Lebuhraya Butterworth-Kulim
| Lebuhraya E15 | |
|---|---|
| Lebuhraya Butterworth-Kulim | |
| Maklumat laluan | |
| Diselenggara oleh PLUS Expressway Berhad dan Konsortium Lebuhraya Butterworth-Kulim (KLBK) Sdn Bhd | |
| Panjang: | 17 km (10.6 bt) |
| Wujud: | 1994 – sekarang |
| Sejarah: | Siap pada tahun 1996, dibuka pada 15 November 1996 |
| Persimpangan utama | |
| Penghujung barat: |
Seberang Jaya, Pulau Pinang |
| Penghujung timur: |
Lunas, Kedah |
| Lokasi | |
| Destinasi utama: |
Butterworth, Seberang Jaya, Prai, Permatang Pauh, Lunas, Kulim, Baling |
| Sistem jalan raya | |
|
Jalan raya di Malaysia |
|
Lebuhraya Butterworth-Kulim, BKE
adalah sebuah lebuh raya di Malaysia. Ia menghubungkan antara Butterworth, Pulau Pinang di sebelah berat serta Kulim, Kedah di sebelah timur. Ia merupakan laluan utama ke Lebuhraya Timur-Barat (Laluan Persekutuan
melalui Baling, Kedah dan Gerik, Perak.
Isi kandungan |
Sejarah [sunting]
Pembinaan BKE bermula pada Disember 1994 dan tamat pada September 1996.
Konsortium Lebuhraya Butterworth-Kulim (KLBK) Sdn Bhd, anak syarikat PLUS Expressway Berhad ("PLUS Expressways") telah diberikan konsesi serta kontrak membina dan mengendalikan lebih raya kembar empat lorong dengan lorong motosikal serta kemudahan berkaitan bagi lebuh raya sepanjang 16.78 km. Tempoh konsesi adalah selama 32 tahun (Jun 1994 hingga Jun 2026, termasuk 2 tahun tempoh pembinaan), di mana selepas itu lebuh raya berkenaan akan diserahkan kepada kerajaan persekutuan.
Ciri-ciri [sunting]
- Had laju sederhana 90 km/j
- Lebuh raya kembar 4 lorong
- Telefon kecemasan
- Lorong kecemasan
Kadar tol [sunting]
| Kelas | Jenis kenderaan | Kadar dalam Ringgit Malaysia (RM)) |
|---|---|---|
| 1 | Kenderaan dengan 2 gandar dan 3 atau 4 roda kecuali teksi | RM 1.60 |
| 2 | Kenderaan dengan 2 gandar dan 5 atau 6 roda kecuali bas | RM 3.20 |
| 3 | Kenderaan dengan 3 gandar atau lebih | RM 4.80 |
| 4 | Teksi | RM 0.80 |
| 5 | Bas | RM 1.60 |