Nico Rosberg

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Nico Rosberg
Nico Rosberg 2010 Malaysia.jpg
Lahir 27 Jun 1985 (29 tahun)
Wiesbaden, Jerman Barat
Kerjaya Kejuaraan Dunia Formula Satu
Kewarganegaraan  Jerman
Kereta 2013 Mercedes
Kereta # 9
Perlumbaan 140
Kejuaraan 0
Kemenangan 3
Podium 9
Mata kerjaya 503.5
Petak pertama 4
Pusingan terpantas 4
Perlumbaan pertama Grand Prix Bahrain 2006
Kemenangan pertama Grand Prix China 2012
Kemenangan terakhir Grand Prix British 2013
Perlumbaan terakhir Grand Prix Itali 2013
Kedudukan 2012 Ke-9 (93 mata)

Nico Erik Rosberg (lahir 27 Jun 1985) ialah seorang pemandu kereta lumba Jerman yang berlumba dalam Formula Satu untuk Mercedes. Beliau berlumba untuk negara Jerman dalam Formula Satu, namun bertanding untuk negara Finland pada awal kerjaya. Beliau memegang kerakyatan untuk kedua-dua negara.[1]

Rosberg memenangi kejuaraan GP2 Series pada tahun 2005 bersama pasukan ART, setelah berlumba dalam Formula 3 Euro Series sebelum ini untuk pasukan bapanya, Team Rosberg.

Bagi tahun 2010, Rosberg menyertai pasukan Mercedes yang dinamakan semula, yang dicipta oleh Mercedes selepas mengambil alih pasukan yang memenangi Kejuaraan Pengeluar 2009, Brawn GP. Sejak itu, Rosberg memenangi tiga perlumbaan Grand Prix dan mendapat empat petak pertama.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

GP2[sunting | sunting sumber]

ART Grand Prix (2005)[sunting | sunting sumber]

Rosberg menerima tempat dalam kursus Kejuruteraan Aeronautik di Imperial College London[2] Namun, Rosberg menolak tawaran tersebut dan berlumba dalam kejuaraan GP2 Series yang baru ditubuhkan pada tahun 2005 dan menyertai ART Grand Prix. Beliau merupakan pemandu pertama untuk memenangi kejuaraan GP2.

Formula Satu[sunting | sunting sumber]

Williams (2006–2009)[sunting | sunting sumber]

2006[sunting | sunting sumber]

Pada akhir tahun 2005, Rosberg telah diumumkan secara rasmi sebagai pemandu Williams untuk musim 2006. Pada perlumbaan Formula Satu sulungnya di Bahrain, Rosberg memandu sebuah kereta yang tidak dianggap cukup kompetitif untuk mencapai kedudukan podium.[3] dan juga terpaksa mengharungi persaingan yang hebat selepas kehilangan kon hidung keretanya pada pusingan pertama. Walau bagaimanapun, Rosberg akhirnya mendapat mata selepas mendapat tempat ketujuh di belakang rakan sepasukan, Mark Webber, dan mencatatkan masa pusingan terpantas, serta menjadi pemandu termuda untuk berbuat demikian dalam sejarah F1.

Beliau mendapat tempat ketiga pada pusingan kelayakan pada perlumbaan seterusnya di Malaysia, tetapi enjin Cosworth keretanya gagal berfungsi selepas hanya melengkapkan tujuh pusingan. Rosberg mendapat mata buat kali kedua di Grand Prix Eropah, selepas rakan sepasukannya mengalami kegagalan hidraulik.

Namun begitu, musim 2006 tidak berjalan dengan sempurna bagi Rosberg. Beliau bersara pada empat daripada tujuh perlumbaan seterusnya. Rosberg hampir mendapat mata di Grand Prix British selepas mendapat tempat kesembilan, di belakang pemandu BMW Sauber, Jacques Villeneuve. Rosberg mendapat empat mata pada musim ini, tiga mata kurang daripada rakan sepasukan, Webber.

2007[sunting | sunting sumber]

Williams menggunakan enjin Toyota yang baru bagi tahun 2007, bersama-sama dengan rakan sepasukan baru, Alexander Wurz. Rakan sepasukan Rosberg yang lama, Mark Webber, menyertai David Coulthard di pasukan Red Bull Racing.

Rosberg mendapat keputusan terbaiknya pada tahun 2007 dengan mendapat tempat keempat di Grand Prix Brazil 2007, selepas memintas kedua-dua kereta BMW Sauber

Pada tahun 2007, Rosberg mendapat mata kejuaraan sebanyak tujuh kali, termasuk mendapat keputusan terbaiknya di perlumbaan terakhir musim ini di Grand Prix Brazil, setelah mendapat tempat keempat. Beliau mendapat tempat ketujuh di Australia, Hungary dan Turki, dan keenam di Grand Prix Itali dan Belgium.

Beliau bersara hanya tiga kali pada tahun 2007. Rosberg mengalami kegagalan hidraulik di Malaysia, kebocoran minyak di Grand Prix Amerika Syarikat, dan elektronik di Grand Prix Jepun.

Pada separuh pertama musim 2007, rakan sepasukan Rosberg, Alexander Wurz, mendapat lebih mata daripada Rosberg, namun Rosberg menamatkan musim ini di hadapan Wurz dalam Kejuaraan Pemandu Dunia. Rosberg menamatkan musim ini di tangga kesembilan dalam kejuaraan pemandu dengan 20 mata.

2008[sunting | sunting sumber]

Rosberg mendapat podium pertama kerjayanya selepas mendapat tempat ketiga di Grand Prix Australia 2008. Namun begitu, Ros Beliau diberikan penalti sepuluh-petak kedudukan untuk Grand Prix Perancis, selepas terhempas ke belakang kereta Lewis Hamilton di lorong pit di Grand Prix Kanada.

Pada bulan September, beliau mendapat tempat kedua di Grand Prix Singapura yang sulung, selepas mendahului sebuah perlumbaan Grand Prix buat kali pertama dalam kerjayanya. Namun begitu, ini bukan merupakan sebuah perlumbaan yang senang bagi Rosberg, selepas beliau menerima penalti stop and go selama sepuluh saat kerana memasuki pit semasa kereta keselamatan berada di litar.

2009[sunting | sunting sumber]
Rosberg memandu untuk Williams di Grand Prix Turki 2009

Rosberg mempunyai musim yang kukuh pada tahun 2009, dengan mendapat mata di hampir kesemua perlumbaan dan juga konsisten pada pusingan kelayakan dengan memasuki Q3. Beliau membuka musim ini dengan mendapat tempat keenam di Melbourne, sebelum prestasinya menurun dalam tiga perlumbaan yang akan datang. Bagaimanapun dari Grand Prix China dan seterusnya, prestasinya meningkat dengan mendapat tempat kelapan, kemudiannya tempat keenam, dan tempat kelima sebanyak dua kali. Di Jerman, beliau memulakan perlumbaan di tempat ke-15 dan akhirnya menamatkan perlumbaan di tempat keempat. Beliau kemudiannya mendapat tempat keempat di Grand Prix Hungary, dan kelima di Grand Prix Eropah. Walaupun mendapat mata di Belgium, usaha Rosberg untuk mendapat mata pada setiap perlumbaan di benua Eropah telah berakhir di Monza. Rosberg sekali lagi gagal mendapat mata di Grand Prix Singapura. Walau bagaimanapun, Rosberg mendapat tempat kelima di Grand Prix Jepun selepas mendapat tempat kesebelas pada pusingan kelayakan, dan memulakan perlumbaan di tempat ketujuh selepas beberapa pemandu lain menerima penalti. Beliau menamatkan musim di tempat ketujuh dalam Kejuaraan Pemandu dengan 34.5 mata dan Williams mendapat tempat keenam dalam Kejuaraan Pengeluar. Rosberg juga mendapatkan kesemua mata kejuaraan untuk pasukan Williams pada musim 2009.

Mercedes (2010–kini)[sunting | sunting sumber]

2010[sunting | sunting sumber]
Rosberg memandu untuk Mercedes di Grand Prix Kanada 2010

Pada 29 Oktober 2009, Rosberg mengumumkan bahawa beliau akan meninggalkan pasukan Williams pada akhir musim 2009. Beliau mengulas bahawa Williams "telah benar-benar menyokong kerjaya saya selama bertahun-tahun dan saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada mereka. Walau bagaimanapun, saya tidak pasti mereka boleh memenangi perlumbaan pada masa ini dan saya ingin memenangi perlumbaan".[4] Pada 16 November 2009, Brawn GP telah dibeli oleh Mercedes dan dinamakan semula sebagai Mercedes GP bagi musim 2010. Pada 23 November 2009, Rosberg telah diumumkan sebagai pemandu nombor satu pasukan.[5] Pada 23 Disember 2009, Michael Schumacher telah diumumkan sebagai rakan sepasukan Rosberg, dan telah diberikan nombor kereta Rosberg (3) kerana sebab-sebab khurafat.[6] Walaupun banyak gembar-gembur mengenai kemunculan Schumacher semula dalam Formula Satu, Rosberg berjaya untuk memulakan kebanyakan perlumbaan pada musim ini di hadapan Schumacher. Di Malaysia, Rosberg memulakan perlumbaan di baris hadapan selepas mendapat tempat kedua pada pusingan kelayakan yang diganggu oleh hujan, dan sekali lagi bermula di hadapan Schumacher. Beliau akhirnya mendapat tempat ketiga dalam perlumbaan tersebut; dan ia merupakan podium pertama Mercedes sebagai satu pasukan sejak kemunculan semula mereka. Rosberg sekali lagi beraksi dengan cemerlang selepas mendapat tempat ketiga di Grand Prix China.

Beliau mendapat tempat ketujuh di Monaco, kelima di Turki dan keenam di Kanada, tetapi hanya mendapat tempat kesepuluh di Grand Prix Eropah. Walau bagaimanapun, di Grand Prix British, Rosberg mendapat podium selepas mendapat tempat ketiga selepas menepis persaingan yang hebat daripada Alonso dan Jenson Button. Tetapi di Grand Prix Jerman, Mercedes sekali lagi kehilangan rentak mereka, dan Rosberg hanya mendapat tempat kelapan, di hadapan rakan sepasukan, Schumacher. Grand Prix Hungary kelihatan lebih cerah bagi Rosberg, tetapi beliau kehilangan rodanya ketika keluar dari perhentian pitnya ketika berada dalam posisi untuk mendapat mata. Rosberg mendapat tempat keenam di Spa selepas bertarung untuk masa yang laman dengan Michael Schumacher. Rosberg sekali lagi mendapat tempat kelima di Grand Prix Itali dan Singapura.

Walau bagaimanapun, nasib buruk menimpai Roseberg di Jepun. Ketika berada di bawah tekanan daripada Schumacher, sebuah roda dari kereta Rosberg tercabut dan Rosberg merempuh ke dinding dan bersara. Di Grand Prix Korea yang sulung, ketika berada di tempat keempat, beliau bersara daripada perlumbaan selepas berlanggar dengan Mark Webber. Di Interlagos, Rosberg mendapat tempat keenam, manakala di hujung minggu berikutnya di Abu Dhabi, Rosberg mendapat tempat keempat, dan akhirnya mendapat tempat ketujuh dalam Kejuaraan Pemandu. Rosberg menamatkan 16 daripada 19 perlumbaan pada musim ini, di mana beliau mendapat mata dalam 15 perlumbaan.

2011[sunting | sunting sumber]

Mercedes MGP W02 yang baru terbuki amat pantas dalam ujian musim sejuk. Di Australia, Rosberg beraksi dengan baik sehinggalah beliau bersara selepas berlanggar dengan Rubens Barrichello. Di Malaysia, Rosberg memulakan perlumbaan di tempa kesembilan dan mendapat tempat ke-12 pada perlumbaan tersebut. Rosberg mendapat mata kejuaraan pertamanya musim di China, selepas bermula dari tempat keempat dan menamatkan perlumbaan di tempat kelima, serta mendahului empat belas pusingan pada perlumbaan tersebut.[7]

Rosberg akhirnya menamatkan musim ini di tempat ketujuh buat kali ketiga berturut-turut, sekali lagi di hadapan Schumacher dalam kejuaraan pemandu. Walau bagaimanapun, beliau gagal mendapat sebarang podium pada musim ini. Ini kerana kereta Mercedes MGP W02 tidak dapat bersaing dengan pasukan yang mempunyai kereta yang lebih pantas seperti Red Bull, McLaren dan Ferrari.[8]

2012[sunting | sunting sumber]

Rosberg menamatkan dua perlumbaan pertama tanpa mendapat sebarang mata di Australia dan Malaysia, setelah mendapat tempat ke-12 dan ke-13 masing-masing. Di Grand Prix China, Rosberg mendapat petak pertamanya yang sulung dalam kerjayanya.[9] Rosberg akhirnya memenangi perlumbaan pertamanya dalam Formula Satu, dan ia merupakan kemenangan Mercedes yang pertama sejak Grand Prix Itali 1955 yang dimenangi oleh Juan Manuel Fangio, sebelum Mercedes menarik diri daripada Formula Satu.[10].

2013[sunting | sunting sumber]

Rosberg kekal bersama Mercedes bagi musim 2013, di mana beliau menjadi rakan sepasukan Lewis Hamilton selepas Hamilton menandatangani kontrak tiga tahun bersama mereka. Rosberg bersara di Grand Prix Australia selepas mengalami masalah elektrikal,[11] dan mendapat tempat keempat Grand Prix Malaysia, setelah pasukan melarang beliau untuk memintas Hamilton.[12] Di Grand Prix Monaco, beliau mendapat petak pertama, mendahului kesemua pusingan dan menang.

Rekod dan pencapaian[sunting | sunting sumber]

Rekod perlumbaan[sunting | sunting sumber]

Ringkasan kerjaya[sunting | sunting sumber]

Musim Siri Pasukan Perlumbaan Kemenangan P/Pertama P/Terpantas Podium Mata Kedudukan
2001 Formula BMW Junior Cup Iberia 3 0 0 0 0 38 Ke-18
2002 Formula BMW ADAC VIVA Racing 20 5 9 1 13 264 Pertama
2003 Formula 3 Euro Series Team Rosberg 20 1 1 2 5 45 Ke-8
Masters of Formula 3 1 0 0 0 0 N/A NC
Macau Grand Prix Carlin Motorsport 1 0 0 0 0 N/A NC
Korea Super Prix 1 0 0 0 0 N/A Ke-11
2004 Formula 3 Euro Series Team Rosberg 19 3 2 2 5 70 Ke-4
Macau Grand Prix 1 0 0 0 0 N/A NC
Masters of Formula 3 1 0 0 0 0 N/A Ke-6
Bahrain Superprix 1 0 0 0 1 N/A Ke-2
2005 GP2 Series ART Grand Prix 23 5 4 5 12 120 Pertama
Formula Satu BMW Williams F1 Team Pemandu ujian
2006 Formula Satu WilliamsF1 Team 18 0 0 1 0 4 Ke-17
2007 Formula Satu AT&T Williams 17 0 0 0 0 20 Ke-9
2008 Formula Satu AT&T Williams 18 0 0 0 2 17 Ke-13
2009 Formula Satu AT&T Williams 17 0 0 1 0 34.5 Ke-7
2010 Formula Satu Mercedes GP Petronas F1 Team 19 0 0 0 3 142 Ke-7
2011 Formula Satu Mercedes GP Petronas F1 Team 19 0 0 0 0 89 Ke-7
2012 Formula Satu Mercedes AMG Petronas F1 Team 20 1 1 2 2 93 Ke-9
2013 Formula Satu Mercedes AMG Petronas F1 Team 12 2 3 0 2 104* Ke-6*

* Musim sedang dijalankan.

Keputusan lengkap GP2 Series[sunting | sunting sumber]

(kunci)
Tebal - Petak pertama
Condong - P.Terpantas

Tahun Kemasukan 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 DC Mata
2005 ART Grand Prix SMR
FEA

8
SMR
SPR

Ret
ESP
FEA

9
ESP
SPR

4
MON
FEA

3
EUR
FEA

3
EUR
SPR

4
FRA
FEA

7
FRA
SPR

1
GBR
FEA

1
GBR
SPR

4
GER
FEA

1
GER
SPR

4
HUN
FEA

5
HUN
SPR

2
TUR
FEA

17
TUR
SPR

3
ITA
FEA

2
ITA
SPR

2
BEL
FEA

3
BEL
SPR

5
BHR
FEA

1
BHR
SPR

1
Pertama 120

Keputusan lengkap Formula Satu[sunting | sunting sumber]

(kunci)

Tebal - Petak pertama
Condong - P.Terpantas

Tahun Kemasukan Casis Enjin 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 WDC Mata
2006 WilliamsF1 Team Williams FW28 Cosworth CA2006 2.4 V8 BHR
7
MAL
Ret
AUS
Ret
SMR
11
EUR
7
ESP
11
MON
Ret
GBR
9
CAN
Ret
USA
9
FRA
14
GER
Ret
HUN
Ret
TUR
Ret
ITA
Ret
CHN
11
JPN
10
BRA
Ret
Ke-17 4
2007 AT&T Williams Williams FW29 Toyota RVX-07 2.4 V8 AUS
7
MAL
Ret
BHR
10
ESP
6
MON
12
CAN
10
USA
16
FRA
9
GBR
12
EUR
Ret
HUN
7
TUR
7
ITA
6
BEL
6
JPN
Ret
CHN
16
BRA
4
Ke-9 20
2008 AT&T Williams Williams FW30 Toyota RVX-08 2.4 V8 AUS
3
MAL
14
BHR
8
ESP
Ret
TUR
8
MON
Ret
CAN
10
FRA
16
GBR
9
GER
10
HUN
14
EUR
8
BEL
12
ITA
14
SIN
2
JPN
11
CHN
15
BRA
12
Ke-13 17
2009 AT&T Williams Williams FW31 Toyota RVX-09 2.4 V8 AUS
6
MAL
8
CHN
15
BHR
9
ESP
8
MON
6
TUR
5
GBR
5
GER
4
HUN
4
EUR
5
BEL
8
ITA
16
SIN
11
JPN
5
BRA
Ret
ABU
9
Ke-7 34.5
2010 Mercedes GP Petronas F1 Team Mercedes MGP W01 Mercedes FO 108X 2.4 V8 BHR
5
AUS
5
MAL
3
CHN
3
ESP
13
MON
7
TUR
5
CAN
6
EUR
10
GBR
3
GER
8
HUN
Ret
BEL
6
ITA
5
SIN
5
JPN
17†
KOR
Ret
BRA
6
ABU
4
Ke-7 142
2011 Mercedes GP Petronas F1 Team Mercedes MGP W02 Mercedes FO 108Y 2.4 V8 AUS
Ret
MAL
12
CHN
5
TUR
5
ESP
7
MON
11
CAN
11
EUR
7
GBR
6
GER
7
HUN
9
BEL
6
ITA
Ret
SIN
7
JPN
10
KOR
8
IND
6
ABU
6
BRA
7
Ke-7 89
2012 Mercedes AMG Petronas F1 Team Mercedes F1 W03 Mercedes FO 108Z 2.4 V8 AUS
12
MAL
13
CHN
1
BHR
5
ESP
7
MON
2
CAN
6
EUR
6
GBR
15
GER
10
HUN
10
BEL
11
ITA
7
SIN
5
JPN
Ret
KOR
Ret
IND
11
ABU
Ret
USA
13
BRA
15
Ke-9 93
2013 Mercedes AMG Petronas F1 Team Mercedes F1 W04 Mercedes FO 108Z 2.4 V8 AUS
Ret
MAL
4
CHN
Ret
BHR
9
ESP
6
MON
1
CAN
5
GBR
1
GER
9
HUN
19†
BEL
4
ITA
6
SIN
JPN
KOR
IND
ABU
USA
BRA
Ke-6* 104*

Tidak menamatkan perlumbaan, namun diklasifikasikan kerana melengkapkan lebih daripada 90% jarak perlumbaan.
Separuh mata diberikan kerana kurang daripada 75% jarak perlumbaan dilengkapkan.
* Musim sedang dijalankan.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Shedding a father's shadow: the new GP2 champion's route to the top 5th chapter
  2. McRae, Donald. "New kid on the grid follows his father's formula", sport.guardian.co.uk, 7 Mac 2006. Dicapai pada 28 Mac 2013. 
  3. "Williams Admits Humiliating Season" Yahoo.com. Diambil 28 Mac 2013
  4. "Rosberg announces Williams exit", BBC Sport, BBC, 29 Oktober 2009. Dicapai pada 3 November 2009. 
  5. http://www.brawngp.com/readstory.asp?bgp=j%C1%AA%C0rZ%7D%5F
  6. "Schumacher to be number 3 at Mercedes", SportNetwork.net, Durham Associates Group, 20 Januari 2010. Dicapai pada 25 Jun 2011. 
  7. "Mercedes 'optimistic again' about pace", Yahoo! Eurosport, TF1 Group, 17 April 2011. Dicapai pada 21 April 2011. 
  8. "The 2011 Season Review – Part Two", formula1.com, Kumpulan Formula Satu, 5 Disember 2011. Dicapai pada 28 April 2013. 
  9. Benson, Andrew. "Nico Rosberg takes landmark first pole in China for Mercedes", BBC Sport, BBC, 14 April 2012. Dicapai pada 26 Mac 2013. 
  10. http://www.formula1.com/news/headlines/2012/4/13231.html
  11. "Rosberg sidelined by electrical problem", Crash.net, Crash Media Group, 17 Mac 2013. Dicapai pada 30 Mac 2013. 
  12. "Malaysia: selected team and driver quotes", Formula1.com, Kumpulan Formula Satu, 24 Mac 2013. Dicapai pada 31 Mac 2013. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]