Force India

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Koordinat: 52°04′33″N 1°01′46″W / 52.07583°U 1.02944°B / 52.07583; -1.02944

India Force India-Mercedes
Force India.svg
Nama penuh Sahara Force India
Formula One Team
Pangkalan Silverstone, Northamptonshire, United Kingdom
Ketua pasukan Vijay Mallya
COO Otmar Szafnauer
Pengarah teknikal Andrew Green
Laman sesawang forceindiaf1.com
Nama terdahulu Spyker F1 Team
Formula Satu musim 2013
Pemandu 14. United Kingdom Paul di Resta[1]
15. Jerman Adrian Sutil[2]
Pemandu ujian United Kingdom James Rossiter[3]
Casis Force India VJM06
Enjin Mercedes-Benz
Tayar Pirelli
Kerjaya Kejuaraan Dunia Formula Satu
Penampilan pertama Grand Prix Australia 2008
Perlumbaan terkini Grand Prix Itali 2013
Perlumbaan disertai 105
Kejuaraan Pengeluar 0
Kejuaraan Pemandu 0
Kemenangan 0
Petak pertama 1
Pusingan terpantas 2
Kedudukan 2012 Ke-7 (109 mata)

Sahara Force India Formula One Team, nama perdagangan untuk Force India Formula One Team Limited, ialah sebuah pasukan Formula Satu yang berpangkalan di Silverstone, United Kingdom yang kini memegang lesen India. Pasukan ini telah ditubuhkan pada bulan Oktober 2007 apabila seorang ahli perniagaan India, Vijay Mallya dan Michiel Mol membeli pasukan Spyker F1 dengan harga € 90 juta.

Dengan penglibatan Force India dalam F1, Noida Raya menjadi tuan rumah untuk Grand Prix India pada tahun 2011. Fédération Internationale de l'Automobile mengesahkan pertukaran nama pasukan dari Spyker ke Force India pada 24 Oktober 2007.[4]

Selepas 29 perlumbaan tanpa mata kejuaraan, Force India mendapat mata kejuaraan pertama mereka apabila Giancarlo Fisichella mendapat tempat kedua di Grand Prix Belgium 2009.[5] Force India mendapat mata sekali lagi pada perlumbaan berikutnya apabila Adrian Sutil mendapat tempat keempat dan menetapkan pusingan terpantas pertama pasukan di Grand Prix Itali. Keputusan kejuaraan terbaik Force India ialah tempat keenam, pada tahun 2011.

Pada bulan Oktober 2011, syarikat India, Sahara India Pariwar, membeli 42.5% saham Force India F1 pada harga $US 100 juta.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Asal usul[sunting | sunting sumber]

Jordan
Rencana utama: Jordan Grand Prix

Pasukan ini diasaskan oleh Jordan Grand Prix, yang menyertai Formula Satu pada tahun 1991, dan berpusat di litar perlumbaan Silverstone. Jordan memenangi empat perlumbaan dan mendapat tempat ketiga dalam kejuaraan pengeluar tahun 1999. Walau bagaimanapun, masalah kewangan menyebabkan prestasi pasukan menurun dan pemilik pasukan, Eddie Jordan, menjual Jordan Grand Prix kepada Midland Group pada tahun 2005.

Midland F1 & Spyker
Rencana utama: Midland F1 Racing dan Spyker F1

Jordan Grand Prix, yang kemudiannya dinamakan sebagai Midland F1 Racing, menamatkan dua musim di belakang petak permulaan, sebelum pemilik, Alex Shnaider, menjual pasukan kepada Spyker Cars pada pertengahan musim 2006.[6] Spyker F1 mendapat satu mata pada tahun 2007 dan mendahului Grand Prix Eropah​​ untuk beberapa pusingan, namun pasukan itu sekali lagi melanda isu kewangan,[7] dan menjual pasukan tersebut kepada ahli perniagaan India, Vijay Mallya dan Michiel Mol.

Force India

Pasukan tersebut dibeli dengan harga € 80 juta,[8] dan dinamakan semula sebagai Force India Formula One Team bagi musim 2008, dan mengekalkan ketua pasukan, Colin Kolles, Ketua Pegawai Teknologi, Mike Gascoyne dan pemandu, Adrian Sutil.[8]

Permulaan dan pengunaan enjin Ferrari (2008)[sunting | sunting sumber]

Selepas mengekalkan Adrian Sutil untuk musim pertama, Force India menjalankan ujian musim sejuk untuk mengesahkan pemandu kedua dan pemandu ujian pasukan. Bekas pemandu Renault, Giancarlo Fisichella, telah dipilih sebagai pemandu kedua, dan Vitantonio Liuzzi menjadi pemandu ujian pasukan bagi musim 2008.[9] Kereta Force India bagi musim 2008 ialah VJM01, iaitu versi yang dikemaskini daripada casis Spyker F8-VIIB yang dimuatkan dengan enjin Ferrari.

Perlumbaan di Melbourne adalah perlumbaan pertama untuk Force India. Kedua-dua kereta gagal menamatkan perlumbaan setelah bersara pada awal perlumbaan.[10] Di Malaysia, Fisichella mendapat tempat ke-12. Selepas mengalami keputusan yang mengecewakan pada awal musim, Sutil hampir mendapat mata pertama Force India dalam keadaan hujan di Monaco, namun pemandu Ferrari, Kimi Räikkönen, hilang kawalan dan berlanggar dengan kereta Sutil yang menyebabkan beliau untuk bersara.[11] Fisichella bermula dari tempat ke-12 di Itali, namun tidak dapat menamatkan perlumbaan kerana mengalami kemalangan.[12] Fisichella meneruskan prestasinya di Singapura, setelah berada pada tempat kedua pada satu masa dan kelima di Grand Prix Brazil. Force India menamatkan musim di tempat kesepuluh dalam Kejuaraan Pengeluar, dan Fisichella mendapat keputusan terbaik Force India di tempat kesepuluh di Grand Prix Sepanyol.

Enjin Mercedes dan kejayaan (2009)[sunting | sunting sumber]

Vitantonio Liuzzi di Grand Prix Jepun 2009.

Force India mengekalkan pemandu yang sama bagi musim 2009. Di China, Sutil hampir mendapat mata pertama Force India dengan berada di tempat keenam, di hadapan Lewis Hamilton dan Timo Glock dengan baki enam pusingan apabila kereta beliau tergelincir dan terhempas keluar dari perlumbaan. Di Grand Prix Jerman, Sutil bermula dari tempat ketujuh dan berjuang untuk mendapat mata, dan berada pada tempat kedua pada satu masa sebelum berlanggar dengan Kimi Räikkönen selepas beliau keluar lorong pit dan dipaksa untuk memasuki pit sekali lagi untuk menukar sayap depan yang patah. Beliau menamatkan perlumbaan tersebut di tempat ke-15.

Force India mendapat petak pertama yang pertama mereka dalam Formula Satu apabila Fisichella menetapkan masa pusingan kelayakan yang terpantas di Grand Belgium Prix di Spa.[13] Beliau menamatkan perlumbaan tersebut di tempat kedua, kurang daripada satu saat di belakang Kimi Räikkönen. Ketiadaan sistem KERS pada kereta Force India telah dipersalahkan selepas Fisichella gagal untuk memenangi perlumbaan tersebut.

Pada 3 September 2009, Force India mengumumkan bahawa mereka telah melepaskan Fisichella daripada kontraknya untuk membolehkan beliau berlumba dengan Ferrari untuk baki perlumbaan bagi musim ini. Ia telah diumumkan empat hari kemudian bahawa pemandu ujian, Vitantonio Liuzzi akan menggantikan Fisichella untuk baki perlumbaan musim ini.[14]

Pada pusingan kelayakan di Grand Prix Itali di Monza, Sutil mendapat tempat kedua dan Liuzzi, pada penampilan sulung beliau untuk pasukan, mendapat tempat ketujuh. Pada hari perlumbaan, Sutil mendapat tempat keempat dan mencatatkan pusingan terpantas perlumbaan. Ketika berada di tempat keempat dalam perlumbaan, Liuzzi terpaksa bersara kerana kegagalan transmisi. Force India menamatkan musim di tempat kesembilan, di hadapan Scuderia Toro Rosso dengan 13 mata. Walau bagaimanapun, ini tidak mencerminkan peningkatan besar yang telah dibuat oleh Force India dari awal musim.

VJM02[sunting | sunting sumber]

VJM02 menggunakan enjin Mercedes-Benz dari musim 2009 selepas menandatangani perjanjian lima tahun pada 10 November 2008. Perjanjian itu juga termasuklah membekalkan kotak gear McLaren-Mercedes, sistem hidraulik dan sistem KERS kepada Force India. Kereta tersebut dilancarkan pada 1 Mac 2009.[15] VJM02 ialah kereta Force India yang pertama untuk mendapat mata, petak pertama dan pusingan terpantas di Grand Prix Belgium 2009, tetapi perlumbaan tersebut dimenangi oleh pemandu Ferrari, Kimi Räikkönen.

Musim 2010[sunting | sunting sumber]

Pasukan mengumumkan pada 27 November 2009, bahawa Adrian Sutil dan Vitantonio Liuzzi akan terus berlumba untuk mereka bagi musim 2010.[16] Pasukan menguji Paul di Resta dan J. R. Hildebrand di Jerez, dengan di Resta menetapkan masa yang lebih pantas.[17] VJM03 merupakan casis yang digunakan oleh pasukan bagi musim 2010.[18] di Resta telah disahkan sebagai pemandu ujian pada 2 Februari 2010.[19] Pada 9 Februari 2010, Force India melancarkan kereta terbaru mereka, VJM03, yang akan digunakan untuk musim 2010.

Musim ini bermula di Bahrain, dengan Liuzzi mendapat tempat kesembilan. Sutil memulakan perlumbaan di tempat kesepuluh, namun beliau terlibat dalam sebuah kemalangan pada pertama pusingan dengan pemandu Renault, Robert Kubica. Beliau akhirnya pulih untuk menamatkan perlumbaan di tempat ke-12. Di Australia, Sutil bermula di tempat kesepuluh, dan Liuzzi di tempat ke-13. Liuzzi menamatkan perlumbaan di tempat ketujuh, manakala Sutil bersara dengan masalah enjin. Di Malaysia, Sutil mendapat sepuluh mata dengan mendapat kelima dan Liuzzi bersara awal kerana masalah pendikit. Ia merupakan persaraan pertamanya musim ini. Di Monaco, kedua-dua kereta menamatkan perlumbaan di tempat kelapan dan kesembilan setelah mengelakkan diri daripada insiden yang mengambil tempat pada perlumbaan tersebut. Di Turki, Sutil mendapat tempat kesembilan, manakala Liuzzi mendapat tempat ke-13. Pada perlumbaan berikutnya di Montreal, kedua-dua kereta mendapat mata, dengan Liuzzi mendapat tempat kesembilan dan Sutil mendapat tempat kesepuluh.

Musim 2011[sunting | sunting sumber]

Adrian Sutil di Grand Prix Malaysia 2011.

Pada 26 Januari 2011, pasukan mengumumkan bahawa pemandu simpanan, Paul di Resta akan berlumba untuk mereka bagi musim 2011 dan menjadi rakan sepasukan Adrian Sutil.[20] Pasukan melancarkan kereta terbaru mereka, VJM04, pada 8 Februari 2011. VJM04 merupakan kereta pertama yang dibangunkan oleh pengarah teknikal baru, Andrew Green, dan dibangunkan dengan menggunakan sumber-sumber dari McLaren Applied Technologies dan Mercedes-Benz HighPerformanceEngines.[21] Pada perlumbaan pertama tahun ini di Australia, Sutil dan di Resta menamatkan perlumbaan di tempat kesebelas dan kedua belas masing-masing tetapi kemudiannya dinaikkan ke tempat kesembilan dan kesepuluh selepas kedua-dua kereta Sauber disingkirkan dari perlumbaan kerana melanggar peraturan teknikal sukan tersebut.[22]

Di Resta sekali lagi mendapat mata di Malaysia, namun terpaksa bersara di Turki. Sutil mendapat tempat ketujuh di Monaco, dan kesembilan di Valencia. Di Resta dijangka untuk mendapat mata di Grand Prix British sebelum berlanggar dengan Buemi, manakala Sutil mendapat tempat keenam di Jerman, di hadapan kereta Mercedes. Di Resta mendapat tempat ketujuh di Hungary, kelapan di Itali dan mendapat keputusan perlumbaan terbaiknya pada musim ini di tempat keenam di Singapura, manakala Sutil sekali lagi mendapat tempat ketujuh, kini di Belgium dan kelapan di Singapura. Di Resta mendapat satu lagi mata di Korea, manakala di Grand Prix India yang pertama, Sutil mendapat tempat kesembilan.[23] Pada perlumbaan terakhir di Brazil, Sutil sekali lagi mendapat keputusan terbaik pasukan pada musim ini dengan mendapat tempat keenam, manakala di Resta mendapat tempat kelapan. Selepas tamatnya musim ini, Force India mendapat tempat keenam dalam Kejuaraan Pengeluar, hanya empat mata di belakang Renault yang menamatkan musim di tangga kelima.[24]

Musim 2012[sunting | sunting sumber]

Bagi musim 2012, Force India mengekalkan Paul di Resta dan mengantikan Adrian Sutil dengan pemandu ujian bagi tahun 2011, Nico Hülkenberg. Jules Bianchi kemudiannya dinamakan sebagai pemandu ujian pasukan dan akan memandu pada sesi latihan bebas pada hari Jumaat. Kereta Force India bagi musim 2012, VJM05, dilancarkan di Litar Silverstone pada 3 Februari.[25]

Musim 2013[sunting | sunting sumber]

2013 menyaksikan Force India mengekalkan Paul di Resta, yang telah bersaing untuk mereka sejak tiga musim yang lepas.[26] Musim ini juga menyaksikan Adrian Sutil kembali bersama Force India, dan mengantikan Nico Hülkenberg[27] sebagai pemandu pemandu kedua. Kereta pasukan yang baru, VJM06, telah dilancarkan pada 1 Februari 2013 di Litar Silverstone.[28]

Di Grand Prix Australia, Sutil mendapat tempat ketujuh, manakala di Resta mendapat tempat kelapan, sekaligus pasukan mendapat keputusan terbaik mereka pada sebuah perlumbaan pembukaan musim.[29]

Keputusan lengkap Formula Satu[sunting | sunting sumber]

(kunci)

Tebal - Petak pertama
Condong - P.Terpantas

Tahun Casis Enjin Tayar Pemandu 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 Mata WCC
2008 Force India VJM01 Ferrari 056 V8 B AUS MAL BHR ESP TUR MON CAN FRA GBR GER HUN EUR BEL ITA SIN JPN CHN BRA 0 Ke-10
Jerman Adrian Sutil Ret Ret 19 Ret 16 Ret Ret 19 Ret 15 Ret Ret 13 19 Ret Ret Ret 16
Itali Giancarlo Fisichella Ret 12 12 10 Ret Ret Ret 18 Ret 16 15 14 17 Ret 14 Ret 17 18
2009 Force India VJM02 Mercedes FO 108W V8 B AUS MAL CHN BHR ESP MON TUR GBR GER HUN EUR BEL ITA SIN JPN BRA ABU 13 Ke-9
Jerman Adrian Sutil 9 17 17 16 Ret 14 17 17 15 Ret 10 11 4 Ret 13 Ret 17
Itali Giancarlo Fisichella 11 18 14 15 14 9 Ret 10 11 14 12 2
Itali Vitantonio Liuzzi Ret 14 14 11 15
2010 Force India VJM03 Mercedes FO 108X V8 B BHR AUS MAL CHN ESP MON TUR CAN EUR GBR GER HUN BEL ITA SIN JPN KOR BRA ABU 68 Ke-7
Jerman Adrian Sutil 12 Ret 5 11 7 8 9 10 6 8 17 Ret 5 16 9 Ret Ret 12 13
Itali Vitantonio Liuzzi 9 7 Ret Ret 15 9 13 9 16 11 16 13 10 12 Ret Ret 6 Ret Ret
2011 Force India VJM04 Mercedes FO 108Y V8 P AUS MAL CHN TUR ESP MON CAN EUR GBR GER HUN BEL ITA SIN JPN KOR IND ABU BRA 69 Ke-6
Jerman Adrian Sutil 9 11 15 13 13 7 Ret 9 11 6 14 7 Ret 8 11 11 9 8 6
United Kingdom Paul di Resta 10 10 11 Ret 12 12 18 14 15 13 7 11 8 6 12 10 13 9 8
2012 Force India VJM05 Mercedes FO 108Z V8 P AUS MAL CHN BHR ESP MON CAN EUR GBR GER HUN BEL ITA SIN JPN KOR IND ABU USA BRA 109 Ke-7
United Kingdom Paul di Resta 10 7 12 6 14 7 11 7 Ret 11 12 10 8 4 12 12 12 9 15 19
Jerman Nico Hülkenberg‎ Ret 9 15 12 10 8 12 5 12 9 11 4 21 14 7 6 8 Ret 8 5
2013 Force India VJM06 Mercedes FO 108Z V8 P AUS MAL CHN BHR ESP MON CAN GBR GER HUN BEL ITA SIN KOR JPN IND ABU USA BRA 61* Ke-6*
United Kingdom Paul di Resta 8 Ret 8 4 7 9 7 9 11 18 Ret Ret
Jerman Adrian Sutil 7 Ret Ret 13 13 5 10 7 13 Ret 9 16

Pemandu tidak menamatkan perlumbaan, namun diklasifikasikan kerana melengkapkan lebih daripada 90% jarak perlumbaan.
* Musim sedang dijalankan.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. "Paul Di Resta". forceindiaf1.com (Force India). 31 Januari 2013. Diperolehi pada 31 Januari 2013. "Paul Di Resta memasuki tahun ketiganya sebagai pemandu Sahara Force India pada tahun 2013." 
  2. "Adrian Sutil completes Sahara Force India’s 2013 line-up". forceindiaf1.com (Force India). 28 Februari 2013. Diperolehi pada 28 Februari 2013. "Sahara Force India gembira untuk mengumumkan bahawa Adrian Sutil akan melengkapkan barisan pemandu mereka untuk musim 2013." 
  3. "Rossiter to test Force India at Jerez". adamcooperf1.com (Adam Cooper). 1 Februari 2013. Diperolehi pada 1 Februari 2013. 
  4. "FIA mengesahkan pertukaran nama ke Force India". Formula1.com (Formula One Administration Ltd). 24 Oktober 2007. Diperolehi pada 24 Oktober 2007. 
  5. "Keputusan Spa-Francorchamps". BBC Sport. 30 Ogos 2009. Diperolehi pada 30 Ogos 2009. 
  6. "Midland menjual MF1 Racing kepada Spyker". grandprix.com (Inside F1, Inc.). 9 September 2006. Diperolehi pada 9 Ogos 2010. 
  7. "Spyker ingin menjual pasukan F1". Haymarket Publications. 14 Ogos 2007. Diperolehi pada 9 Ogos 2010. 
  8. 8.0 8.1 "Spyker dinamakan semula sebagai Force India". BBC Sport. 24 Oktober 2007. Diperolehi pada 24 Oktober 2007. 
  9. "Fisichella, Sutil, Liuzzi disahkan di Force India". formula1.com (Kumpulan Formula Satu). 10 Januari 2008. Diperolehi pada 10 Ogos 2010. 
  10. Tremayne, David (17 Mac 2008). "GP Australia – Tengahhari yang penuh dengan kejutan". formula1.com (Formula One Administration Ltd.). Diperolehi pada 12 Ogos 2010. 
  11. "Monaco GP – Ahad – Laporan perlumbaan". GrandPrix.com. Inside F1, Inc. 25 Mei 2008. Diperolehi pada 10 Mei 2009. 
  12. "GP Itali 2008: Force India". Autosport.com (Haymarket Publications). 14 September 2008. Diperolehi pada 16 Ogos 2010. 
  13. "Keputusan Spa-Francorchamps: kelayakan". BBC Sport. 29 Ogos 2009. Diperolehi pada 29 Ogos 2009. 
  14. "Liuzzi mengantikan Fisichella di Force India". Reuters India. 7 September 2009. Diperolehi pada 7 September 2009. 
  15. "VJM 02 akan dilancarkan pada hari Ahad". IndianGrandPrix.net (WordPress). 24 Februari 2009. Diperolehi pada 11 Oktober 2010. 
  16. "ESPN F1 | Formula 1 news and live F1 coverage". En.f1-live.com. Diperolehi pada 15 Mac 2010. 
  17. "Ricciardo terpantas pada hari akhir ujian". F1technical.net. Diperolehi pada 17 Januari 2012. 
  18. "Perfect Partners – Exclusive Q&A with Force India's Simon Roberts". formula1.com (Kumpulan Formula Satu). 29 September 2009. Diperolehi pada 6 Februari 2010. 
  19. Elizalde, Pablo (2 Februari 2010). "Force India menandatangani di Resta sebagai pemandu ujian". autosport.com (Haymarket Publications). Diperolehi pada 2 Februari 2010. 
  20. "Paul di Resta akan berlumba dalam F1 untuk Force India". BBC Sport (BBC). 26 Januari 2011. Diperolehi pada 13 Ogos 2011. 
  21. Xavier, Leslie (9 Februari 2011). "Force India melancarkan kereta VJM-04". The Times of India (The Times Group). Diperolehi pada 9 Februari 2011. 
  22. "Saubers disingkirkan kerana melanggar peraturan tekinal – updated". Kumpulan Formula Satu. 27 Mac 2011. Diperolehi pada 6 April 2011. 
  23. Singh, Amanpreet (30 Oktober 2011). "Vettel memenangi GP India yang pertama, Sutil mendapat 2 mata". CNN-IBN (Turner International India). Press Trust of India. Diperolehi pada 31 Oktober 2011. 
  24. "Webber mendapat kemenangan pertama bagi 2011 di pusingan terakhir". Formula1.com (Kumpulan Formula Satu). 27 November 2011. Diperolehi pada 28 November 2011. 
  25. "Sahara Force India, VJM05". The Times of India (The Times Group). Press Trust of India. 3 Februari 2012. Diperolehi pada 16 Februari 2012. 
  26. http://www.forceindiaf1.com/paul-di-resta
  27. http://www.forceindiaf1.com/adrian-sutil
  28. Anderson, Ben; Tremayne, Sam (1 Februari 2013). "Force India VJM06 launch: New car a total rethink". Autosport.com (Haymarket Media Group). Diperolehi pada 2 Februari 2013. 
  29. "Force India off to best ever start at Melbourne". CNN-IBN (Turner International India). Indo-Asian News Service. 17 Mac 2013. Diperolehi pada 22 Mac 2013. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]