Sejarah Qatar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Qatar telah diduduki beberapa alaf.

Sejarah moden[sunting | sunting sumber]

Setelah dominasi United Kingdom dan Empayar Uthmaniyyah di Qatar, akhirnya Qatar menjadi sebuah negara yang merdeka pada 3 September 1971. Dahulu, UK menguasai Qatar sebagai tempat transit kapal dagang sebelum menuju India. Qatar kemudian memperoleh status sebagai wilayang tanggungan dari Inggeris, kemudian status protektorat Inggeris yang dihentikan pada tahun 1916.

Setelah Perang Dunia Kedua, Qatar berusaha memperoleh kemerdekaannya, terutama setelah India mencapai kemerdekaannya pada tahun 1950-an. Qatar semakin gencar setelah Inggeris memberikan kemerdekaan kepada Kuwait pada tahun 1961. Pemerintah Inggeris menyatakan akan menghentikan penguasaan politik tetapi tetap meneruskan penguasaan ekonomi di Qatar. Hal ini tidak dibiarkan oleh Qatar dengan membentuk Persekutuan Arab Teluk bersama dengan Bahrain.