Limus Jury

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
YB Datuk

Limus Jury

PGDK (Sab)
Pembantu Menteri Kerja Raya Sabah
Memegang jawatan
8 Oktober 2020
Berkhidmat dengan Robert Tawik @ Nordin
MenteriShahelmey Yahya (2023-kini)
Bung Moktar Radin (2020-2022)
Didahului olehAbdul Muis Picho
Anggota Dewan Undangan Negeri Sabah
untuk Kuala Penyu
Memegang jawatan
2013
Didahului olehTeo Kwan Chin @ Teo Mau Sing
Butiran peribadi
Lahir (1961-07-24) 24 Julai 1961 (umur 62)
Parti politikUPKO (-2020)
BERSATU (2020-2022)
Sabah GAGASAN (sejak 2023)
Sekutu gabungan
politik lain
Gabungan Rakyat Sabah (sejak 2022)
PasanganDatin Tracy Jee Huat @ Mui Sui

YB Datuk Limus Jury adalah merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah bagi Kuala Penyu yang telah dimenanginya pada Pilihan raya negeri Sabah 2020 lalu.[1] Beliau juga merupakan ahli Parti Gagasan Rakyat Sabah (GAGASAN) dan mewakili kumpulan-kumpulan Parti GAGASAN di Kuala Penyu.

Kemelut politik Sabah[sunting | sunting sumber]

Beliau dan James Ratib ialah ADUN UPKO yang umum keluar daripada kerajaan dan menyokong PN pada bulan Jun 2020. Musa Aman mendakwa beliau memperoleh majoriti mudah untuk membentuk sebuah kerajaan baharu. Hal ini menyebabkan Ketua Menteri Sabah merangkap ADUN Senallang meminta TYT Yang di-Pertua Negeri Sabah membubarkan DUN Sabah dan akhirnya Pilihan raya negeri Sabah 2020 dijalankan. Kemelut politik berlanjutan sehingga bulan Oktober 2020 bilamana PRN Sabah telah berakhir dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) memenangi majoriti kerusi ADUN di Sabah. Pada tahun 2023 bersamaan 5 Februari 2023, Limus Jury dan rakan seperjuangannya memperkukuhkan lagi kerajaan Sabah dengan menyertai Parti Gagasan Rakyat Sabah (GAGASAN) iaitu sebuah parti tempatan yang ditubuhkan pada tahun 2013. Hal ini kerana beliau ingin parti tempatan untuk menerajui Sabah dan kerajaan dapat dikukuhkan lagi tanpa ada isu "Parti Seberang".

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Laman Facebook Limus Jury di Facebook

Rujukan[sunting | sunting sumber]