Sejarah Timor Leste

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Timor Leste ialah sebuah negara kecil di Asia Tenggara. Ia sehingga kini masih memegang status sebagai negara terbaru yang ditubuhkan di dunia, manakala Kosovo belum diakui mutlak sebagai negara merdeka. Nama rasmi Timor Leste adalah Republik Demokratik Timor Leste. Timor Leste terletak di bahagian timur Pulau Timor. Penduduk terawal merupakan keturunan Australoid dan orang Melanesia. Portugis mula menjalankan perdagangan di Pulau Timor pada awal abad ke-16 dan menjajahnya pada pertengahan abad tersebut.

Indonesia kemudian menyerang dan menduduki Timor Leste pada akhir tahun 1975 setelah pengunduran Portugis. Lebih dari 23 tahun pentadbiran Indonesia ke atas Timor Leste berakhir pada tahun 1999, manakala pungutan suara (pilihan raya) untuk kemerdekaan berjaya diraih. Bagaimanapun baru pada 20 Mei 2002, Timor Leste rasmi berdiri sebagai negara berdaulat, setelah PBB mengakhiri mandatnya sebagai pentadbir sementara untuk waktu kurang dari tiga tahun lamanya.