Qadi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Sebahagian siri
Usul al-fiqh

Fiqh
Hukum dalam Islam
  • Batil — tidak sah, tidak betul
  • Fasiq — rosak ahklak
Gelaran cendekiawan

Qadi (Bahasa Arab: قاضي‎)(juga dikenali Qazi atau Kazi atau Kadi) (bahasa Arab: قاضي‎) adalah seorang hakim yang membuat keputusan bersandarkan syariat Islam.

Di Malaysia, Qadi sering dipertanggungjawabkan oleh institusi masjid atau jabatan/pusat Islam untuk menerima tuntutan para Wali untuk menikahkan bakal isteri dengan bakal suami. Qadi perlu memastikan rukun-rukun nikah serta mas kahwin telah disediakan supaya urusan perkahwinan berjalan lancar. Di samping tanggungjawabnya menikahkan suami isteri, Qadi perlu menyempurnakan dokumen-dokumen berkaitan perkahwinan seperti sijil perkahwinan dan pengesahan suami isteri di pihak tertinggi seperti jabatan Islam dan jabatan pendaftaran negara. Ini bagi memastikan status resume suami isteri itu sentiasa sulit dan terpelihara.

Qadi selalunya dilantik dari kalangan orang-orang alim (yang mempunyai pengetahuan dalam agama Islam dengan luas) seperti Ustaz, Muallim, Mufti, Sheikhul Islam dan sebagainya. Qadi juga mesti merupakan seorang lelaki Islam yang sudah merdeka dan akhil baligh.

Seseorang kadi perlu membuat keputusannya menurut hukum Sharīʿah. Ini termasuk kes seperti yang membabitkan warisan, wakaf, perkahwinan, dan perceraian. Pada asalnya tugas kadi hanya terhad kepada membuat keputusan menjatuhkan hukuman mengenai kes yang dihadapkan kepadanya. Tetapi kemudiannya, ia turut membabitkan pentakbiran harta wakaf, penjagaan anak yatim, dan lain-lain.

Pada sebelum abad ke-8 seseorang kadi perlu mahir dalam bidang Al-Qurʾān, Ḥadith, dan ijma (persetujuan masyarakat) sebelum membuat keputusan berdasarkan pengetahuan beliau. Keadaan ini kemudiannya berubah bagi membenarkan seseorang kadi bagi menurut pendapat salah satu dari empat mazhab utama, menurut mazhab yang terbesar yang dipakai di kawasan beliau.

Khalifah kedua, Umar merupakan orang pertama melantik kadi bagi mewakili beliau bagi menyelesaikan pertikaian dalam masyarakat.

Kadi dalam sejarah[sunting | sunting sumber]

Sistem Kadi telah diamalkan di Malaysia sejak zaman kesultanan Melaka lagi.


Rujukan[sunting | sunting sumber]