Mercedes Grand Prix

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Bendera Jerman Mercedes GP
Mercedesgppetronasf1team.jpg
Nama penuh Mercedes GP Petronas Formula One Team
Pangkalan Brackley, Northamptonshire, United Kingdom
Stuttgart, Baden-Württemberg, Germany
Pengarah pasukan Ross Brawn
Norbert Haug
Formula Satu musim 2010
Pemandu 3. Bendera Jerman Michael Schumacher
4. Bendera Jerman Nico Rosberg
Pemandu ujian Bendera ? TBA
Casis MGP W01[1]
Enjin Mercedes-Benz
Tayar Bridgestone
Kerjaya Kejuaraan Dunia Formula Satu
Penampilan pertama Grand Prix Perancis 1954
Perlumbaan 12
Kejuaraan Pengeluar 0
Kejuaraan Pemandu 2 (1954, 1955)
Kemenangan perlumbaan 9
Petak pertama 8
Pusingan terpantas 9

Mercedes Grand Prix, atau secara rasminya Mercedes GP Petronas Formula One Team, ialah pasukan dan pengeluar kereta Formula Satu milik Mercedes-Benz, yang berlumba mulai musim F1 2010. Mercedes-Benz mula menyertai F1 pada tahun 1954, lalu mengecapi kejayaan pada musim-musim 1954 dan 1955. Bagaimanapun, selepas musim 1955, Mercedes meninggalkan sukan tersebut. Mercedes hanya berperanan sebagai pemilik bersama dan pembekal enjin untuk pasukan lain pada 1990-an dan 2000-an, sebelum kembali dengan pasukan F1 sendiri pada November 2009. Selepas 15 tahun bersama pasukan McLaren, Mercedes-Benz (melalui syarikat induk Daimler AG), dengan kerjasama bersama Aabar Investments, bersetuju membeli 75.1% pegangan saham (Daimler: 45.1%; Aabar: 30%), dalam pasukan Brawn GP, menunggu kelulusan korporat dan perundangan.[2] Brawn telah memenangi kejohanan pemandu dan pengeluar di musim 2009, iaitu satu-satunya musim yang disertainya selepas dibeli dari pasukan Honda Racing F1.[3]

Bekas pemandu Williams Nico Rosberg akan disertai oleh Juara Dunia tujuh kali Michael Schumacher untuk perlumbaan pertama pasukan mereka.

Isi kandungan

[sunting] Sejarah awal

[sunting] Mercedes di lumba kereta Grand Prix (1930-an–1955)

Mercedes-Benz pernah beraksi di lumba kereta Grand Prix pada dekad 1930-an yang dikuasai oleh Silver Arrows dan Auto Union. Kedua-dua pasukan ini menerima pembiayaan lumayan dari rejim Nazi, memenangi semua Kejohanan Grand Prix Eropah selepas tahun 1932, tiga perlumbaannya dimenangi oleh Rudolf Caracciola untuk Mercedes-Benz.[4]

Pada tahun 1954, Mercedes-Benz kembali menyertai perlumbaan Formula Satu (Kejohanan Dunia yang diasaskan pada tahun 1950), dengan menggunakan kereta Mercedes-Benz W196 serba canggih. Juan Manuel Fangio, juara musim 1951 berpindah dari Maserati ke Mercedes-Benz di tengah musim untuk kemunculan sulung Mercedes dalam Grand Prix Perancis pada 4 Julai 1954. Pasukan ini cemerlang sekali merampas dua kedudukan teratas dengan Fangio dan Karl Kling, di samping juga pusingan terpantas (Hans Herrmann). Fangio juga memenangi tiga lagi perlumbaan pada tahun 1954, lalu merangkul kejuaraan.

Kejayaannya berterusan hingga musim 1955, dengan kereta yang sama. Sekali lagi Mercedes menguasai musim ini, dengan Fangio merangkul empat perlumbaan, dan rakan sepasukan barunya Stirling Moss pula menerajui Grand Prix British. Fangio dan Moss masing-masing menduduki tempat pertama dan kedua keseluruhan musim itu. Sebuah kemalangan dahsyat di perlumbaan 24 Hours of Le Mans pada 11 Jun yang mengorbankan nyawa pemandu kereta lumba Mercedes Pierre Levegh dan lebih 80 penonton menyebabkan pembatalan Grand Prix Perancis, Jerman, Sepanyol dan Switzerland.[5] Oleh itu, pasukan Mercedes menarik diri daripada sukan berlumba, termasuk F1, pada akhir musim.

Mercedes kembali ke arena F1 1993 sebagai pembekal enjin tidak rasmi kepada pasukan Sauber, yang dijadikan rasmi pada tahun berikutnya. Pada musim 1995, Mercedes beralih kepada pasukan McLaren untuk membekal enjin dan membeli pegangan saham minoriti dalam pasukan tersebut. McLaren merangkul tiga kejuaraan pemandu dan satu kejuaraan pengeluar dari tahun 1995 hingga 2009. Pada tahun 2009, Mercedes mula membekal enjin tambahan kepada pasukan Brawn GP dan Force India; Brawn menggondol kedua-dua kejuaraan pemandu dan pengeluar.


[sunting] 2010: Kembali berlumba

[sunting] Pembelian Brawn GP

Pada 16 November 2009, secara rasminya disahkan bahawa Mercedes mengambil alih pengendalian pasukan Brawn, dengan Ross Brawn masih bertugas sebagai ketua pasukan.[3] Pasukan ini tetap berpangkalan di Brackley, United Kingdom, yang kurang 30 batu (48.3 km) jauhnya dari loji enjin F1 Mercedes di Brixworth.

Nico Rosberg diumumkan sebagai pemandu pertama pasukan pada 23 November 2009, diikuti pengumuman pada 23 December 2009 bahawa juara dunia tujuh kali Michael Schumacher akan kembali ke Formula 1, kali ini bersama pasukan Mercedes.[6] Pemadnu Brawn musim 2009 pula, Jenson Button menyertai McLaren, manakala Rubens Barrichello beralih kepada pasukan Williams untuk musim 2010. Dengan pembelian Brawn ini, berakhirnya usahasama Mercedes dengan McLaren. Pegangan saham 40% yang dimiliki oleh Daimler (pemilik Mercedes) dalam McLaren dijual balik ke McLaren Group untuk sejumlah £500m. Bagaimanapun, Mercedes akan tetap membekal enjin kepada McLaren sehingga tahun 2015.[7]

Pada 21 Disember 2009, pasukan Mercedes mengesahkan penyertaan syarikat pembekal minyak Malaysia, Petronas sebagai penaja senama.[8] From 2010 the team will compete under the full title of Mercedes GP Petronas Formula One Team.[9]

[sunting] Rekod perlumbaan

[sunting] Keputusan F1 lengkap

Tahun Casis Enjin Tayar Pemandu 1 2 3 4 5 6 7 8 9 Mata WCC
1954 Mercedes-Benz W196 Mercedes 2.5 L8 Templat:Continental ARG 500 BEL FRA GBR GER SUI ITA ESP -* -*
Bendera Argentina Juan Manuel Fangio 1 4 1 1 1 3
Bendera Jerman Karl Kling 2 7 4 Ret Ret 5
Bendera Jerman Hans Herrmann Ret Ret 3 4 Ret
Bendera Jerman Hermann Lang Ret
1955 Mercedes-Benz W196 Mercedes 2.5 L8 Templat:Continental ARG MON 500 BEL NED GBR ITA -* -*
Bendera Argentina Juan Manuel Fangio 1 Ret 1 1 2 1
Bendera Jerman Karl Kling 4 Ret Ret 3 Ret
Bendera Jerman Hans Herrmann 4 PO
Bendera United Kingdom Stirling Moss 4 9 2 2 1 Ret
Bendera Perancis André Simon Ret
Bendera Itali Piero Taruffi 4 2
19552009: Mercedes tidak bertanding sebagai pasukan, tetapi kembali sejak tahun 1955.

* Kejohanan Pengeluar hanya diberi mulai musim 1958.

(kunci)

Bold - Petak pertama
Italics - P.Terpantas

[sunting] Rujukan

  1. "Mercedes GP unveils car colours", Autosport.com, Haymarket Productions, 2010-01-25. Dicapai pada 2010-01-25. 
  2. "Mercedes takes over Brawn F1 team", BBC News, 2009-11-16. Dicapai pada 2009-11-16. 
  3. 3.0 3.1 "Mercedes takes over Brawn", Autosport.com, 2009-11-16. Dicapai pada 2009-11-16. 
  4. "De geschiedenis van Mercedes-Benz in de Grand Prix-racerij", MotorRacingBlog.nl, 2009-11-20. Dicapai pada 2009-11-30. 
  5. Lang, Mike (1981). Grand Prix! Vol 1, Haynes Publishing Group. ISBN 0-85429-276-4.
  6. BBC Sports news article (Retrived 23 December 2009)
  7. Benson, Andrew (2009-11-16). "Mercedes takes over Brawn F1 team". BBC News. http://news.bbc.co.uk/sport1/hi/motorsport/formula_one/8362295.stm. Capaian 2009-12-15. 
  8. "Mercedes GP signs long-term agreement with PETRONAS", Brawn GP, 2009-12-21. 
  9. "Mercedes GP picks up Petronas", AUSmotive.com, 2009-12-21. 


[sunting] Pautan luar

Templat:Mercedes Grand Prix

Templat:Formula One constructors

Alatan peribadi
Ruang nama

Kelainan
Tindakan
Pandu arah
Perhubungan
Cetak/eksport
Alatan
Bahasa lain