Labu, Negeri Sembilan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Sebuah stesen keretapi Labu yang terletak di Labu.

Labu adalah sebuah bandar kecil yang terletak dalam daerah Seremban di Negeri Sembilan, Malaysia. Bandar ini terletak di antara bandar Seremban dengan Nilai. Stesen Komuter Labu, terletak di bandar Labu. Stesen ini menghubungkan Rawang-Seremban dan sepanjang laluannya berhenti di beberapa stesen seperti Mid Valley dan KL Sentral.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu, Labu menjadi salah satu tempat yang menjadi markas tentera Jepun. Ini memandangkan terdapatnya landasan keretapi yang menjadi penghubung antara utara dan selatan. Terdapat banyak kubu di sekitar kawasan stesyen Labu. Walaubagaimanapun, dengan pembinaan landasan keretapi berkembar pada tahun 1995, kesan - kesan ini telah terhapus.[perlu rujukan]

Labu juga pernah menjadi tempat mendaratnya helikopter yang membawa presiden Amerika Syarikat Lyndon B. Johnson sempena lawatan beliau ke Felda LBJ[1] yang dinamakan sempena nama beliau juga dikenali dengan Labu Jaya.[2]

Di sini juga terdapat peninggalan kampung baru Cina, peninggalan bekas darurat.

Pelancongan[sunting | sunting sumber]

Terdapat tempat-tempat menarik yang perlu dilawati oleh orang ramai seperti Homestay Kampung Pelegong yang menyediakan perayaan pesta buah-buahan setahun sekali. Terdapat juga jeram yang begitu sejuk airnya dikenali sebagai Jeram Tebrau. Bagi yang meminati untuk mengkaji kehidupan masyarakat peribumi Orang Asli, boleh menjejaki perkampungan mereka di Kampung Tekir.

Pengangkutan[sunting | sunting sumber]

Labu dihubungi dengan jalan raya melalui Nilai mengikut arah utara dan dari Seremban mengikut arah Selatan. Selain itu, Labu juga boleh dihubungi melalui laluan keretapi.

Ekonomi[sunting | sunting sumber]

Penduduk tempatan kebanyakannya bekerja dalam sektor kerajaan dan sebahagian kecilnya mengusahakan pertanian dan penternakan.

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Terdapat beberapa sekolah yang menjadi nadi pendidikan di Labu antaranya:

Rujukan[sunting | sunting sumber]