Metamfetamin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Metamfetamin merupakan sejenis dadah perangsang yang mampu menghasilkan perasaan ghairah yang kuat kepada pengguna dan boleh mengakibatkan ketagihan yang teruk. Nama ringkas bagi metamfetamin ialah meth. Metamfetamin asli berbentuk seperti pepejal kristal, dan tidak berwarna. Metamfetamin dicipta untuk kali pertama oleh ahli kimia Jepun A.Ogata pada tahun 1919

Formula struktur metamfetamin

Metamfetamin

(S)-N-methyl-1-phenylpropan-2-amine

Formula kimia C10H15N
Jisim Molekul Relatif 149.24
Metabolisma Hati
Separuh Hayat 4-5 jam (dalam keadaan ginjal normal)
Pengumuhan Ginjal
Status undang-undang

Jadual II (USA)
Kelas B (oral) (UK)
Kelas A (boleh disuntik) (UK)

Saiz Tablet 5mg
Petunjuk bagi:

Kegunaan dadah:

Kegunaan lain:

Syarat penggunaan:
  • Tidak boleh diambil 14 hari selepas mengambil MAOI
  • Glaukoma
  • Hipertensi tahap sederhana atau teruk
  • Penyakit kardiovaskular
Kesan sampingan:

Severe: (dengan penggunaan kronik)

Kardiovaskular:

Endokrin:

  • Kenaikan suhu badan

Mata:

Gastrointestinal:

Neurologikal:

  • Perubahan pada otak secara kimia

Psikologikal:

Kulit:

Gigi:

Lain-lain:

Penggunaan dalam ketenteraan[sunting | sunting sumber]

Metamfetamin kadangkala diberikan kepada askar untuk menghilangkan perasaan takut dan merasangkan penggunanya agar menjadi lebih ganas dan agresif.

Semasa Perang Dunia II, askar-askar Jerman Wehrmacht dan Tentera Merah Soviet (Soviet Red Army) sering dibekalkan dengan metamfetamin. Adolf Hitler juga dikatakan menyuntik dirinya dengan metamfetamin. Selain itu, juruterbang kamikaze Jepun juga dibekalkan dengan metamfetamin.

Nama-nama lain[sunting | sunting sumber]

Metamfetamin mempunyai pelbagai nama lain seperti glass, ice, crystal, crank, atau speed.

Di Jepun, Malaysia dan Filipina metamfetamin juga dikenali sebagai shabu atau syabu.

Metamfetamin yang dihasilkan dengan campuran anhydrous ammonia dipanggil sebagai Nazi Dope kerana dikatakan pihak Nazi menggunakan kaedah tersebut untuk menghasilkan metamfetamin untuk tenteranya. Ia juga dikenali sebagai annie's dope atau annie sahaja.

Di Thailand pula, metamfetamin dikenali sebagai ya ba.