Laut Ireland

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Peta menunjukkan Laut Ireland. Pelabuhan kargo dan penumpang ditandakan sebagai titik merah manakala pelabuhan yang hanya berfungsi sebagai pelabuhan kargo ditandakan dengan titik biru.

Laut Ireland (Ireland: Muir Éireann atau Muir Mhanann, Manx: Mooir Vannin, Scotland: Laut Erse, Gaelik Scotland: Muir Èireann atau Muir Mhanainn,[1] Welsh: Môr Iwerddon) juga dikenali sebagai Laut Mann atau Laut Manx, memisahkan kepulauan Ireland dan Great Britain. Ia bersambung dengan Lautan Atlantik di selatan oleh Terusan St George, dan di utara oleh Terusan Utara. Anglesey adalah pulau terbesar di dalam Laut Ireland, diikuti oleh Isle of Man.

Laut ini mempunyai kepentingan ekonomi kepada perdagangan, perkapalan dan pengangkutan, perikanan dan penjanaan kuasa dalam bentuk kuasa angin dan loji nuklear di kawasan ini. Trafik tahunan di antara dua pulau ini lebih dari 12 juta penumpang dan 17 juta tan barangan dagangan.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Cambridge Medieval Celtic Studies , Issues 33-35 University of Cambridge (Gran Bretaña). Department of Anglo-Saxon, Norse and Celtic 1997

Koordinat: 53°40′U 5°00′B / 53.667°U 5°B / 53.667; -5

Pautan luar[sunting | sunting sumber]