara dan sebarang badan atau kumpulan ke atas pilihan peribadi mereka. Oleh itu, individualisme menentang segala pendapat yang meletakkan matlamat sesuatu kumpulan sebagai lebih penting dari matlamat seseorang individu yang dengan sendiri adalah asas kepada mana-mana badan masyarakat. Pendapat-pendapat yang di tentang termasuklah holisme, kolektivisme dan statisme, antara lain. Falsafah ini juga kurang senang segala standard moral yang dikenakan ke atas seseorang kerana peraturan-peraturan itu menghalang kebebasan seseorang.

Hubungan di antara individualisme dan egoisme telah menghasilkan satu perdebatan yang hebat. Walaupun sesetengah individualis adalah juga egois, mereka tidak menyatakan bahawa sifat mementingkan diri sendiri adalah sesuatu sifat yang terpuji dengan sendirinya. Disebaliknya, mereka percaya yang seseorang individualis tidak terikat kepada takat moral yang diguna pakai oleh masyarakat dan individualis adalah bebas untuk mementingkan diri sendiri, hidup dengan altruisme atau apa-apapun cara hidup yang mereka gemar. Yang lain pula mengatakan bahawa matlamat individualisme tidak mementingkan diri sendiri jika mereka tidak mengacam orang lain. Ada pula seperti Ayn Rand yang menekankan relatifisme moral dan yang sifat mementingkan diri sendiri adalah satu sifat terpuji.

Bahan bacaan[sunting | sunting sumber]