Jannie Lasimbang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Yang Berhormat Puan

Jannie Lasimbang

ASDK; ADUN
Anggota Dewan Undangan Negeri Sabah
untuk Kapayan
Memegang jawatan
9 Mei 2018
Didahului olehEdwin Bosi (Bebas)
Majoriti13,250 (2018)
13,163 (2020)
Pembantu Menteri
Undang-Undang dan Hal Ehwal Pribumi Sabah
Dalam jawatan
16 Mei 2018 – 29 September 2020[perlu rujukan]
Berkhidmat dengan Uda Sulai
GabenorJuhar Mahiruddin
Ketua MenteriShafie Apdal
MenteriAidi Mokhtar
Didahului olehJawatan diwujudkan
Digantikan olehJawatan dimansuhkan
Kawasan pilihan rayaKapayan
Butiran peribadi
LahirJannie Lasimbang
(1962-11-29) 29 November 1962 (umur 61)[1]
Penampang, Koloni Borneo Utara (kini Sabah, Malaysia)
KewarganegaraanMalaysia
Parti politikDemocratic Action Party (DAP)
Sekutu gabungan
politik lain
Pakatan Harapan (PH)
PasanganSui Khar Hlawnching
HubunganJennifer Lasimbang (adik)
Adrian Banie Lasimbang (abang)
PekerjaanAhli politik

Jannie Lasimbang adalah bekas wartawan RTM Sabah. Jannie dilantik sebagai anggota Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) bagi tempoh 2010-2013 mulai Jun 2010. Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak setuju atas pelantikan itu.

Pendidikan dan kerjaya[sunting | sunting sumber]

Beliau anak kelahiran Kampung Nampasan, Penampang, Sabah dan tidak pernah sunyi dari mendengar rintihan rakyat pribumi Sabah.

Jannie, merupakan siswazah Sarjana Muda Biokimia dari Universiti Kent, Canterbury, United Kingdom pada 1984. Beliau bekerja sebagai wartawan di RTM Sabah bagi tempoh yang singkat sebelum menyertai Jabatan Hasil Dalam Negeri Sabah, Kota Kinabalu selama dua tahun.

Pada 1987, beliau membantu menubuhkan Partners of Community Organisations in Sabah (PACOS Trust) dan bekerja untuk pertubuhan sukarela ini sehingga tahun 2000. Pacos trust, sebuah pertubuhan kemasyarakatan yang berpusat di Sabah, bertujuan meningkatkan kualiti hidup masyarakat pribumi menerusi pengukuhan organisasi kemasyarakatan, memperkukuhkan sistem pengetahuan masyarakat pribumi dan pengurusan sumber asli, serta menambah baik jagaan dan perkembangan awal kanak-kanak.

Beliau menjadi Setiausaha Agung Pakatan Penduduk Pribumi Asia dan merupakan bekas pengerusi Dana Sukarela Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Penduduk Pribumi.

Pesuruhjaya Suhakam[sunting | sunting sumber]

Jannie, 47, berhasrat memperjuangkan nasib kaum wanita dan penduduk pribumi di Malaysia. Semua pihak termasuk kerajaan, sektor swasta, NGO dan masyarakat keseluruhannya hendaklah melindungi hak asasi manusia.

Pengerusi Eksekutif Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri (IDFR), Tan Sri Hasmy Agam dilantik sebagai pengerusi baru Suhakam. Anggota lain ialah Muhammad Sha'ani Abdullah, Profesor Datuk Dr Khaw Lake Tee, James Deva Nayagam, Profesor Datuk Dr Mahmood Zuhdi A.Majid dan Detta anak Samen.[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]