Kumpulan 15
| Kumpulan 15 | |
|---|---|
|
|
|
| Penubuhan | 1989 1990 (Persidangan) |
| Tujuan/fokus | Bertindak sebagai pemangkin untuk kerjasama yang lebih luas di antara negara-negara membangun.[2] |
| Keahlian | |
| Pengerusi Kumpulan 15 | |
| Laman web | www.g15.org |
Kumpulan 15 (K-15)[1] telah ditubuhkan semasa Mesyuarat Persidangan Pergerakan Negara-Negara Berkecuali ke-9 di Belgrade, Yugoslavia pada bulan September 1989.
Forum tidak rasmi telah dibentuk bagi meningkatkan kerjasama dan menyediakan input untuk kumpulan antarabangsa lain, seperti Pertubuhan Perdagangan Sedunia dan Kumpulan Lapan. Ia terdiri daripada negara-negara Amerika Utara, Amerika Selatan, Afrika, dan Asia dengan tujuan bersama untuk meningkatkan pertumbuhan dan kekayaan. K-15 memfokuskan kerjasama di dalam negara-negara membangun di dalam bidang pelaburan, perdagangan dan teknologi. Keanggotaan K-15 telah berkembang kepada 18 buah negara, akan tetapi namanya tidak berubah.[3]
Isi kandungan |
Negara-negara anggota [sunting]
Sidang kemuncak dan perjanjian [sunting]
Persidangan pertama diadakan di Kuala Lumpur pada Jun 1990 dan dipengerusikan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad. Kali kedua pula di Caracas, Venezuela pada 1991. Kali terakhir di Teheran, Iran pada Mei 2010.
Melalui G15, Malaysia bersama negara Afrika dan Amerika Latin menandatangani Perjanjian Peraturan Pembangunan Dua Hala. Malaysia menyertai Forum Pelaburan Perniagaan (BIF). Sektor swasta membantu usah negara-negara Selatan dengan mewujudkan Perbadanan Selatan-Selatan Malaysia Bhd. (MASSSCORP) dan Persatuan Selatan-Selatan Malaysia (MASSA).
Kejayaan Persidangan G-15 [sunting]
Persidangan 1
- Talian Maklumat Perdagangan (Trade Information Network-TIN) ditubuhkan.
- Sistem Perdagangan Islam Sedunia (Global System of Trade Prefences-GSTP) dikukuhkan.
- Menubuhkan pusat Pertukaran Data Pelaburan dan Teknologi Selatan (SITTDEC) - Mengadakan forum perniagaan dan pelaburan negara Selatan dengan bantuan PBB.
- Mengadakan pameran perdagangan.
Persidangan 2
- Bersetuju membentuk sistem perdagangan antarabangsa.
- Meluluskan Mekanisme Kewangan Pembiayaan Perdagangan.
- Menempatkan kembali SITTDEC di Kuala Lumpur.
- Mengadakan mesyuarat Kumpulan Pakar bagi Pertukaran Maklumat (EINEP)
Nota [sunting]
- ↑ 1.0 1.1 The official website adopts the "G-15" orthography (with a hyphen) in order to distinguish an abbreviated reference to this group -- contrasts with other similarly named entities.
- ↑ Aims and Objectives, G-15 website
- ↑ PressTV: "Iran to Host G15 Summit." May 20, 2010.
Rujukan [sunting]
- Haas, P.M. (1992). "Introduction. Epistemic communities and international policy coordination," International Organization 46,1:1-35.
- Reinalda, Bob and Bertjan Verbeek. (1998). Autonomous Policy Making by International Organizations. London: Routledge. 10-ISBN 0-415-16486-9/13-ISBN 978-0-415-16486-3; 13-ISBN 978-0-203-45085-7;10-ISBN 0-203-45085-X; OCLC 39013643
Pautan luar [sunting]
- Tapak rasmi G-15
- G-15 Summit in Tehran - Part I Part II Part III (Free PressTV documentary)
- IMF