Prasasti Seni
| Prasasti Seni | ||||
![]() |
||||
| Album studio oleh Siti Nurhaliza | ||||
|---|---|---|---|---|
| Dikeluarkan pada | 12 April 2004 | |||
| Label | Suria Records | |||
| Penerbit | Tan Su Loke (eksekutif) Edwin Tan (penolong eksekutif) Zuriani Iman Wan Andy Flop Poppy Ajai Yasin Mohar Along Exists Helen Yap Pongky Jikustik Aubrey Suwito |
|||
| Kronologi Siti Nurhaliza | ||||
|
||||
Prasasti Seni merupakan album ke sepuluh Siti Nurhaliza. Album ini telah dilancarkan pada 12 April 2004, dan majlis ini mendapat liputan secara langsung oleh Sitizone.com. Album ini merupakan nafas segar buat kerjaya Siti kerana ini merupakan kali pertama cover album dibuat di luar studio. Penggambaran untuk kulit album ini dijalankan di Janda Baik, Pahang. Album ini telah terjual melebihi 50,000 unit.
Yang menarik tentang album ini ialah Siti turut memuatkan sebuah cakera padat berbentuk hati yang memuatkan video klip "Pejam Matamu" dan mesej dari Siti Nurhaliza sendiri. Antara single yang berjaya menggegarkan industri muzik ialah "Dialah di Hati", "Seindah Biasa" dan "Lagu Rindu" yang pertama kali diperdengarkan di Anugerah Planet Muzik di Singapura.
Lagu "Dialah Di Hati" merupakan titik permulaan dimensi baru dalam karier Siti Nurhaliza, kerana mempunyai susunan muzik segar serta alunan vokal yang berubah dari nada rendah ke nada tinggi, dan juga penulisan lirik yang baik. "Dialah Di Hati" turut dicalonkan dalam kategori Lagu Terbaik pada Anugerah Industri Muzik.
[sunting] Senarai runut
| No. | Tajuk | Lirik | Gubahan | Masa |
|---|---|---|---|---|
| 1. | "Introduksi Siti" | 0:38 | ||
| 2. | "Dialah di Hati" | Habsah Hassan | Aidit Alfian | 4:22 |
| 3. | "Pendirianku" | M. Zulkifli | Zuriani | 3:59 |
| 4. | "Cinta Tak Berganti" | Siti Nurhaliza | Iman Wan | 4:46 |
| 5. | "Cahaya Seribu Liku" | Siti Nurhaliza, Tanty | Andy Flop Poppy | 4:22 |
| 6. | "Hanya Dirimu" | Hani MJ | Ajai | 4:34 |
| 7. | "Lagu Rindu" | Yasin | Yasin | 4:33 |
| 8. | "Sakti" | Loloq | Mohar | 6:26 |
| 9. | "Pejam Matamu" | Siti Nurhaliza | G Nola | 4:52 |
| 10. | "Kembalikan Indah" | Siti Nurhaliza, Slen | Helen Yap | 5:01 |
| 11. | "Ku Menungu" | Habsah Hassan | Aidit Alfian | 5:00 |
| 12. | "Seindah Biasa" | Ponky Jikustik | Ponky Jikustik | 4:48 |
| 13. | "Pasti Seni : Siti" | 1:17 |
[sunting] Anugerah
Anugerah Industri Muzik
- Persembahan Vokal Terbaik di dalam Album (Wanita)
- Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu ("Seindah Biasa")
Hits 1
- Lagu Paling Popular ("Lagu Rindu")
- Tempat Kedua Lagu Terbaik ("Lagu Rindu")
- Persembahan Terbaik
Anugerah Planet Muzik
- Lagu Paling Popular ("Lagu Rindu")
[sunting] Pautan luar
|
||||||||||||||||||||||||||
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
