Kampung Bako

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Bako
Kampung rangkaian
Negara Malaysia
Negeri Sarawak
Daerah Kuching
KampungBako
Zon waktuWaktu Piawai Malaysia (MST)
Poskod
93010

Bako merupakan sebuah kawasan perkampungan yang terletak di dalam Daerah Kuching, negeri Sarawak iaitu sebuah negeri dalam Malaysia.[1] Kampung Bako meliputi Kampung Bako Hulu, Kampung Bako Tengah dan juga Kampung Bako Hilir.[2] Taman Negara Bako juga berdekatan dengan kampung ini.

Kemudahan asas[sunting | sunting sumber]

Tempat beribadah[sunting | sunting sumber]

Kampung Bako mempunyai sebuah masjid yang bernama Masjid Al-Hidayah. Ia digunakan sebagai pusat beribadah masyarakat setempat dan pelaksanaan aktiviti kemasyarakatan seperti ibadah korban.

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Terdapat dua sekolah yang bertapak di Bako iaitu Sekolah Kebangsaan Bako dan juga Sekolah Menengah Kebangsaan Bako.[3]

Poskod[sunting | sunting sumber]

Poskod yang digunakan bagi Kampung Bako yang berlokasi di daerah Kuching ialah 93010.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Kampung Bako". Carian Poskod Malaysia. 2021. Dicapai pada 17 Mac 2021 – melalui postcode.my.
  2. ^ sosial (16 Julai 2019). "Kampung Bako terus dapat manfaat dari projek RTP". Sarawak Voice. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 Mac 2021. Dicapai pada 17 Mac 2021.
  3. ^ Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) (10 Jun 2020). "Senarai Sekolah Rendah dan Menengah Jun 2020". Diarkibkan daripada yang asal (XLSX) pada 10 Februari 2021. Dicapai pada 10 Februari 2021 – melalui moe.gov.my.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]