Uhuru Kenyatta

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Uhuru Kenyatta
Uhuru Kenyatta

Mula berkhidmat
26 Mac 2013
Naib Presiden William Ruto (Bakal)
Menggantikan Mwai Kibaki

Timbalan Perdana Menteri Kenya
Penjawat kini
Mula berkhidmat 
17 April 2008
Perdana Menteri Raila Odinga
Didahului oleh Jawatan diwujudkan

Menteri Kewangan
Tempoh berjawat
23 Januari 2009 – 26 Januari 2012
Perdana Menteri Raila Odinga
Didahului oleh John Michuki (Pemangku)
Digantikan oleh Robinson Njeru Githae (Pemangku)

Tarikh lahir 26 Oktober 1961 (52 tahun)
Tempat lahir Nairobi, Kenya
Parti politik Kesatuan Kebangsaan Afrika Kenya (Sebelum 2000)
Perikatan Kebangsaan (2000–kini)
Pasangan Margaret Gakuo (1991–kini)
Anak Jomo
Ngina
Jaba
Alma mater Kolej Amherst
Agama Roman Katolik
Laman web Tapak rasmi

Uhuru Muigai Kenyatta (lahir 26 Oktober 1961) ialah seorang ahli politik Kenya yang memenangi pilihan raya presiden Kenya pada awal Mac 2013 dan dijangka mengangkat sumpah pada 26 Mac. Beliau ketika ini merupakan Timbalan Perdana Menteri Kenya sejak 2008 dan merupakan bekas Ahli Parlimen bagi Gatundu South. Kenyatta pernah menjadi pengerusi Kesatuan Kebangsaan Afrika Kenya (KANU) sebelum kini menjadi ketua Perikatan Kebangsaan (TNA). Kenyatta ialah anak kepada Jomo Kenyatta, presiden pertama Kenya (1964–1978).

Dicalonkan ke Parlimen pada 2001, Kenyatta menjadi Menteri Kerajaan Tempatan di bawah Presiden Daniel arap Moi. Walaupun kurang pengalaman, beliau disokong Presiden Moi sebagai penggantinya; namun beliau tewas kepada calon pembangkang Mwai Kibaki dalam pilihan raya 2002. Beliau kemudian menyokong Kibaki dalam pilihan raya 2007. Pada April 2008, beliau dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Perdagangan sebagai sebahagian daripada kerajaan campuran. Seterusnya, beliau menjadi Menteri Kewangan dari 2009 dan 2012 sambil kekal menjadi Timbalan Perdana Menteri. Didakwa Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) melakukan terhadap kemanusiaan dalam krisis selepas pilihan raya 2007,[1] beliau meletak jawatan sebagai Menteri Kewangan pada 26 Januari 2012.

Uhuru bertanding sebagai calon dalam pilihan raya presiden pada 4 Mac 2013 dan mendapat 6,173,433 undi (50.03%) daripada sejumlah 12,338,667 undi yang dibuang. Memandangkan ini melebihi ambang 50% tambah 1 undi, beliau dianggap menang tanpa memerlukan pusingan kedua.[2]. Beliau lalu diisytiharkan sebagai Presiden Republik Kenya keempat pada 9 Mac.[3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Thomas Escritt. "ICC Case against Kenyatta's co-accused collapses", The Star Online, 12 Mac 2013. Dicapai pada 2013-03-13. 
  2. "iebc.or.ke: Tally of Presidential results Files". IEBC. 2013-03-09. http://www.iebc.or.ke/index.php/resources/downloads/category/tally-of-presidential-results. Capaian 2013-03-09. 
  3. "Kenyatta diumumkan Presiden Kenya, perolehi lebih 50 peratus undi", Berita Harian, 2013/03/10. Dicapai pada 2013-03-13. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Jawatan politik
Gelaran Baru Timbalan Perdana Menteri Kenya
2008–2013
Diikuti oleh:
Jawatan dimansuhkan
Didahului oleh
Mwai Kibaki
Presiden Kenya
Bakal

2013–kini
Pemegang jawatan kini