Itu Kamu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
"Itu Kamu"
Single oleh Estranged
daripada album In Hating Memory (Repackaged)
Dilancarkan pada2007
Dirakamkan pada2006
GenrePost-grunge
Panjang4:56
SyarikatEAD Entertainment
PenulisEstranged, Rich Gimbang
PenerbitEstranged
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

"Itu Kamu" merupakan sebuah single pertama berbahasa Malaysia oleh kumpulan rock Malaysia, Estranged. Lagu ini telah dimuatkan dalam album sulung mereka, In Hating Memory di samping lagu-lagu bahasa Inggeris yang bernada agresif dari edisi asal. Lagu ini telah berjaya melonjakkan nama Estranged ke arus perdana setelah menumpu pada lagu berbahasa Inggeris.

Lagu ini ditempatkan dalam kategori pop rock dan berjaya dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Juara Lagu ke-22 yang dianjurkan oleh TV3 Malaysia pada 27 Januari 2008.[1]

Lagu ini juga dimuatkan dalam album runut bunyi KAMI.[2]

Video muzik[sunting | sunting sumber]

Video muzik Itu Kamu diarah oleh Jack Wung dengan Tim Shim sebagai jurukamera dan pascapenerbit, menampilkan kumpulan Estranged dalam latar serba keputihan, dan babak-babak lain yang diisi oleh sejumlah 15 orang wanita.[3] Videonya ditayangkan buat julung kali di TV menerusi saluran Astro Ria pada 30 Januari 2007.[4]

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Ini Keputusan Penuh Anugerah Juara Lagu 22 AJL22, Malam Penuh dengan Kejutan?". Budiey. 28 Januari 2008. Dicapai pada 23 Januari 2023.
  2. ^ "KAMI spin-offs". The Star. 28 Julai 2007. Dicapai pada 11 Januari 2010.
  3. ^ Estranged's 'Itu Kamu' Diarkibkan 2009-04-10 di Wayback Machine, timshim.com, 21 April 2007. Dicapai pada 11 Januari 2010.
  4. ^ ITU KAMU video premiere, Estranged, 26 Januari 2007. Dicapai pada 11 Januari 2010.
Tahun Anugerah Kategori Keputusan
2008 Anugerah Juara Lagu 2007 Pop Rock Menang
Anugerah Planet Muzik 2008 Lagu Paling Popular Menang
Anugerah Industri Muzik 15 Lagu Terbaik Tercalon