Sejarah Korea Selatan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Sejarah Korea Selatan bermula secara rasmi pada 15 Ogos 1948 dengan penubuhan Korea Selatan.

Selepas akhir Perang Dunia Kedua pada 1945, kuasa besar dunia telah membahagikan Korea kepada dua zon pengaruh, manakala pada 1948 negara ini dipecahkan kepada dua kerajaan: kerajaan berfahaman komunis di Utara dan kerajaan pro-Amerika Syarikat di Selatan. Pada Jun 1950, Perang Korea meletus. Korea Selatan yang disokong oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Korea Utara yang disokong oleh Kesatuan Soviet akhirnya menemui jalan buntu. Satu perjanjian gencatan senjata dimeterai pada 1953 yang memisahkan semenanjung itu di sepanjang kawasan bebas tentera pada selarian latitud ke-38 yang merupakan garisan sempadan yang asal.

Semenjak itu, Republik Korea Selatan, di bawah kerajaan autokratik Syngman Rhee dan pemerintahan diktator Park Chung Hee, mencapai pertumbuhan ekonomi pantas. Pergolakan awam menguasai politik sehingga pembantah berjaya menjatuhkan pemerintahan diktator dan menubuhkan kerajaan berbentuk lebih demokratik pada 1980an. Kemungkinan penyatuan semula Korea kekal sebagai topik utama; tiada perjanjian perdamaian ditandatangani dengan Korea Utara. Pada Jun 2000, persidangan kemuncak Utara-Selatan bersejarah berlaku, sebahagian daripada Polisi Sinar Suria Selatan, walaupun terdapat kebimbangan mengenai program nuklear Korea Utara.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]