Lewis Hamilton

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Lewis Hamilton
Hamilton 2008 Singapore GP 1.jpg
Hamilton di Grand Prix Singapura 2008
Lahir 7 Januari 1985 (28 tahun)
Kerjaya Kejuaraan Dunia Formula Satu
Kewarganegaraan United Kingdom British
Kereta 2013 Mercedes
Kereta # 10
Perlumbaan 115
Kejuaraan 1 (2008)
Kemenangan 21
Podium 51
Mata kerjaya 963
Petak pertama 27
Pusingan terpantas 12
Perlumbaan pertama Grand Prix Australia 2007
Kemenangan pertama Grand Prix Kanada 2007
Kemenangan terakhir Grand Prix Amerika Syarikat 2012
Perlumbaan terakhir Grand Prix Sepanyol 2013
Kedudukan 2012 Ke-4 (190 mata)

Lewis Carl Davidson Hamilton,[1] MBE (lahir 7 Januari 1985) ialah seorang pemandu Formula Satu dari United Kingdom, yang kini memandu untuk pasukan Mercedes AMG. Beliau ialah Juara Dunia 2008.

Hamilton dilahirkan di Stevenage, Hertfordshire.[2] Pada bulan Disember 1995, pada usia sepuluh tahun, beliau berjumpa dengan ketua pasukan McLaren, Ron Dennis, pada majlis Anugerah Autosport dan memberitahunya, "Saya ingin berlumba untuk kamu satu hari ... saya mahu berlumba bersama McLaren." Kurang dari tiga tahun kemudian, McLaren dan Mercedes-Benz menandatangani Hamilton untuk menyertai Program Sokongan Pemandu Muda mereka. Selepas memenangi kejuaraan British Formula Renault, Formula Three Euroseries, dan GP2 Series, beliau memandu untuk McLaren pada tahun 2007.

Hamilton sering dilabel sebagai "pemandu kulit hitam yang pertama dalam Formula Satu",[2] walaupun Willy T. Ribbs pernah menguji sebuah kereta F1 pada tahun 1986.[3] Beliau juga merupakan pemandu warisan kulit hitam yang pertama untuk memenangi sebuah perlumbaan utama di Indianapolis Motor Speedway dalam mana-mana kelas.

Pada musim pertamanya dalam Formula Satu, Hamilton menetapkan banyak rekod dan mendapat tempat kedua dalam Kejuaraan Dunia pada tahun 2007, hanya satu mata di belakang Kimi Räikkönen. Hamilton memenangi kejuaraan tersebut pada musim berikutnya.[4]

Isi kandungan

Kerjaya Formula Satu [sunting]

McLaren (2007-2012) [sunting]

2009 [sunting]

Hamilton memandu unuk McLaren di Grand Prix Malaysia 2009.

Hamilton memulakan musim 2009 di Australia dari tempat ke-18 selepas McLaren mengantikan kotak gear keretanya selepas pusingan kelayakan.[5] Hamilton mendapat manfaat daripada sebuah kemalangan yang berlaku di antara pemandu Red Bull, Vettel, dan pemandu BMW, Kubica, untuk berganjak ke tempat keempat pada saat akhir perlumbaan. Beliau kemudiannya menamatkan perlumbaan di tempat ketiga selepas Jarno Trulli telah dihukum kerana memotong Hamilton di bawah keadaan kereta keselamatan. Semasa pendengaran steward selepas perlumbaan, Hamilton dan McLaren memberitahu kepada steward bahawa mereka tidak sengaja membenarkan Trulli memotong Hamilton, namun perhubungan komunikasi radio McLaren tidak mengatakan demikian.[6] Hamilton kemudiannya disingkirkan daripada perlumbaan tersebut kerana memberikan "bukti yang mengelirukan" semasa pendengaran steward.[7] Beliau kemudiannya memohon maaf kepada pengarah perlumbaan FIA, Charlie Whiting, kerana berbohong kepada steward.[8]

Hamilton mendapat mata di Malaysia, China dan Bahrain. Nasib Hamilton berubah di Hungaroring, iaitu pusingan kesepuluh musim ini di mana beliau menang, 11,529 saat di hadapan Räikkönen untuk mendapat kemenangan kesepuluh dalam kerjayanya, dan yang pertama bagi sebuah kereta yang dilengkapi KERS.[9] Hamilton meneruskan prestasi ini di Valencia selepas beliau mendapat tempat kedua pada perlumbaan tersebut.[10] Di Grand Prix Singapura, Hamilton mendapat kemenangan keduanya musim ini.[11] Beliau mendapat tempat ketiga di Jepun dan Brazil. Ketika mendahului perlumbaan di Abu Dhabi, beliau mengalami masalah brek belakang pada pusingan ke-20 dan terpaksa bersara.

2010 [sunting]

Hamilton memandu untuk McLaren di Grand Prix Bahrain 2010.

Untuk musim ini, Hamilton memandu bersama Jenson Button, selepas Heikki Kovalainen menyertai Lotus Racing.[12]

Hamilton mendapat tempat ketiga di Bahrain.[13] Di Australia, Hamilton mendapat tempat keenam, selepas berlanggar dengan Mark Webber.[14] Di Malaysia, strategi tayar hujan yang salah pada pusingan kelayakan menyebabkan beliau bermula dari tempat ke-20. Namun begitu, Hamilton menamatkan perlumbaan di tempat keenam.

Hamilton mendapat tempat kedua di China, di belakang Jenson Button. Ini merupakan keputusan 1-2 yang pertama bagi pasukan McLaren sejak Grand Prix Itali 2007. Hamilton telah terlibat dalam sebuah insiden di laluan pit dengan pemandu Red Bull, Sebastian Vettel. Mereka berdua menerima teguran daripada steward perlumbaan. Di Monaco, Hamilton mendapat tempat kelima. Di Grand Prix Turki, Hamilton memenangi perlumbaan pertamanya pada musim ini, dengan Button mendapat tempat kedua. Hamilton bermula di petak pertama Grand Prix Kanada. Selepas menetapkan masa pusingan kelayakannya, Hamilton menerima arahan daripada pasukannya untuk memberhentikan keretanya di litar disebabkan keretanya tidak mempunyai bahan api yang secukupnya untuk diberikan kepada FIA sebagai sampel. Hamilton kemudiannya menerima teguran, manakala pasukannya menerima denda $ 10,000. Namun begitu, Hamilton memenangi perlumbaan tersebut dan mendahului Kejuaraan Pemandu Dunia, dan sekaligus mendapat keputusan 1-2 McLaren yang ketiga pada musim ini. Di Valencia, Hamilton mendapat tempat kedua, meskipun menerima penalti pandu dalam pit.[15]

Beliau mendapat tempat kedua di Silverstone, dan kemudiannya mendapat tempat keempat di Grand Prix Jerman. Di Spa-Francorchamps, Hamilton memenangi perlumbaan ketiganya pada musim ini. Di Grand Prix Jepun, Hamilton mendapat tempat kelima. Di Korea Selatan, Hamilton mendapat tempat kedua, manakala di Brazil, beliau mendapat tempat keempat. Pada perlumbaan terakhir musim di Abu Dhabi, Hamilton mendapat tempat kedua, di belakang Vettel, yang memecahkan rekod Hamilton sebagai Juara Dunia Formula Satu yang termuda.

2011 [sunting]

Hamilton pada pusingan kelayakan di Grand Prix Malaysia

Hamilton memulakan musim ini dengan mendapat tempat kedua di Grand Prix Australia.[16] Di Grand Prix Malaysia, beliau bermula di tempat kedua, namun menamatkan perlumbaan di tempat ketujuh.[17] Hamilton menerima penalti masa 20 saat selepas perlumbaan kerana menghalang pemandu lain dengan berbahaya, yang menjatuhkannya ke tempat kelapan.[18] Hamilton memenangi perlumbaan pertamanya pada musim ini di China.[19] Beliau kemudiannya mendapat tempat keempat di Turki,[20] dan kedua di Sepanyol.[21]

Hamilton bersara di Grand Prix Kanada selepas berlanggar dengan rakan sepasukan, Button

Di Monaco, beliau melayakkan diri ke tempat kesepuluh selepas bendera merah dikeluarkan pada sesi kelayakan bahagian ketiga sebelum beliau dapat menetapkan masa yang kompetitif akibat kemalangan dashyat Sergio Pérez. Pada perlumbaan tersebut, Hamilton menerima penalti pandu dalam pit selepas berlanggar dengan Massa. Kemudiannya, Alguersuari terhempas ke belakang kereta Hamilton, dan menyebabkan sayap belakangnya patah; serta bendera merah dikeluarkan pada perlumbaan ini selepas Petrov mengalami kemalangan. Pada permulaan semula, beliau berlanggar dengan Maldonado, dan menyebabkan Hamilton diberikan penalti masa 20 saat, namun ia tidak menjejaskan keputusannya.[22]

Hamilton memenangi perlumbaan ketiganya pada musim ini di Grand Prix Abu Dhabi

Di Grand Prix Kanada, Hamilton berlanggar dengan Webber pada selekoh pertama sebelum menyertai perlumbaan semula di belakang rakan sepasukannya. Selepas beberapa pusingan kemudian, Hamilton cuba untuk mengambil kesempatan ke atas kesilapan yang dilakukan oleh Button. Namun, ketika Hamilton cuba memintas Button, mereka berdua berlanggar dan menyebabkan Hamilton bersara.[23] Di Valencia dan Silverstone, Hamilton mendapat tempat keempat.[24][25] Di Grand Prix Jerman, Hamilton memenangi perlumbaan keduanya pada musim ini, dan menepis cabaran daripada Webber dan Alonso.[26] Di Hungary dan Itali, Hamilton sekali lagi mendapat tempat keempat.[27][28]

Di Grand Prix Singapura, Hamilton berlanggar dengan Felipe Massa, dan menyebabkan Hamilton memerlukan sayap depan yang baru dan dikenakan penalti pandu dalam pit.[29] Massa menuduh Hamilton dengan mengatakan, "dia tidak berupaya untuk menggunakan otaknya," semasa temu duga selepas perlumbaan.

2012 [sunting]

Hamilton bermula dari petak pertama di Grand Prix Malaysia, namun menamatkan perlumbaan di tempat ketiga.

Hamilton kekal bersama McLaren bagi musim 2012.[30] Hamilton mendapat petak pertama di Grand Prix Australia, namun menamatkan perlumbaan di tempat ketiga selepas dipotong oleh Button pada awal perlumbaan, dan oleh Vettel selepas beliau memasuki pit sebelum kereta keselamatan berada di litar.[31] Hamilton sekali lagi mendapat petak pertama di Grand Prix Malaysia, namun beliau telah dipotong oleh Fernando Alonso dan Sergio Pérez, lalu mendapat tempat ketiga. Hamilton menamatkan perlumbaan di tempat ketiga berturut-turut di Grand Prix China, dengan Nico Rosberg dan Button di tempat pertama dan kedua masing-masing. Hamilton bermula dari tempat kedua di Grand Prix Bahrain, tetapi beliau hanya mampu menamatkan perlumbaan di tempat kelapan selepas perhentian pit beliau tidak berjalan dengan lancar. Hamilton sekali lagi mendapat petak pertama di Grand Prix Sepanyol, namun beliau bermula dari tempat terakhir selepas beliau tidak menggunakan jumlah bahan api yang secukupnya semasa pusingan kelayakan dan gagal untuk kembali ke pit selepas pusingan kelayakan.[32] Beliau kemudiannya menamatkan perlumbaan tersebut di tempat kelapan, di hadapan Button yang bermula dari tempat kesepuluh.

Hamilton mendapat kemenangan pertamanya pada musim ini di Grand Prix Kanada. Hamilton memenangi Grand Prix tersebut sebanyak tiga kali. Beliau memenangi Grand Prix ini selepas memotong Fernando Alonso pada peringkat akhir perlumbaan.[33][34]

Hamilton memenangi Grand Prix Hungary pada 29 Julai untuk mendapat kemenangan keduanya pada musim ini.[35] Hamilton terpaksa bersara di Grand Prix Belgium selepas beliau dilanggar oleh Romain Grosjean pada selekoh pertama. Ini menyebabkan Grosjean diberikan pengantungan satu perlumbaan kerana menyebabkan kemalangan tersebut. Hamilton melantun kembali di Grand Prix Itali setelah beliau mendapat petak pertama dan berjaya memenangi perlumbaan tersebut.[36] Hamilton bermula dari petak pertama sekali lagi di Grand Prix Singapura, namun mengalami masalah kotak gear apabila mendahului perlumbaan. Beliau juga bersara di Grand Prix Abu Dhabi ketika mendahului perlumbaan, sebelum menang di Grand Prix Amerika Syarikat di Austin.[37] Musim Hamilton berakhir dengan satu lagi petak pertama dan persaraan di Grand Prix Brazil, selepas dilanggar oleh Nico Hülkenberg ketika mendahului perlumbaan.

Mercedes (2013) [sunting]

Hamilton memandu untuk Mercedes di Grand Prix Malaysia 2013.

Pada 28 September 2012, ia telah diumumkan bahawa Hamilton akan meninggalkan McLaren selepas musim 2012 berakhir untuk menyertai pasukan Mercedes untuk musim 2013 dan seterusnya, dan akan menjadi rakan sepasukan Nico Rosberg selepas menandatangani kontrak tiga tahun bersama pasukan tersebut.[38][39] Pada perlumbaan pertamanya untuk Mercedes, iaitu di Grand Prix Australia, Hamilton mendapat tempat ketiga pada pusingan kelayakan dan menamatkan perlumbaan di tempat kelima. Hamilton mendapat tempat ketiga di Grand Prix Malaysia, dan mendapat podium pertamanya untuk pasukan baharunya itu, namun Nico Rosberg dihalang daripada memintas Hamilton atas arahan pasukan. Pada perlumbaan berikutnya di Grand Prix China, Hamilton mendapat petak pertamanya yang sulung untuk Mercedes, namun sekali lagi menamatkan perlumbaan di tempat ketiga.

Rekod perlumbaan [sunting]

Ringkasan kerjaya [sunting]

Musim Siri Pasukan Perlumbaan Kemenangan P/Pertama P/Terpantas Podium Mata Kedudukan
2001 Formula Renault 2000 UK Winter Series Manor Motorsport 4 0 0 0 0  ? Ke-5
2002 Formula Renault 2000 UK Manor Motorsport 13 3 3 5 7 274 Ke-3
Formula Renault 2000 Eurocup 4 1 1 2 3 92 Ke-5
2003 Formula Renault 2.0 UK Manor Motorsport 15 10 11 9 13 419 Pertama
British Formula Three 2 0 0 0 0 0 NC
Formula Renault 2000 Masters 2 0 0 0 1 24 Ke-12
Formula Renault 2000 Germany 2 0 0 0 0 25 Ke-27
Korea Super Prix 1 0 1 0 0 N/A NC
Macau Grand Prix 1 0 0 0 0 N/A NC
2004 Formula 3 Euro Series Manor Motorsport 20 1 1 2 5 69 Ke-5
Bahrain Superprix 1 1 0 0 1 N/A Pertama
Macau Grand Prix 1 0 0 0 0 N/A Ke-14
Masters of Formula 3 1 0 0 0 0 N/A Ke-14
2005 Formula 3 Euro Series ASM Formule 3 20 15 13 10 17 172 Pertama
Masters of Formula 3 1 1 1 1 1 N/A Pertama
2006 GP2 Series ART Grand Prix 21 5 1 7 14 114 Pertama
2007 Formula Satu Vodafone McLaren Mercedes 17 4 6 2 12 109 Ke-2
2008 Formula Satu Vodafone McLaren Mercedes 18 5 7 1 10 98 Pertama
2009 Formula Satu Vodafone McLaren Mercedes 17 2 4 0 5 49 Ke-5
2010 Formula Satu Vodafone McLaren Mercedes 19 3 1 5 9 240 Ke-4
2011 Formula Satu Vodafone McLaren Mercedes 19 3 1 3 6 227 Ke-5


2012 Formula Satu Vodafone McLaren Mercedes 20 4 6 1 7 190 Ke-4
2013 Formula Satu Mercedes AMG Petronas F1 Team 5 0 1 0 2 50* Ke-4*

* Musim sedang dijalankan.

Keputusan lengkap Formula Satu [sunting]

(kunci)

Tebal - Petak pertama
Condong - Pusingan terpantas

Tahun Pasukan Casis Enjin 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 WDC Mata
2007 Vodafone
McLaren Mercedes
McLaren MP4-22 Mercedes FO 108T 2.4 V8 AUS
3
MAL
2
BHR
2
ESP
2
MON
2
CAN
1
USA
1
FRA
3
GBR
3
EUR
9
HUN
1
TUR
5
ITA
2
BEL
4
JPN
1
CHN
Ret
BRA
7
Ke-2 109
2008 Vodafone
McLaren Mercedes
McLaren MP4-23 Mercedes FO 108V 2.4 V8 AUS
1
MAL
5
BHR
13
ESP
3
TUR
2
MON
1
CAN
Ret
FRA
10
GBR
1
GER
1
HUN
5
EUR
2
BEL
3
ITA
7
SIN
3
JPN
12
CHN
1
BRA
5
Pertama 98
2009 Vodafone
McLaren Mercedes
McLaren MP4-24 Mercedes FO 108W 2.4 V8 AUS
DSQ
MAL
7
CHN
6
BHR
4
ESP
9
MON
12
TUR
13
GBR
16
GER
18
HUN
1
EUR
2
BEL
Ret
ITA
12
SIN
1
JPN
3
BRA
3
ABU
Ret
Ke-5 49
2010 Vodafone McLaren Mercedes McLaren MP4-25 Mercedes FO 108X 2.4 V8 BHR
3
AUS
6
MAL
6
CHN
2
ESP
14
MON
5
TUR
1
CAN
1
EUR
2
GBR
2
GER
4
HUN
Ret
BEL
1
ITA
Ret
SIN
Ret
JPN
5
KOR
2
BRA
4
ABU
2
Ke-4 240
2011 Vodafone McLaren Mercedes McLaren MP4-26 Mercedes FO 108Y 2.4 V8 AUS
2
MAL
8
CHN
1
TUR
4
ESP
2
MON
6
CAN
Ret
EUR
4
GBR
4
GER
1
HUN
4
BEL
Ret
ITA
4
SIN
5
JPN
5
KOR
2
IND
7
ABU
1
BRA
Ret
Ke-5 227
2012 Vodafone McLaren Mercedes McLaren MP4-27 Mercedes FO 108Y 2.4 V8 AUS
3
MAL
3
CHN
3
BHR
8
ESP
8
MON
5
CAN
1
EUR
19
GBR
8
GER
Ret
HUN
1
BEL
Ret
ITA
1
SIN
Ret
JPN
5
KOR
10
IND
4
ABU
Ret
USA
1
BRA
Ret
Ke-4 190
2013 Mercedes AMG Petronas F1 Team Mercedes F1 W04 Mercedes FO 108Z 2.4 V8 AUS
5
MAL
3
CHN
3
BHR
5
ESP
12
MON
CAN
GBR
GER
HUN
BEL
ITA
SIN
JPN
KOR
IND
ABU
USA
BRA
Ke-4* 50*

Tidak menamatkan perlumbaan, namun diklasifikasikan kerana melengkapkan lebih daripada 90% jarak perlumbaan.
Separuh mata diberikan kerana melengkapkan 75% jarak perlumbaan. * Musim sedang dijalankan.

Rekod Formula Satu [sunting]

Hamilton memegang rekod Formula Satu yang berikut:

Rekod Dicapai
Podium berturut-turut yang terbanyak pada musim pertama 9 keputusan podium: GP Australia 2007GP British 2007[40]
Pemand termuda untuk mendahului Kejuaraan Dunia 22 tahun, 4 bulan, 6 hari di GP Sepanyol 2007[41]
Kemenangan terbanyak pada musim pertama 4 kemenangan (rekod yang dikongsi bersama Jacques Villeneuve pada tahun 1996)[42]
Petak pertama terbanyak pada musim pertama 6 petak pertama[43]
Mata terbanyak pada musim pertama 109[44]

Rujukan [sunting]

  1. Hamilton, Lewis (2007). Lewis Hamilton: Cerita Saya. HarperSport. m/s. 33. ISBN 978-0-00-727005-7. 
  2. 2.0 2.1 Kelso, Paul. "Profil: Lewis Hamilton", The Guardian, 20 April 2007. Dicapai pada 26 Jun 2008. 
  3. Phillips, Randy. "Hamilton di lorong kejayaan", Montreal Gazette/Canada.com, CanWest News Service, 7 Jun 2007. Dicapai pada 5 Julai 2007. 
  4. Benson, Andrew. "Hamilton dalam ikrar kerjaya McLaren", BBC Sport, BBC, 5 November 2008. Dicapai pada 17 Ogos 2010. 
  5. Cary, Tom. "Lewis Hamilton di belakang manakala Jenson Button mendapat petak pertama di Australia", The Daily Telegraph, Telegraph Media Group, 28 Mac 2009. Dicapai pada 17 Ogos 2010. 
  6. "FORMULA 1: Radio McLaren + AUDIO". makformula1.blogspot.com. http://makformula1.blogspot.com/2009/04/transcript-of-mclaren-radio.html. Capaian 3 April 2009. 
  7. Noble, Jonathan. "Hamilton disingkirkan daripada GP Australia", autosport.com, Haymarket Publications, 2 April 2009. Dicapai pada 2 April 2009. 
  8. Cooper, Adam; Noble, Jonathan. "Hamilton meminta maaf kepada Whiting", autosport.com, Haymarket Publications, 10 April 2009. Dicapai pada 11 April 2009. 
  9. Lynch, Steven (25 November 2012). "KERS, ex-F1 champs and South Korea". en.espnf1.com. ESPN EMEA Ltd.. http://en.espnf1.com/f1/motorsport/story/5103.html. Capaian 27 Ogos 2010. 
  10. Hamilton, Maurice. "Lewis Hamilton menang di Singapura", The Guardian, Guardian News and Media Limited, 23 Ogos 2009. Dicapai pada 27 Ogos 2010. 
  11. Williams, Ollie. "Button meningkat dan Hamilton menang", BBC Sport, 27 September 2009. Dicapai pada 28 September 2009. 
  12. "Lotus F1 menandatangani Jarno Trulli dan Heikki Kovalainen", BBC Sport, BBC, 5 Januari 2013. Dicapai pada 2 September 2010. 
  13. "Ferrari's Fernando Alonso memenangi GP Bahrain", The Guardian, 14 Mac 2010. Dicapai pada 5 Januari 2013. 
  14. "Australian GP – Sunday – Race Report: Button calls the shots in Australia". grandprix.com. http://www.grandprix.com/race/r822racereport.html. Capaian 2 September 2010. 
  15. "Sebastian Vettel menamatkan perlumbaan di hadapan Lewis Hamilton", BBC Sport, 27 Jun 2010. Dicapai pada 6 Januari 2013. 
  16. Holt, Sarah. "Sebastian Vettel mengalahkan Lewis Hamilton di GP Australia", BBC Sport, BBC, 27 Mac 2011. Dicapai pada 7 Januari 2013. 
  17. Holt, Sarah. "Sebastian Vettel mengalahkan Jenson Button di GP Malaysia", BBC Sport, BBC, 10 April 2011. Dicapai pada 7 Januari 2013. 
  18. "Lewis Hamilton dan Fernando Alonso diberikan penalti", BBC Sport, 10 April 2011. Dicapai pada 7 Januari 2013. 
  19. "Hamilton menang di China", Daily Mail, Associated Newspapers, 17 April 2011. Dicapai pada 15 Oktober 2011. 
  20. Holt, Sarah. "Pemandu RBR, Vettel, memenangi GP Turki", BBC Sport, BBC, 8 Mei 2011. Dicapai pada 7 Januari 2013. 
  21. Benson, Andrew. "Vettel menghalang Hamilton untuk memenangi GP Sepanyol", BBC Sport, BBC, 22 Mei 2011. Dicapai pada 7 Januari 2013. 
  22. Holt, Sarah. "Sebastian Vettel menang selepas drama Grand Prix Monaco", BBC Sport, BBC, 29 Mei 2011. Dicapai pada 20 November 2012. 
  23. Benson, Andrew. "Jenson Button wins stunning Canadian Grand Prix", BBC Sport, BBC, 12 Jun 2011. Dicapai pada 29 April 2013. 
  24. Holt, Sarah. "Sebastian Vettel beats Fernando Alonso in European GP", BBC Sport, BBC, 26 Jun 2011. Dicapai pada 29 April 2013. 
  25. Benson, Andrew. "Fernando Alonso storms to Silverstone win", BBC Sport, BBC, 10 Julai 2011. Dicapai pada 29 April 2013. 
  26. Holt, Sarah. "Lewis Hamilton wins thrilling German Grand Prix", BBC Sport, BBC, 24 Julai 2011. Dicapai pada 29 April 2013. 
  27. Holt, Sarah. "Jenson Button beats Sebastian Vettel in Hungary", BBC Sport, 31 Julai 2011. Dicapai pada 29 April 2013. 
  28. "Lewis Hamilton refuses to criticise Schumacher tactics", BBC Sport, BBC, 11 September 2011. Dicapai pada 29 April 2013. 
  29. Benson, Andrew. "Sebastian Vettel wins in Singapore but title must wait", BBC Sport, BBC, 25 September 2011. Dicapai pada 29 April 2013. 
  30. Benson, Andrew. "Lewis Hamilton lebih yakin tentang musim 2012", BBC Sport, BBC, 1 Februari 2012. Dicapai pada 14 Februari 2012. 
  31. Elizalde, Pablo. "Hamilton mendapat tempat ketiga diBGP Australia", Autosport, Haymarket Publications, 18 Mac 2012. Dicapai pada 19 Mac 2012. 
  32. "Lewis Hamilton kehilangan petak pertama di Sepanyol", BBC Sport, BBC, 12 Mei 2012. Dicapai pada 14 Mei 2012. 
  33. Benson, Andrew. "Lewis Hamilton menjadi pemenang ketujuh di Kanada", BBC Sport, BBC, 10 Jun 2012. Dicapai pada 11 Jun 2012. 
  34. "Lewis Hamilton menang di Kanada", ESPN.com, ESPN, 10 Jun 2012. Dicapai pada 11 Jun 2012. 
  35. Cass, Simon. "Hamilton menang di Hungary", Mail Online. Dicapai pada 29 Julai 2012. 
  36. Benson, Andrew. "GP Itali: Lewis Hamilton menang di Monza untuk McLaren". BBC. http://www.bbc.co.uk/sport/0/formula1/19532044. Capaian 9 September 2012. 
  37. Benson, Andrew. "Lewis Hamilton mengalahkan Sebastian Vettel di GP US, Alonso keitga", BBC Sport, BBC, 18 November 2012. Dicapai pada 25 November 2012. 
  38. Benson, Andrew. "Lewis Hamilton akan meninggalkan McLaren selepas menandatangani kontrak bersama Mercedes", BBC Sport, BBC, 28 September 2012. Dicapai pada 28 September 2012. 
  39. Baldwin, Alan. "Hamilton akan meninggalkan McLaren untuk ke Mercedes", The Guardian, Guardian Media Group, 28 September 2012. Dicapai pada 28 September 2012. 
  40. Gorman, Edward. "Silverstone menunggu hero", The Times, 2 Julai 2007. Dicapai pada 5 Julai 2007. 
  41. "Statistik F1 2007". F1 Fanatic. Keith Collantine. http://www.f1fanatic.co.uk/statistics/2007-formula-1-season-statistics/. Capaian 17 Ogos 2010. 
  42. Lynch, Steven (27 Ogos 2010). "Rindt's low points". en.espnf1.com. ESPN EMEA Ltd.. http://en.espnf1.com/f1/motorsport/story/26454.html. Capaian 28 Ogos 2010. 
  43. Lewis, Tim. "Back on track", The Guardian, Guardian Media Group, 23 Ogos 2009. Dicapai pada 31 Ogos 2010. 
  44. "Lewis Hamilton– seorang lagenda dilahirkan", formula1.com, Kumpulan Formula Satu, 4 November 2008. Dicapai pada 31 Ogos 2010. 

Pautan luar [sunting]

Wikiquote-logo.svg
Wikiquote mempunyai koleksi petikan mengenai: