Sanggar Mustika

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Sanggar Mustika
Album studio oleh Siti Nurhaliza
Dikeluarkan pada 10 Mac 2002[1]
Genre Pop etnik
Syarikat SRC
Penerbit Pak Ngah, Ramli MS, S. Atan
Kronologi Siti Nurhaliza
Safa
(2001)
Sanggar Mustika
(2002)
E.M.A.S
(2003)

Sanggar Mustika merupakan album studio yang ke lapan Siti Nurhaliza. Album ini telah dilancarkan pada tahun 2002. Album ini merupakan penyambung tradisi traditional dan berjaya mempertingkatkan mutu irama Malaysia. Album ini telah terjual melebihi 40,000 unit. Sanggar Mustika juga menyelitkan 2 buah lagu nostalgia sebagai menghargai perjuangan mereka yang terlebih dahulu berbakti kepada dunia seni iaitu Allahyarham Tan Sri P. Ramlee ("Bunga Melor") dan Toh Puan Rafeah Buang ("Bisikan Hati"). "Bisikan Hati" juga dirakam sebagai buah tangan khas dari Siti untuk ibu beliau yang tercinta, Siti Salmah Bachik. Single-single dari album ini ialah "Nirmala", "Badarsila", dan "Kurik Kundi".

Senarai runit[sunting | sunting sumber]

No. Tajuk Lirik Gubahan Masa
1. "Nirmala"   Che'Kem Pak Ngah 5:36
2. "Joget Senyum Memikat"   Nurul Asyiqin S.Atan 4:28
3. "Panas Berteduh Gelap Bersuluh"   Siti Nurhaliza Khir Rahman 5:51
4. "Bisikan Hati"   Haimon Abd. Rahman Haimon Abd. Rahman 5:49
5. "Badarsila"   Lokgha Suflan Faidzal 4:11
6. "Syair Kamelia"   Nurul Asyiqin S. Atan 4:24
7. "Di Batas Waktu"   Habsah Hassan Naim 5:09
8. "Sulam Sembilan"   Lokgha Pak Ngah 5:40
9. "Bunga Melor"   S. Sudarmaji P. Ramlee 4:09
10. "Kurik Kundi"   Nurul Asyiqin Pak Ngah 3:49

Anugerah[sunting | sunting sumber]

Majlis Anugerah
Anugerah Juara Lagu Ke-17 Persembahan Terbaik - "Nirmala"
Anugerah Juara Lagu Ke-17 Juara Kategori Irama Malaysia - "Nirmala"
Anugerah Industri Muzik Persembahan Vokal Terbaik di dalam Album (Wanita)

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Saharudin Mustafa (10 Mac 2002). "Sanggar Mustika mercu seni Siti Nurhaliza". Utusan Malaysia. Diperolehi pada 2 Februari 2010.