Kereta berperisai Ferret

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Kereta peninjau Ferret
Ferret-Scout-Car-18EA24.jpg
Ferret Mk.1/2 dalam skema warna padang pasir
Jenis Kenderaan tempur berperisai beroda
Asal Bendera United Kingdom United Kingdom
Spesifikasi
Berat 3.7 t
Panjang 12 kaki 2 in (3.7 m)
Lebar 6 kaki 3 in (1.91 m)
Tinggi 6 kaki 2 in (1.88 m)
Krew 2 (komander, pemandu)

Perisai  ?
Senjata
utama
Mesingan 7.62 mm (jika dipasang)
Senjata
kedua
Tiada
Enjin petrol Rolls Royce B60 6-silinder
130 hp (97 kW)
Kuasa/berat 35.1 hp/tan
Sistem
ampaian
Beroda 4x4
Jarak
operasi
190 batu (306 km)
Kelajuan 58 bsj (93 km/j)

Kereta berperisai Ferret, juga dikenali sebagai kereta peninjau Ferret, adalah sebuah kenderaan tempur berperisai keluaran Britain yang direka dan dibina untuk kegunaan peninjauan. Ferret telah dikeluarkan di antara tahun 1952 dan 1971 oleh syarikat dari UK, Daimler. Ia digunakan secara meluas oleh rejimen di dalam Tentera Darat Britain selain negara-negara Komamwel di sepanjang tempoh ini.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Ferret telah diaturgerak pada tahun 1949 ekoran keperluan Tentera Darat Britain bagi mendapatkan model penganti kepada kenderaan berperisai ringan milik mereka semasa era Perang Dunia II. Ekoran kejayaan kereta peninjau "Dingo", Daimler telah digaji untuk merekabentuk dan mengeluarkan Ferret.

Ferret berkongsi banyak persamaan ciri-ciri rekabentuk dengan "Dingo" dan Ford Lynx buatan Kanada, tetapi memiliki ruang tempur yang lebih besar dan pilihan turet mesingan kecil. Ia dibina daripada badan keluli monocoque berkimpal sepenuhnya, membuatkan bukan sahaja kenderaan ini lebih rendah tetapi juga menghasilkan bunyi lebih bising di dalamnya disebabkan giar terletak di dalam ruang tertutup bersama-sama dengan krew. Pacuan empat roda digabungkan dengan tayar "pancit sepenuhnya" (yang mana boleh mengekalkan bentuknya meskipun pancit di dalam pertempuran oleh itu membolehkan kenderaan dipandu ke tempat selamat.) Turet, meskipun tidak dipasang pada kesemua model, boleh membawa selaras mesingan. Enam pelancar bom juga dipasang pada kerangka badan (tiga pelancar pada setiap sisi) dan melepaskan bom asap.

Ferret adalah laju dan cukup kecil bagi digunakan di persekitaran bandar. Ia juga cukup kuat untuk digunakan di jalan yang tidak rata. Ferret tidak lagi digunakan di dalam perkhidmatan Tentera Darat Britain. Walaubagaimanapun, beberapa negara-negara Komanwel masih lagi menggunakannya sehingga ke hari ini. Ferret popular kepada pengumpul persendirian disebabkan saiz kompak dan harga yang mampu-milik iaitu sekitar AS$10,000 sehingga AS$15,000 di Amerika Syarikat.

Pengeluaran[sunting | sunting sumber]

Sejumlah 4,409 buah Ferret, termasuk 16 sub-model di bawah designasi pelbagai nombor Mark, telah dikeluarkan di antara tahun 1952 dan 1971.

Pengguna[sunting | sunting sumber]

Pengguna kereta berperisai Ferret

Kelainan[sunting | sunting sumber]

Sebuah Ferret di dalam skema warna Pertubuhan Bangsa Bersatu dipamerkan di Muzium Kereta Kebal Bovington

Terdapat beberapa kelainan (Mark) Ferret, dengan pelbagai jenis peralatan, dengan atau turet dan dipasang dengan peluru berpandu anti kereta kebal, Swingfire. Sekiranya diambil kira kesemua mark dan prototaip ujian terdapat lebih daripada 60 buah kenderaan berbeza.

Mk 1
MK 1/1
  • Perisai lebih tebal daripada Mk 1
  • Badan kedap bagi mengharung.
Mk 1/2
  • Tinggi bumbung dipanjangkan
  • 3 orang krew
  • Dpasang dengan Browing .30 atau kemudian dengan MGKA
Mk 2 Ferret di Muzium Batey ha-Osef, Israel.
Mk 2
Mk 2/1 ke 5
  • Sedikit penambahbaikan pada setiap tahap termasuk perisai lebih tebal.
MK 2/6
  • FV703
  • Peluru berpandu anti kereta kebal berkembar Vigilant
  • Digunakan oleh Tentera Darat Britain dan Abu Dhabi
Mk 2/7
  • FV701
  • Peluru berpandu anti kereta kebal pada Mk 2/6 ditanggalkan selepas Vigilant dikeluarkan dari perkhidmatan
Mk 4
  • FV711
  • Mk 2 ditambahbaik
  • Roda lebih besar
  • Perisai lebih tebal
  • Suspensi lebih kuat
  • Skrin terapung
Mk 5
  • FV712
  • Mark 4 yang diubahsuai.
  • MGKA L7
  • Peluru berpandu anti kereta kebal Swingfire yang dipasang pada turet lebar mendatar
Ferret 80

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]