Kolej Sultan Abdul Hamid
| Kolej Sultan Abdul Hamid |
|
![]() |
|
| Cogan kata | Scholar, Sportsman, Gentleman |
| Ditubuhkan | 8 Disember 1908 |
| Jenis | Kerajaan (bukan berasrama penuh) sekolah menengah lelaki |
| Guru besar | Ahmad Rushdan Bin Abdul Aziz |
| Gred | Tingkatan 1 - Tingkatan 6 |
| Lokasi | Alor Setar, Kedah, Malaysia |
| Warna | Hitam, Merah, Kuning |
| Singkatan | KSAH / SAHC |
| Laman web | http://sahc.kedah.edu.my |
Kolej Sultan Abdul Hamid (KSAH, bahasa Inggeris: Sultan Abdul Hamid College) merupakan salah satu sekolah perdana di Malaysia, yakni sekolah yang ditubuhkan sebelum kemerdekaan. Sekolah lelaki ini terletak di Alor Setar, Kedah.
Isi kandungan |
Sejarah [sunting]
KSAH diasaskan pada 8 Disember 1908 sebagai "Government English School" (GES) di sebuah bangunan berhampiran Balai Nobat, Alor Setar. Pengetua pertamanya ialah Encik Mohamad Iskandar (bapa Tun Dr. Mahathir bin Mohamad). GES merupakan sekolah Inggeris pertama di Kedah dan merupakan sekolah tertua di Negeri Kedah. Pada tahun 1911, GES dipindahkan ke Jalan Penjara Lama (belakang IPD Kota Setar) dan sekali lagi dipindahkan ke Jalan Langgar (tapak yang ada sekarang) pada tahun 1917. Pada tahun 1935 nama GES ditukar menjadi Sultan Abdul Hamid College (SAHC).Sekolah ini dikenali umum sebagai kolej,KSAH dan para pelajar yang belajar disini dikenali sebagai Kolejians.Pada tahun 1999, KSAH telah diberi pengiktirafan oleh Kerajaan Negeri sebagai Sekolah Premier Negeri Kedah
Visi [sunting]
Kolej Sultan Abdul Hamid Sebagai Organisasi Pembelajaran Berintegriti Yang Terunggul Di Peringkat Kebangsaan.
Misi [sunting]
Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti
Falsafah [sunting]
Mempercayai bahawa setiap insan berpotensi untuk untuk membangun dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek jika diberi bimbingan sewajarnya.
Matlamat [sunting]
Melahirkan pelajar berilmu pengetahuan, berakhlak mulia dan bertanggungjawab untuk mencapai kesejahteraan diri serta menyumbang kepada agama, bangsa dan negara.
Moto [sunting]
Wira Bangsa, Rakyat Bangga
Slogan [sunting]
Scholar, Sportsmen, Gentleman
Alamat [sunting]
Kolej Sultan Abdul Hamid Jalan Langgar 05460, Alor Star, Kedah, Malaysia Telefon :6047332300 Fax :6047305300
Rumah sukan sekolah [sunting]
- Sultan (Kuning)
- Gurney (Hijau)
- Kedah (Coklat)
- Days (Biru)
- Stuart (Merah)
Lagu sekolah [sunting]
Strong loyalty we give our king,
Firm friendship we would like to bring,
We march along with strength and will,
To help our country win,
We aim for truth and courage,
For virtues and for values,
We're girls and boys of College,
Good Collegians are we,
K.S.A.H Alma mater,
K.S.A.H young Collegians all
The problems of the world we face,
Seem very small like earth in space,
The rainbow of the sky we chase,
A great and worthy race,
We pupils here are happy,
We're cheerful with no worries,
For aren't we young Collegians,
We are and proud to be,
K.S.A.H Alma mater,
K.S.A.H young Colegians all.
Pengetua [sunting]
- 1908 Mohamad Iskandar
- 1910 Mohd. Salleh
- 1911 Ismail Marican
- 1913 Abdul Manaf
- 1913 Syed Jan Aljafree
- 1914 E. A. G. Stuart
- 1926 E. C. Hicks
- 1929 C. W. Bloomfield
- 1930 R. M. Young
- 1934 E. H. Wilson
- 1937 T. J. Thomas
- 1939 L. D. Whitefield
- 1940 B. Preedy
- 1945 J. F. Augustine
- 1946 G. E. Marrison
- 1946 E. F. Tiddeman
- 1947 D. H. Christie
- 1949 G. J. Gurney
- 1952 A. W. Pinnick
- 1954 M. Ogle
- 1956 G. Sutchliffe
- 1958 E. A. C. Balshaw
- 1959 Kum Boo
- 1960 Long Heng Hua
- 1961 Tan Boon Lin
- 1963 N. A. Ogle
- 1964 Ong Poh Kee
- 1967 Joginder Singh Jessy
- 1974 Zainal Abidin Bahaudin
- 1978 Mustaffa Mahmud
- 1981 Hamdan Muhd. Saleh
- 1983 Kassim Saad
- 1988 Hassan Hashim
- 1992 Shuib Hussain
- 1995 Baharom Yaakob
- 1996 Ismail Mustafa
- 1998 Abdul Manaf Ahmad
- 1999 Ismail Din
- 2000 Baharuddin Abd. Majid
- 2001 Morazuki Hashim
- 2005 Mohd Zainon Shafie
- 2006 Morazuki Hashim
- 2012 Ahmad Rushdan Aziz
Alumni utama [sunting]
- Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah - Sultan Negeri Kedah
- Syed Nahar Bin Tun Syed Sheh Shahabuddin - bekas Menteri Besar Kedah Ke-5
- Osman Bin Haji Aroff- bekas Menteri Besar Kedah Ke-6
- Tunku Abdul Rahman- bekas Perdana Menteri Malaysia pertama.
- Mahathir bin Mohamad - bekas Perdana Menteri Malaysia ke-4.
- Tunku Ismail Bin Tunku Yahaya - bekas Menteri Besar Kedah ke-2
- Syed Omar Bin Syed Abdullah Shahabuddin - bekas Menteri Besar Kedah ke-3
- Syed Ahmad bin Syed Mahmud Shahabuddin - bekas Menteri Besar ke-4,T.Y.T Yang di-Petua Negeri Melaka Ke-5
- Chor Chee Heung - Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan
- S.Manikumar - ADUN Bukit Selambau, Kedah
- Daim Zainuddin - bekas Menteri Kewangan Malaysia ke-6.
- Prof. Emeritus Shahnon Ahmad - Sasterawan Negara
- Tunku Osman Tunku Mohammad Jewa - Ketua Turus Angkatan Tentera Malaysia
- Murad b. Ahmad - Ketua Pengarah Penjara ke-4
- Zaki Azmi - Bekas Ketua Hakim Negara
- Azizan Ariffin - Panglima Angkatan Tentera Malaysia
- Uthman el-Muhammady - Pendakwah
- Ilyas bin Haji Din - Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia ke-13
- Mohamed Khir Johari - Menteri Kabinet
- Abd Razak bin Mohd Yusoff -satu-satunya penerima pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa (S.P) yang masih 'aktif' berkhidmat dalam PDRM
- Victor Andrag - Bekas pemain bola sepak Kedah dan Kebangsaan
- Mohd. Faridzul Kassim - Bekas pemain bolasepak skuad Harimau Malaysia, Kedah, Kuala Lumpur dan Selangor.
- Akmal Rizal Ahmad Rakhli- Bekas pemain bola sepak Kedah dan Kebangsaan.
- Azhar Mansor - Wira Samudera Negara
