Perlawanan akhir Liga Juara-Juara UEFA 2016

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Perlawanan akhir Liga Juara-Juara UEFA 2016
PeristiwaLiga Juara-Juara UEFA 2015–16
Selepas masa tambahan
Real Madrid menang 5–3 menerusi penentuan penalti
Tarikh28 Mei 2016
TempatSan Siro, Milan
Permain terbaikSergio Ramos (Real Madrid)[1]
PengadilMark Clattenburg (England)[2]
Kehadiran71,942[3]
CuacaMendung
27 °C (81 °F)
45% kelembapan[4]
2015
2017

Perlawanan akhir Liga Juara-Juara UEFA 2016 merupakan perlawanan terakhir untuk Liga Juara-Juara UEFA 2015–16, musim ke-61 pertandingan bola sepak kelab Eropah diaturkan oleh UEFA dan musim ke-24 sejak penamaan semula dari Piala Kelab Juara Eropah kepada Liga Juara-Juara UEFA. Perlawanan ini berlangsung di stadium San Siro, Milan, Itali pada 28 Mei 2016[5] diantara pasukan Sepanyol, Real Madrid dan Atlético Madrid. Ia merupakan kali kedua dalam sejarah pertandingan kedua-dua finalis merupakan dari bandar yang sama. Real Madrid menang 5–3 menerusi penentuan penalti selepas seri 1–1 pada akhir masa tambahan sekaligus mengesahkan kejuaraan ke-11 mereka dalam pertandingan ini.

Real Madrid mendapat hak untuk bermain menentang juara Liga Europa UEFA 2015–16, Sevilla dalam Piala Super UEFA 2016. Mereka juga layak ke peringkat separuh akhir Piala Dunia Kelab FIFA 2016 sebagai wakil UEFA.

Tempat perlawanan[sunting | sunting sumber]

San Siro di Milan dipilih untuk menjadi tuan rumah perlawanan akhir pada bulan September 2014.

San Siro, secara rasmi dikenali sebagai Stadio Giuseppe Meazza, diumumkan sebagai venue perlawanan akhir semasa perjumpaan Jawatankuasa Eksekutif UEFA di Nyon, Switzerland pada 18 September 2014.[5] Ini akan menjadi perlawanan akhir Piala Eropah/Liga Juara-Juara keempat untuk diadakan di stadium ini selepas tahun 1965, 1970 dan 2001.

San Siro dibina pada tahun 1925 dan dibuka pada tahun 1926 sebagai stadium tuan rumah Milan. Ia dijual kepada bandar ini pada tahun 1935. Internazionale menjadi penyewa pada tahun 1947 dan stadium ini telah dikongsi oleh kedua-dua kelab ini sejak itu dimana Inter memenangi perlawanan akhir Piala Eropah pertama di stadium ini pada tahun 1965. Stadium ini digunakan sebagai venue semasa Piala Dunia FIFA 1934, UEFA Euro 1980 dan Piala Dunia FIFA 1990. Kapasiti semasa stadium ini adalah 80,018 tetapi dikurangkan kepada 80,000 kerusi untuk pertandingan UEFA.[5]

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Perlawanan akhir ini akan menjadi perlawanan akhir keenam pertandingan ini untuk menampilkan dua pasukan dari persatuan yang sama,[6] perlawanan akhir ketiga menampilkan kedua-dua kelab Sepanyol dan yang kedua menampilkan pasukan dari bandar yang sama.[7] Perlawanan akhir Madrid ini juga memastikan Madrid menjadi bandar paling berjaya dalam Piala Eropah dengan 11 kemenangan dan 17 penampilan perlawanan akhir dan juga dalam semua pertandingan UEFA dengan 16 kemenangan, mengatasi Milan yang mempunyai 10 kemenangan dan 16 penampilan perlawanan akhir dalam Piala Eropah dan 15 kemenangan dalam semua pertandingan UEFA.[8]

Real Madrid layak ke perlawanan akhir ke-14 mereka dimana ia merupakan satu rekod selepas kemenangan agregat 1–0 ke atas Manchester City. Mereka berpeluang untuk mencatat rekod dengan kejuaraan ke-11.[9] Sebelum ini, mereka memenangi perlawanan akhir pada tahun 1956, 1957, 1958, 1959, 1960, 1966, 1998, 2000, 2002 dan 2014. Mereka tewas pada tahun 1962, 1964 dan 1981. Ini juga merupakan perlawanan akhir ke-18 mereka dalam semua pertandingan UEFA selepas juga bermain dalam dua perlawanan akhir Piala Pemenang Piala (tewas pada tahun 1971 dan 1983) dan dua perlawanan akhir Piala UEFA (menang pada tahun 1985 dan 1986). Pengurus mereka, Zinedine Zidane yang menjaringkan gol kemenangan untuk Real Madrid dalam perlawanan akhir tahun 2002 mempunyai peluang untuk menjadi orang ketujuh memenangi Liga Juara-Juara sebagai pemain dan pengurus selepas Miguel Muñoz, Giovanni Trapattoni, Johan Cruyff, Carlo Ancelotti, Frank Rijkaard dan Pep Guardiola.[10]

Atlético Madrid layak ke perlawanan akhir Piala Eropah ketiga mereka selepas menyingkirkan Bayern Munich menerusi gol tempat lawan (2–2 secara agregat).[11] Dua perlawanan akhir mereka sebelum ini pada tahun 1974 dan 2014 berakhir dengan kekalahan. Atlético Madrid juga bermain dalam tiga perlawanan akhir Piala Pemenang Piala (menang pada tahun 1962 dan tewas pada tahun 1963 dan 1986) dan dua perlawanan akhir Liga Europa (menang pada tahun 2010 dan 2012). Kemenangan Liga Europa terbaru mereka pada tahun 2012 dibimbing oleh jurulatih semasa, Diego Simeone. Beliau mempunyai peluang untuk menyertai rakyat senegara (Argentina), Luis Carniglia dan Helenio Herrera sebagai jurulatih bukan orang-Eropah untuk memenangi Piala Eropah/Liga Juara-Juara.[12] Jika mereka menang Liga Juara-Juara, mereka akan menyertai Juventus, Ajax, Bayern Munich dan Chelsea sebagai kelab yang telah memenangi tiga pertandingan kelab Eropah utama.[13] Sebaliknya, jika mereka tewas, mereka akan menjadi pasukan pertama untuk tewas dalam tiga perlawanan akhir Piala Eropah pertama mereka.[14]

Selain daripada perlawanan akhir tahun 2014 yang dimenangi oleh Real Madrid dengan keputusan 4–1 selepas masa tambahan, satu-satunya perlawanan Madrid Derby dalam pertandingan Eropah yang sebelumnya adalah peringkat separuh akhir Piala Eropah 1958–59 dimana Real Madrid menanh 2–1 dalam perlawanan ulangan selepas seri 2–2 secara agregat dan dalam suku akhir Liga Juara-Juara UEFA 2014–15 yang dimenangi oleh Real Madrid dengan agregat 1–0.[15]

Perjalanan ke perlawanan akhir[sunting | sunting sumber]

Nota: Dalam kesemua keputusan dibawah, skor finalis diberikan dahulu (S: tempat sendiri; L: tempat lawan).

Sepanyol Real Madrid Pusingan Sepanyol Atlético Madrid
Lawan Keputusan Peringkat kumpulan Lawan Keputusan
Ukraine Shakhtar Donetsk 4–0 (S) Perlawanan 1 Turki Galatasaray 2–0 (L)
Sweden Malmö FF 2–0 (L) Perlawanan 2 Portugal Benfica 1–2 (S)
Perancis Paris Saint-Germain 0–0 (L) Perlawanan 3 Kazakhstan Astana 4–0 (S)
Perancis Paris Saint-Germain 1–0 (S) Perlawanan 4 Kazakhstan Astana 0–0 (L)
Ukraine Shakhtar Donetsk 4–3 (L) Perlawanan 5 Turki Galatasaray 2–0 (S)
Sweden Malmö FF 8–0 (S) Perlawanan 6 Portugal Benfica 2–1 (L)
Pemenang Kumpulan A
Pos Pasukan P Mt
1 Sepanyol Real Madrid 6 16
2 Perancis Paris Saint-Germain 6 13
3 Ukraine Shakhtar Donetsk 6 3
4 Sweden Malmö FF 6 3
Sumber: UEFA
Kedudukan akhir Pemenang Kumpulan C
Pos Pasukan P Mt
1 Sepanyol Atlético Madrid 6 13
2 Portugal Benfica 6 10
3 Turki Galatasaray 6 5
4 Kazakhstan Astana 6 4
Sumber: UEFA
Lawan Agg. Peringkat ke-1 Peringkat ke-2 Peringkat kalah mati Lawan Agg. Peringkat ke-1 Peringkat ke-2
Itali Roma 4–0 2–0 (L) 2–0 (S) Pusingan 16 terakhir Belanda PSV Eindhoven 0–0 (8–7 p) 0–0 (L) 0–0 (smt) (S)
Jerman Wolfsburg 3–2 0–2 (L) 3–0 (S) Suku-akhir Sepanyol Barcelona 3–2 1–2 (L) 2–0 (S)
England Manchester City 1–0 0–0 (L) 1–0 (S) Separuh-akhir Jerman Bayern Munich 2–2 (l) 1–0 (S) 1–2 (L)

Pra-perlawanan[sunting | sunting sumber]

Duta[sunting | sunting sumber]

Duta untuk perlawanan akhir adalah bekas pemain Argentina, Javier Zanetti yang memenangi Liga Juara-Juara bersama Internazionale menentang Bayern Munich pada tahun 2010 dan bekas pemain itali, Paolo Maldini yang memenangi lima Piala Eropah bersama Milan.[16]

[sunting | sunting sumber]

UEFA mendedahkan logo untuk perlawanan akhir pada 27 Ogos 2015 di Monaco menjelang undian peringkat kumpulan. Logo ini menampilkan mercu tanda Milan, Galleria Vittorio Emanuele II.[17]

Tiket[sunting | sunting sumber]

Dengan kapasiti stadium sebanyak 71,500, sejumlah 46,000 tiket tersedia untuk peminat dan orang awam manakala dua pasukan finalis masing-masing menerima 20,000 tiket dan 6,000 tiket tersedia untuk dijual kepada peminat di seluruh dunia melalui UEFA.com bermula 1 sehingga 14 Mac 2016 dalam empat kategori harga: €440, €320, €160 dan €70. Baki tiket telah diperuntukkan untuk jawatankuasa penganjur tempatan, persatuan UEFA dan nasional, rakan kongsi komersial dan penyiar serta berperanan untuk program hospitaliti korporat.[18]

Upacara pembukaan[sunting | sunting sumber]

Penyanyi Amerika Syarikat, Alicia Keys membuat persembahan semasa upacara pembukaan sebelum perlawanan. Ia merupakan kali pertama ia menampilkan persembahan muzik langsung.[19] Andrea Bocelli mempersembahkan lagu Liga Juara-Juara UEFA.[20]

Acara berkaitan[sunting | sunting sumber]

Perlawanan akhir Liga Juara-Juara Wanita UEFA 2016 diadakan dua hari lebih awal pada 26 Mei 2016 di Stadium Mapei– Città del Tricolore, Reggio Emilia.

Festival Liga Juara-Juara UEFA tahunan diadakan diantara 26–29 Mei 2016 di Piazza del Duomo.[21]

Perlawanan[sunting | sunting sumber]

Pengadil[sunting | sunting sumber]

Pengadil Inggeris, Mark Clattenburg diumumkan sebagai pengadil perlawanan akhir oleh UEFA pada 10 Mei 2016.[2]

Teknologi garisan gol[sunting | sunting sumber]

Sistem teknologi garisan gol Hawk-Eye digunakan dalam perlawanan ini. Ini merupakan perlawanan akhir Liga Juara-Juara UEFA yang pertama untuk menggunakan teknologi garisan gol selepas diluluskan oleh Jawatankuasa Eksekutif UEFA pada bulan Januari 2016.[22]

Butiran[sunting | sunting sumber]

Pasukan "tuan rumah" (untuk tujuan pentadbiran) telah ditentukan menerusi cabutan tambahan yang diadakan selepas cabutan separuh-akhir yang diadakan pada 15 April 2016 di ibu pejabat UEFA yang terletak di Nyon, Switzerland.[23]

Real Madrid Sepanyol1–1 (s.m.t.)Sepanyol Atlético Madrid
Ramos Goal 15' Ref Carrasco Goal 79'
Penalti
Vázquez Dijaring
Marcelo Dijaring
Bale Dijaring
Ramos Dijaring
Ronaldo Dijaring
5–3 Dijaring Griezmann
Dijaring Gabi
Dijaring Saúl
Tersasar Juanfran
Kehadiran: 71,942[3]
Real Madrid
Atlético Madrid
GK 1 Costa Rica Keylor Navas Diberi kad kuning selepas 47 minit 47'
RB 15 Sepanyol Dani Carvajal Diberi kad kuning selepas 11 minit 11' Dikeluarkan selepas 52 minit 52'
CB 4 Sepanyol Sergio Ramos (k) Diberi kad kuning selepas 90+3 minit 90+3'
CB 3 Portugal Pepe Diberi kad kuning selepas 112 minit 112'
LB 12 Brazil Marcelo
DM 14 Brazil Casemiro Diberi kad kuning selepas 79 minit 79'
RM 19 Croatia Luka Modrić
LM 8 Jerman Toni Kroos Dikeluarkan selepas 72 minit 72'
RF 11 Wales Gareth Bale
CF 9 Perancis Karim Benzema Dikeluarkan selepas 77 minit 77'
LF 7 Portugal Cristiano Ronaldo
Pemain gantian:
GK 13 Sepanyol Kiko Casilla
DF 6 Sepanyol Nacho
DF 23 Brazil Danilo Diberi kad kuning selepas 93 minit 93' Dimasukkan selepas 52 minit 52'
MF 10 Colombia James Rodríguez
MF 18 Sepanyol Lucas Vázquez Dimasukkan selepas 77 minit 77'
MF 22 Sepanyol Isco Dimasukkan selepas 72 minit 72'
FW 20 Sepanyol Jesé
Pengurus:
Perancis Zinedine Zidane
GK 13 Slovenia Jan Oblak
RB 20 Sepanyol Juanfran
CB 15 Montenegro Stefan Savić
CB 2 Uruguay Diego Godín
LB 3 Brazil Filipe Luís Dikeluarkan selepas 109 minit 109'
RM 17 Sepanyol Saúl Ñíguez
CM 14 Sepanyol Gabi (k) Diberi kad kuning selepas 90+3 minit 90+3'
CM 12 Argentina Augusto Fernández Dikeluarkan selepas 46 minit 46'
LM 6 Sepanyol Koke Dikeluarkan selepas 116 minit 116'
SS 7 Perancis Antoine Griezmann
CF 9 Sepanyol Fernando Torres Diberi kad kuning selepas 61 minit 61'
Pemain gantian:
GK 1 Sepanyol Miguel Ángel Moyà
DF 19 Perancis Lucas Hernández Dimasukkan selepas 109 minit 109'
DF 24 Uruguay José María Giménez
MF 5 Portugal Tiago
MF 21 Belgium Yannick Ferreira Carrasco Dimasukkan selepas 46 minit 46'
MF 22 Ghana Thomas Partey Dimasukkan selepas 116 minit 116'
FW 16 Argentina Ángel Correa
Pengurus:
Argentina Diego Simeone

Pemain Terbaik Perlawanan:
Sergio Ramos (Real Madrid)[1]

Pembantu pengadil:[2]
Simon Beck (England)
Jake Collin (England)
Pengadil keempat:[2]
Viktor Kassai (Hungary)
Pembantu pengadil tambahan:[2]
Anthony Taylor (England)
Andre Marriner (England)
Pembantu pengadil simpanan:[2]
Stuart Burt (England)

Peraturan perlawanan[24]

  • 90 minit.
  • 30 minit masa tambahan jika perlu.
  • Penentuan sepakan penalti jika kedudukan masih sama.
  • Tujuh pemain gantian dinamakan dimana hanya tiga yang boleh digunakan.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "Spot-on Real Madrid defeat Atlético in final again". UEFA.com. Union of European Football Associations. 28 Mei 2016. Dicapai pada 29 Mei 2016.
  2. ^ a b c d e f "Clattenburg to referee Champions League final". UEFA.com. 10 Mei 2016.
  3. ^ a b "Full Time Report Final – Real Madrid v Atlético Madrid" (PDF). UEFA.org. Union of European Football Associations. 28 Mei 2016. Dicapai pada 28 Mei 2016.
  4. ^ "Tactical Lineups – Final – Saturday 28 May 2016" (PDF). UEFA.org. Union of European Football Associations. 28 Mei 2016. Dicapai pada 28 Mei 2016.
  5. ^ a b c "Milan to host 2016 UEFA Champions League final". UEFA.com. Union of European Football Associations. 18 September 2014. Dicapai pada 19 September 2014.
  6. ^ "One-nation UEFA Champions League finals". UEFA.com. 21 Mei 2016.
  7. ^ "Second time round: European Cup final rematches". UEFA.com. 9 Mei 2016.
  8. ^ "Madrid to supplant Milan as top footballing city". UEFA.com. 6 Mei 2016.
  9. ^ "Real Madrid 1-0 Manchester City (agg 1-0)". BBC Sport. 4 May 2016.
  10. ^ "Will Zidane be latest winner as a player and coach?". UEFA.com. 22 Mei 2016.
  11. ^ "Bayern Munich 2-1 Atletico Madrid (agg 2-2)". BBC Sport. 3 Mei 2016.
  12. ^ "Atlético coach Simeone eyes exclusive club". UEFA.com. 23 Mei 2016.
  13. ^ "2016 UEFA Champions League Final Press Kit" (PDF). Uefa.com. 27 Mei 2016. Dicapai pada 27 Mei 2016.
  14. ^ "Can Atlético make it third time lucky in Milan?". UEFA.com. 27 Mei 2016.
  15. ^ "Real Madrid v Atlético in European competition". UEFA.com. 4 Mei 2016.
  16. ^ "Final ambassadors: Zanetti v Maldini quiz". UEFA. 5 Mei 2016.
  17. ^ "2016 UEFA Champions League final identity launched". UEFA.org. 27 Ogos 2015.
  18. ^ "2016 UEFA Champions League final ticket sales launch". UEFA.org. 1 Mac 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-06-07. Dicapai pada 2016-05-29.
  19. ^ "Alicia Keys to perform at UEFA Champions League final". UEFA. 27 April 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-06-30. Dicapai pada 2016-05-29.
  20. ^ "Andrea Bocelli to perform before final". UEFA.com. 26 Mei 2016.
  21. ^ "Where and when: UEFA Champions Festival in Milan". UEFA.com. 18 Mei 2016.
  22. ^ "Goalline technology to be used in Champions League final". BBC Sport. 4 Mac 2016.
  23. ^ "Draws — Semi-finals". UEFA.com. Union of European Football Associations. Dicapai pada 15 April 2016.
  24. ^ "Regulations of the UEFA Champions League 2015/16 Season" (PDF). UEFA.com. 1 May 2015.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]