Kumpulan Lapan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Kumpulan Lapan
Map of G8 countries

 Kanada
Perdana Menteri Stephen Harper
 Perancis
Presiden Nicolas Sarkozy
 Jerman
Canselor Angela Merkel
 Italy
Perdana Menteri Romano Prodi
 Jepun
Perdana Menteri Yasuo Fukuda
 Rusia
Presiden Vladimir Putin
 United Kingdom
Perdana Menteri Gordon Brown
 Amerika Syarikat
Presiden George W. Bush

Juga diwakili
 Kesatuan Eropah[1]
Presiden EC José Manuel Barroso
Presiden Majlis Eropah José Sócrates

G8 (Kumpulan Lapan) adalah kumpulan yang dianggotai lapan buah negara, iaitu: Amerika Syarikat, Itali, Jepun, Jerman, Kanada, Perancis, Russia, dan United Kingdom. Bersama-sama, negara-negara ini merupakan lebih kurang 65% daripada ekonomi dunia. [2] G8 mengadakan persidangan kemuncak politik antara ketua-ketua negara dengan pegawai-pegawai antarabangsa setiap dua tahun, selain persidangan-persidangan subsidiari dan penyelidikan dasar.

Jawatan presiden G8 mengikut giliran setiap tahun. Bagi tahun 2007, jawatan ini dipegang oleh Jerman, dan sebuah persidangan kemuncak diadakan di Heiligendamm dari 6 Jun ke 8 Jun. Presiden Suruhanjaya Eropah juga menghadiri persidangan kemuncak G8.

Latar dan sejarah[sunting | sunting sumber]

Negara-negara G8 berpunca daripada krisis minyak 1973 dan kemelesetan sejagat yang kemudian. Masalah-masalah ini menyebabkan Amerika Syarikat membentuk Kumpulan Perpustakaan, sebuah kumpulan pegawai kewangan kanan dari Amerika Syarikat, Eropah, dan Jepun, untuk membincangkan persoalan-persoalan ekonomi.

Pada tahun 1975, Valéry Giscard d'Estaing, Presiden Perancis, menjemput ketua-ketua negara dari enam buah negara demokrasi perindustrian ke sebuah persidangan kemuncak di Rambouillet dan mencadangkan mesyuarat-mesyuarat yang tetap. Penyerta-penyertanya bersetuju dengan sebuah mesyuarat tahunan yang diadakan di bawah sistem kepresidenan mengikut giliran dan dengan itu, membentuk apa yang digelar Kumpulan Enam (G6) yang terdiri daripada Amerika Syarikat, Itali, Jepun, Jerman Barat, Perancis, dan United Kingdom. Pada persidangan kemuncak tahunan yang kedua di Puerto Rico, kumpulan ini menjadi Kumpulan Tujuh (G7) apabila Kanada mengambil bahagian atas permintaan Gerald Ford, Presiden Amerika Syarikat, pada tahun 1976. Kesatuan Eropah telah menghadiri mesyuarat-mesyuaratnya sejak ia dijemput buat pertama kali oleh United Kingdom pada tahun 1977. [3].

Persidangan kemuncak G6/7/8[sunting | sunting sumber]

Tempat persidangan kemuncak bertukar-tukar setiap tahun antara ahli-ahli negara mengikut susunan berikut: Perancis, Amerika Syarikat, United Kingdom, Jerman, Jepun, Itali, Kanada, Rusia, iaitu berdasarkan susunan negara menyertai kumpulan ini. Beribu-ribu wartawan datang ke persidangan ini untuk membuat liputan tentang pemimpin-pemimpin yang paling berkuasa di dunia.

No. Tarikh Negara Tempat Laman web rasmi
Ke-1 November 15November 17 1975 Perancis Rambouillet
Ke-2 Jun 27Jun 28 1976 Amerika Syarikat San Juan, Puerto Rico
Ke-3 Mei 7Mei 8 1977 United Kingdom London
Ke-4 Julai 16Julai 17 1978 Jerman Barat Bonn
Ke-5 Jun 28Jun 29 1979 Jepun Tokyo
Ke-6 Jun 22Jun 23 1980 Itali Venice
Ke-7 Julai 20Julai 21 1981 Kanada Montebello, Quebec
Ke-8 Jun 4Jun 6 1982 Perancis Versailles
Ke-9 Mei 28Mei 30 1983 Amerika Syarikat Williamsburg, Virginia
Ke-10 Jun 7Jun 9 1984 United Kingdom London
Ke-11 Mei 2Mei 4 1985 Jerman Barat Bonn
Ke-12 Mei 4Mei 6 1986 Jepun Tokyo
Ke-13 Jun 8Jun 10 1987 Itali Venice
Ke-14 Jun 19Jun 21 1988 Kanada Toronto, Ontario
Ke-15 Julai 14Julai 16 1989 Perancis Paris, Grande Arche
Ke-16 Julai 9Julai 11 1990 Amerika Syarikat Houston, Texas
Ke-17 Julai 15Julai 17 1991 United Kingdom London
Ke-18 Julai 6Julai 8 1992 Jerman Munich, Bayern
Ke-19 Julai 7Julai 9 1993 Jepun Tokyo
Ke-20 Julai 8Julai 10 1994 Itali Naples
Ke-21 Jun 15Jun 17 1995 Kanada Halifax, Nova Scotia
- April 19April 20 1996 Rusia Moscow
(Persidangan kemuncak khas
untuk keselamatan nuklear)
Ke-22 Jun 27Jun 29 1996 Perancis Lyon
Ke-23 Jun 20Jun 22 1997 Amerika Syarikat Denver, Colorado Persidangan Kemuncak G8, 1997
Ke-24 Mei 15Mei 17 1998 United Kingdom Birmingham
(Persidangan Kemuncak G8
rasmi yang pertama)
Persidangan Kemuncak G8, 1998 (arkib)
Ke-25 Jun 18Jun 20 1999 Jerman Cologne, Rhine Utara-Westphalia
Ke-26 Julai 21Julai 23 2000 Jepun Okinawa

Persidangan Kemuncak G8, 2000

Ke-27 Julai 20Julai 22 2001 Itali Genoa

Persidangan Kemuncak G8, 2001

Ke-28 Jun 26Jun 27 2002 Kanada Kananaskis, Alberta Persidangan Kemuncak G8, 2002
Ke-29 Jun 2Jun 3 2003 Perancis Évian-les-Bains Persidangan Kemuncak G8, 2003
Ke-30 Jun 8Jun 10 2004 Amerika Syarikat Pulau Sea, Georgia Persidangan Kemuncak G8, 2004
Ke-31 Julai 6Julai 8 2005 United Kingdom Hotel Gleneagles, Gleneagles, Scotland Persidangan Kemuncak G8, 2005
Ke-32 Julai 15Julai 17 2006 Rusia Strelna, St. Petersburg Persidangan Kemuncak G8, 2006
Ke-33 Jun 6Jun 8 2007 Jerman Kempinski Grand Hotel [1], Heiligendamm, Mecklenburg Persidangan Kemuncak G8, 2007
Ke-34 2008 Jepun Toyako, Hokkaido
Ke-35 2009 Itali
Ke-36 2010 Kanada
Ke-37 2011 Perancis
Ke-38 2012 Amerika Syarikat
Ke-39 2013 United Kingdom
Ke-40 2014 Rusia

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. The EU has the privileges and obligations of membership but does not host/chair summits. It is represented by the Commission and Council Presidents. "EU and the G8". European Commission. Diperolehi pada 2007-09-25. 
  2. Program Pembangunan Bangsa-Bangsa Bersatu (U.N.D.P.)
  3. "EU dan G8". Kesatuan Eropah. Diperolehi pada 17 Julai 2006. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]