Terowong SMART

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Terowong SMART semasa satu ujian pada 29 Januari 2007

Terowong Jalan Raya dan Pengurusan Air Banjir atau di dalam bahasa Inggerisnya: "Stormwater Management and Road Tunnel" (SMART) dengan kod Mes-e38.png adalah suatu struktur jalan dan perparitan yang terletak di Kuala Lumpur, Malaysia, dan merupakan satu projek kebangsaan di negara tersebut. Apabila siap nanti, ia merupakan terowong lencongan air yang terpanjang di Asia Tenggara dan kedua terpanjang di Asia. Panjang terowong tersebut sepanjang 9.7 kilometer tetapi laluan untuk kenderaan hanyalah 3.3 kilometer.

Objektif utama terowong ini adalah untuk menyelesaikan masalah banjir kilat di Kuala Lumpur dan juga untuk mengurangkan kesesakan trafik di sepanjang Jalan Sungai Besi dan jejambat Loke Yew di Pudu semasa waktu sesak. Terdapat dua komponen bagi terowong ini iaitu terowong air dan terowong jalan.

Terowong ini bermula di tasik Kampung Berembang berdekatan dengan Sungai Klang di Ampang dan berakhir di tasik Taman Desa berdekatan Sungai Kerayong di Salak Selatan. Projek ini diketuai oleh kerajaan, termasuklah Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan juga satu syarikat pakatan kerjasama di antara Gamuda Berhad dan Malaysian Mining Corporation Berhad (MMC).

Terowong SMART direkabentuk bagi kegunaan kenderaan ringan dengan ketinggian maksimum 2 meter serta had laju yang ditetapkan adalah 60 km/j. Motosikal serta kenderaan berat seperti lori dan bas tidak dibenarkan melalui terowong tersebut. Terowong ini telah dibuka kepada lalu lintas pada 7 April 2007[1] dan kadar tol sebanyak RM2.00 dikenakan mulai 14 Jun 2007.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Notakaki[sunting | sunting sumber]