Kias
Qiyas, Qias atau Kias (قياس) makna (bahasa) adalah ukuran; persamaan; perbandingan kadar; persamaan dan ukuran di antara sesuatu tempat dengan tempat lain; iktibar atau ambil pengajaran.
Qiyas makna (syarak) adalah perbandingan di antara suatu hukum dalam perkara yang baru wujud dengan perkara yang telah ada hukumnya sebelumnya di dalam Al-Quran dan Sunnah.
Ia adalah proses (Ijtihad) berasaskan analogi daripada ayat Al-Quran dan Sunnah atau perintah yang telah diketahui untuk perkara-perkara baru. Qiyas menetapkan suatu hukum suatu perkara baru yang belum ada pada masa sebelumnya berasaskan perkara terdahulu yang memiliki kesamaan dari segi illat, sebab, manfaat, bahaya dan berbagai aspek lain sehingga dihukumi sama.
Isi kandungan |
Rukun Qiyas[sunting]
Qiyas ialah menetapkan hukum sesuatu yang tertentu, pada masa yang lain kerana persamaan kedua-duanya dari segi Illat. Definisi Qiyas ini juga sekaligus menunjukkan adanya 4 rukun Qiyas, iaitu:
- Masalah utama (al-ashl)
- Masalah cabang (al-far‘u)
- Hukum masalah utama (al-hukmu)
- Alasan (as-sabab)
Contoh Pembinaan Hukum[sunting]
Qiyas bermaksud perbandingan dan di dalam konteks pembinaan hukum, ia bermaksud mengeluarkan sesuatu hukum dengan cara membandingkan perkara yang belum pasti hukumnya dengan sesuatu hukum yang sudah pasti berdasarkan Al-Quran dan Sunnah. Sebagai contoh, dalil yang terdapat di dalam hadis mewajibkan seseorang mengeluarkan zakat gandum. Jika sesuatu kawasan padi pula, maka zakat padi diwajibkan kerana terdapat banyak persamaan atau illat di antara padi dengan gandum selepas perbandingan atau Qiyas dilakukan.
Hadis Rasulullah s.a.w[sunting]
Hadis riwayat Ibnu Umar ra yang bermaksud:
| “ | " Bahawa Rasulullah saw. mewajibkan zakat fitrah dari bulan Ramadan kepada manusia, iaitu satu sha` (gantang) kurma atau satu sha` (gantang) gandum atas setiap muslim, merdeka atau budak, lelaki maupun wanita" (Nombor hadis dalam kitab Sahih Muslim [Bahasa Arab saja]: 1635)[1] | ” |
Contoh penggunaan Qiyas,
- misalnya gandum, seperti disebutkan dalam hadis sebagai yang utama (al-ashlu)-nya.
- lalu al-far’u-nya adalah padi (tidak tercantum dalam Al-Quran dan Hadis).
- al-hukmu, atau hukum gandum itu wajib zakatnya.
- as-sabab atau alasan hukumnya kerana padi dan gandum adalah makanan utama.
Bahagian Qiyas[sunting]
Ada dua bahagian Qiyas, iaitu :
- Qiyas Jaliy (yang amat ketara)
- Qiyas Khafiy (yang tersembunyi)
Jenis-Jenis Qiyas[sunting]
Qiyas ada tiga jenis, iaitu:
- Qiyas Aula (Utama)
- Qiyas Musawi (Ketara)
- Qiyas Adna (Rendah)