Ana Raffali

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Ana Raffali
Ana Raffali pada kulit album Ketika Aku Kecil.
Latar belakang
Nama lahir Ana Nur Hidayah binti Mohd Raffali
Kelahiran 4 November 1985 (29 tahun)
Genre Pop alternatif
Instrumen Vokal, gitar
Label Aidit Alfian Records
Universal Music (Malaysia)[1]


Ana Raffali atau nama sebenarnya Ana Nur Hidayah binti Mohd Raffali ialah seorang pemuzik Malaysia berdarah Melayu. Beliau dilahirkan pada tanggal 4 November 1985. Beliau berkemahiran dalam nyanyian, penggubahan lagu dan bermain gitar. Beliau mula mendapat perhatian setelah mengeluarkan single "Hujan Bunga di Kuala Lumpur" di corong radio pada tahun 2009. Niat beliau ingin membantu keluarganya yang susah membuahkan hasil dengan penghasilan album pertamanya, Ketika Aku Kecil yang telah keluar pada April 2010. Bermula dengan hobi bermain gitar, Ana mula berjinak menulis lagu sebagai cara meluahkan perasaannya ketika menuntut di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam dalam jurusan Pendidikan Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL).[2] Beliau sentiasa berbaju kurung atau kebaya ketika membuat persembahan.[3]

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album Studio[sunting | sunting sumber]

Single[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Album Posisi tertinggi
Bursa Muzik Malaysia[4][5] ERA fm HOT fm Muzik Muzik
2010 Tolong Ingatkan Aku Ketika Aku Kecil 4 - - -
Kalau Berpacaran (feat Suhaimi Meor Hassan & Altimet) - 1 1 1 1
2011 Sehabis Baik - 23 - - -

Konsert[sunting | sunting sumber]

  • Konsert Analoque di Lambang Sari, Istana Budaya Kuala Lumpur (2010) bersama kugiran Monoloque

Pesta Raya bersama Ana Raffali di Esplanade, Singapura 2012 bersama The Marhaens

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

  1. Juara Keseluruhan Anugerah Juara Lagu ke-25 menerusi lagu Tolong Ingatkan Aku ciptaan beliau sendiri.

Berkahwin[sunting | sunting sumber]

Pada 25 Februari 2012, Ana Raffali berkahwin dengan Ahmad Aznaim Abdullah, 30, selepas sekali lafaz dalam majlis pernikahan mereka yang diadakan di Masjid Al-Hidayah, Taman Melawati, Ulu Klang, Selangor. Mereka dinikahkan oleh bapanya, Mohd Raffali Mohd Nor dengan disaksikan oleh Jurunikah Masjid Al-Hidayah, Abdullah Mat.

Beliau mula bertudung beberapa minggu sebelum itu, semasa sambutan Maulidur Rasul.[6]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Profil Ana Raffali di Myspace. Dicapai pada 2010-07-20
  2. Siti Azira Abd Aziz. (2010). Ana Raffali Buat Album Kerana Hidup Susah, MStar, Dicapai pada 2011-01-10.
  3. J. Shamsul. (2010). Ana Raffali – Hujan Bunga di Kuala Lumpur official video. Jiboneus.com. Dicapai pada 2010-07-20.
  4. [1]. Bursa Muzik Malaysia. Dicapai pada 2011-01-18.
  5. [2]. Top30 Bursa Muzik Malaysia. Dicapai pada 2011-04-05.
  6. Nurul Nazrah Nazarudin (11 Februari 2012). "Hijrah Ana Raffali demi Muslimah sejati". Sinar Harian. Diperoleh pada 23 Julai 2014. 


Pautan luar[sunting | sunting sumber]