Paul Biya

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Paul Biya
Paul Biya with Obamas cropped.jpg
Biya di Metropolitan Museum of Art (2009)

Penyandang
Tempoh jawatan 
6 November 1982
Perdana Menteri Bello Bouba Maigari
Luc Ayang
Sadou Hayatou
Simon Achidi Achu
Peter Mafany Musonge
Ephraïm Inoni
Philémon Yang
Didahului oleh Ahmadou Ahidjo

Tempoh jawatan
30 Jun 1975 – 6 November 1982
Presiden Ahmadou Ahidjo
Didahului oleh Simon Pierre Tchoungui (Cameroon Timur)
Salomon Tandeng Muna (Cameroon Barat)
Diganti oleh Bello Bouba Maigari

Lahir 13 Februari 1933 (81 tahun)
Mvomeka'a, Cameroon Perancis
(kini Cameroon)
Parti politik Gerakan Demokrasi Rakyat
Pasangan Jeanne-Irène Biya (Sebelum 1992)
Chantal Vigouroux (1994–kini)
Alma mater Sekolah Kebangsaan Pentadbiran
Institut Pengajian Politik Paris
Religion Gereja Katolik Rom[1]

Paul Biya (lahir Paul Barthélemy Biya'a bi Mvondo, 13 Februari 1933) ialah seorang ahli politik Cameroon yang telah menjadi Presiden Cameroon sejak 6 November 1982.[2][3] Lahir di selatan Cameroon, Biya meningkat naik dengan pantas sebagai birokrat di bawah Presiden Ahmadou Ahidjo pada 1960-an. Beliau berkhidmat sebagai Setiausaha Agung Presiden dari 1968 hingga 1975 dan kemudian sebagai Perdana Menteri Cameroon antara 1975 dan 1982. Beliau menggantikan Presiden Ahidjo yang meletak jawatan secara mengejut pada 1982 dan kemudian mengukuhkan kuasanya dalam perebutan kuasa 1983–1984 dengan pendahulunya itu.

Biya memperkenalkan pembaharuan politik dalam konteks sistem parti tunggal pada 1980-an. Di bawah tekanan, beliau menerima pengenalan politik berbilang parti pada awal 1990-an. Beliau menang tipis dalam pilihan raya presiden 1992 dengan 40% undian, namun selepas itu menang dengan majoriti besar pada 1997, 2004 dan 2011. Ahli politik lawan dan kerajaan luar Barat setiap kali pilihan raya akan mendakwa berlakunya ketidaktentuan dan penipuan pengundian.[4][5]

Dalam pilihan raya presiden terakhir pada Oktober 2011, Biya kekal untuk penggal keenam, mendapat 77.9% undian. Lawan terdekatnya John Fru Ndi mendapat cuma 10%.[6]

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. Richard N. Ostling. "Religion: Strengthening Spiritual Ties – TIME", Time, 21 Jun 2005. Dicapai pada 6 November 2011. 
  2. Profil Biya di tapak web Presiden Cameroon (Perancis).
  3. Biografi di tapak web pilihan raya presiden 2004.
  4. "Court declares Cameroon’s Biya landslide poll winner, despite accusations of fraud", 21 Oktober 2011. Dicapai pada 4 November 2011. 
  5. "Cameroon's Biya promises youth jobs after poll win", 25 Oktober 2011. Dicapai pada 4 November 2011. 
  6. "Cameroonian president wins vote, extending 29-year-rule", 22 Oktober 2010. Dicapai pada 4 November 2011. 
Jawatan politik
Didahului oleh
Simon Pierre Tchoungui
sebagai Perdana Menteri Cameroon Timur
Perdana Menteri Cameroon
1975–1982
Diikuti oleh:
Bello Bouba Maigari
Didahului oleh
Salomon Tandeng Muna
sebagai Perdana Menteri Cameroon Barat
Didahului oleh
Ahmadou Ahidjo
Presiden Cameroon
1982–kini
Pemegang jawatan kini