Butterworth, Pulau Pinang
| Bandar Butterworth | |
|---|---|
| Geografi | |
| Status | Mukim |
| Asal nama | N/A |
| Negara | |
| Negeri | |
| Daerah | Daerah Seberang Perai Utara |
| Mukim | Bandar Butterworth |
| Keluasan | N/A |
Butterworth ataupun Bagan merupakan sebuah bandar pelabuhan yang berkependudukan ramai di negeri Pulau Pinang, Malaysia selepas Bandaraya George Town. Ia terletak di Seberang Perai, dan merupakan pusat pentadbiran Seberang Perai.
Nama Butterworth atau Bagan tersebut diambil sempena nama Kolonel V.T. Butterworth. Beliau merupakan Gabenor Koloni dari tahun 1843 hingga 1855, semasa zaman penjajahan British di Tanah Melayu.
Kaum majoriti di Butterworth ialah kaum Cina 75% dan kaum lain 25%. Kos hidup di Butterworth tidak begitu tinggi sekali berbanding dengan kos hidup di Pulau Pinang. Penduduknya kian bertambah dari tempoh dahulu sampailah sekarang dan kenderaan di bandar ini sekarang pun bertambah banyak. Trafik di Butterworth setiap hari juga sibuk terutamanya waktu permulaan kerja dan waktu tamat kerja. Hal ini demikian kerana Butterworth adalah terletak berhampiran dengan bandar yang terbesar dan terbanyak kemudahan di utara Semenanjung Malaysia iaitu pulau mutiara, Pulau Pinang, selain Kuala Lumpur. Ia sangat dekat untuk sampai di terminal feri dan pergi ke George Town. Butterworth juga terletak berhampiran dengan Lebuhraya Utara Selatan (bahagian Sungai Dua ke Ipoh). Kebanyakan penduduk di Butterworth juga akan dapat masuk ke lebuhraya terpanjang di Malaysia ini dengan cepat dan tidak begitu jauh dan pergi ke Kuala Lumpur dan Pulau Pinang (melalui jambatan). Segelintir penduduk di Kulim dan Bukit Mertajam pun datang bekerja di Butterworth pada setiap hari. Pelabuhan Butterworth pula juga merupakan pelabuhan utama untuk menerima barangan import dan mengeksport barangan kontena buatan negara ke negara-negara seperti Hong Kong, China, Taiwan, dan sebagainya melalui kapal kontena.
Pautan luar [sunting]
|
|||||||||||||||||
