Rampasan Masjidil Haram

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Rampasan Masjidil Haram
Tarikh 20 November - 4 Disember , 1979
Lokasi Mekkah, Saudi Arabia
Hasil Kemenangan Arab Saudi
Yang berperang
Arab Saudi Saudi Arabia
Pakistan Pakistan
Penentang beragama Islam
Komander dan pemimpin
Arab Saudi Raja Khalid
Arab Saudi Raja Fahd
Arab Saudi Putera Mahkota Sultan
Arab Saudi Badr bin Abdul Aziz
Arab Saudi Turki bin Faisal Al Saud
Juhayman al-Otaibi White flag icon.svg
Abdullah Hamid Mohammed Al-Qahtani
Kekuatan
~10,000 Saudi NG 400-500 Militan
Kerugian
127 dibunuh
451 cedera
(Saudi Arabia)
117 dibunuh
orang tidak dikenali yang cedera
68 dihukum

Rampasan Masjidil Haram pada 20 November , 1979, adalah serangan bersenjata dan pengambilalihan dari Penentang beragama Islam ke atas Al Masjid Al Haram in Mekkah, Arab Saudi, tempat yang paling suci dalam agama Islam.

Rampasan Masjidil Haram ini telah mengejutkan dunia Islam di mana beratus-ratus jemaah yang datang untuk ibadahhaji telah di ambil untuk menjadi tebusan, dan beratus-ratus militan, pasukan keselamatan dan tebusan yang terlibat dalam kejadian tembak-menembak telah terbunuh berikutan pertempuran untuk mendapatkan pengawalan tempat. Pengepungan berakhir 2 minggu selepas pengambilalihan bermula dengan penghapusan militan dari masjid.

Berikutan serangan itu, kerajaan Arab Saudi melaksanakan penguatkuasaan kod Islam yang lebih ketat.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Rampasan ini telah diketuai oleh Juhaiman ibn Muhammad ibn Saif al Utaibi, yang berasal dari sebuah keluarga Najd yang berkuasa. Dia mengisytiharkan abang iparnya iaitu Muhammad bin abd Allah al-Qahtani sebagai Imam Mahdi atau penyelamat umat Islam pada akhir zaman yang telah banyak dinyatakan dalam Hadis dari Nabi Muhammad s.a.w. Walaubagaimanapun, golongan fanatik mengabaikan fakta lain dan hanya bergantung kepada fakta bahawa nama al-qahtani dan nama ayahnya adalah sama dengan nama nabi dan ayahnya, dan mereka bergantung kepada hadis nabi yang di telah riwayatkan oleh Thabrani iaitu:
Sungguh, bumi ini akan dipenuhi oleh kezaliman dan kesemena-menaan. Dan apabila kezaliman serta kesemena-menaan itu telah penuh, maka Allah s.w.t. akan mengutus seorang laki-laki yang berasal dari umatku, namanya seperti namaku, dan nama bapanya seperti nama bapaku (Muhammad bin Abdullah).” (HR. Thabrani)

Tambahan lagi, tarikh serangan itu iaitu 20 November 1979, ialah hari pertama dalam tahun 1400 mengikut Kalendar Hijriah, yang mana telah dijelaskan dalam hadis lain bahawa pada hari itu Imam Mahdi akan mendedahkan perkara itu.

Walaupun salah satu tanda penting untuk mengenali Imam Mahdi adalah bahawa dia adalah keturunan Muhammad, Muhammad bin abd Allah al-Qahtani bukan keturunan Nabi Islam, kerana ia termasuk suku Al-Qahtani.