Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
|
Laluan Rawang-Seremban
|
|
Tren EMU kelas 81 di stesen Mid Valley
|
|
|
|
|
Laluan Rawang-Seremban adalah salah satu daripada dua perkhidmatan KTM Komuter yang disediakan oleh Keretapi Tanah Melayu. KTM Komuter merupakan perkhidmatan keretapi elektrik yang dilancarkan pada 1995, dan amat laris digunakan oleh komuter (pengguna kenderaan awam) yang bekerja atau tinggal di Kuala Lumpur dan kawasan-kawasan sekitarnya, khususnya untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas. Kesemua kenderaan yang disediakan adalah canggih dan dilengkapi penyaman udara. Bagi yang memandu ke stesen atau hentian, kemudahan 'Park & Ride' disediakan pada kadar yang ditentukan.
Susunan berikut dari utara ke selatan
Pertukaran ke Aliran Sentul-Pelabuhan Klang boleh dilakukan di stesen KL Sentral, Kuala Lumpur, dan Putra. Penggunaan tangga mungkin diperlukan di KL Sentral dan Putra, manakala pertukaran antara platform boleh dilakukan dengan selesa di stesen Kuala Lumpur.
[sunting] Shuttle Rawang-Tanjung Malim
Perkhidmatan KTM Komuter ditambah tiga stesen baru selepas Rawang pada 21 April 2007 sebagai khidmat shuttle Rawang-Rasa, merangkumi Serendah, Batang Kali, dan Rasa[1]. Laluan 22 km ini adalah bahagian pertama projek pengelektrikan dan penggandaan landasan Rawang-Ipoh yang mula beroperasi. Perkhidmatan ini dilanjutkan ke Kuala Kubu Bharu pada 5 Januari 2008[2], dan akhirnya ke Tanjung Malim pada 1 Jun 2009, maka perkhidmatan ini dikenali sebagai Shuttle Rawang-Tanjung Malim.
Penumpang perlu turun di stesen Rawang untuk menggunakan perkhidmatan shuttle Rawang-Tanjung Malim. Ketibaan keretapi adalah 30 minit sekali. Keretapi pertama dan terakhir yang berlepas dari Rawang adalah pada jam 05:42 dan 21:24, manakala keretapi pertama dan terakhir yang berlepas dari Tanjung Malim adalah pada jam 05:42 dan 21:54. Masa perjalanan antara Rawang dan Tanjung Malim adalah 25 minit.