Rangkaian kuasa berprestasi tinggi Mercedes AMG

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Rangkaian kuasa berprestasi tinggi Mercedes AMG
Jenis Persendirian
Ditubuhkan 11 Oktober 1983
Pengasas Mario Illen, Paul Morgan
Ibu pejabat Brixworth, Northamptonshire, United Kingdom
Induk Daimler AG
Laman web mercedes-amg-hpp.com

Rangkaian kuasa berprestasi tinggi Mercedes AMG (Bahasa Inggeris: Mercedes AMG High Performance Powertrains) (dahulunya dikenali sebagai Mercedes-Ilmor, dan Mercedes-Benz HighPerformanceEngines) ialah sebuah pengilang enjin Formula Satu milikan British, yang dimiliki oleh Mercedes-Benz. Sejak tahun 1995, mereka membekalkan enjin kepada McLaren, iaitu sebuah pasukan Formula Satu. Bagi musim 2009, Mercedes-Benz juga membekalkan Brawn GP dan pasukan Force India dengan enjin ini. Sejak tahun 2010, Mercedes membekalkan enjin kepada pasukan McLaren, Force India dan pasukan Mercedes-Benz yang baru bersaing sebagai satu pasukan, iaitu Mercedes AMG (yang terbentuk daripada pasukan Brawn GP, yang dibeli oleh Mercedes selepas musim 2009 berakhir.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Ilmor diasaskan oleh Mario Illien dan Paul Morgan pada tahun 1983, sebagai salah satu pengeluar enjin Formula Satu. Nama syarikat itu diambil dari nama keluarga pengasas. Pada asalnya Ilmor membina enjin untuk kereta IndyCar dengan wang pemilik pasukan IndyCar dan casis pengilang Roger Penske.

Daimler-Benz memperoleh saham Chevrolet sebanyak 25% daripada Ilmor pada tahun 1993. Pada tahun 2002 Daimler AG meningkatkan saham mereka kepada 55% dan menamakan syarikat itu sebagai Mercedes-Ilmor. Pada tahun 2005, Daimler menjadi pemilik tunggal Ilmor dan menamakan syarikat tersebut Mercedes-Benz HighPerformanceEngines Ltd. Pada bulan Disember 2011, syarikat ini telah ditukar nama kepada Mercedes AMG High Performance Powertrains bersama-sama dengan penamaan semula Mercedes GP untuk menggabungkan jenama Mercedes-AMG.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]