Sejarah Vietnam
Menurut legenda, sejarah Vietnam bermula sejak lebih 4,000 tahun. namun begitu, sumber-sumber boleh dipercayai yang ada menunjukkan bahawa sejarah Vietnam bermula sejak 2,700 tahun dahulu. Bagi kebanyakan zaman mulai 111 SM hingga abad ke-10, Vietnam diperintah secara langsung oleh dinasti China yang berturut-turut. Vietnam meraih kembali autonominya pada awal abad ke-10, diikuti kemerdekaan sepenuhnya pada tahub 938 M. Sepanjang kebanyakan sejarahnya, Vietnam masih menjadi negara ufti kepada jirannya yang lebih besar iaitu China, dan menolak cubaan berulang oleh China untuk menyatukan semula Vietnam sebagai sebahagian wilayah di bawah pemerintahan diraja secara langsung. Lebih-lebih lagi Vietnam mampu menangkis tiga cubaan serang oleh orang Mongol ketika Dinasti Yuan, apabila China diperintah Mongolia. Namun, raja pada masa itu, Trần Nhân Tông, kemudiannya mengaku dirinya dengan aman sebagai pengufti kepada pemerintah Yuan untuk mengelak konflik daripada berterusan. Zaman kedaulatan ini terhenti pada pertengahan hingga akhir abad ke-19, aapbila negara dijajah oleh Perancis. Ketika Perang Dunia II, Empayar Jepun mengusir pihak Perancis untuk menduduki Vietnam, meskipun pada masa yang sama mengekalkan pentadbir Perancis ketika pendudukannya. Setelah berakhirnya perang, Perancis cuba menguasai semula Vietnam namun akhirnya gagal. Perjanjian Geneva membahagikan negara menjadi dua dengan janji pilihanraya demokratik untuk menyatukan semula negara.
Bagaimanapun, penyatuan semula secara aman tidak menjadi kenyataan, sebaliknya pembahagian ini membawa kepada Perang Vietnam yang, bergantung kepada perspektif individu, merupakan sama ada perang saudara atau sebidang medan pertempuran dalam konflik ideologi sedunia yang berterusan ketika itu, iaitu Perang Dingin. Ketika itu, Vietnam Utara disokong oleh Republik Rakyat China dan Kesatuan Soviet, manakala Vietnam Selatan disokong Amerika Syarikat. setelah berjuta-juta nyawa rakyat Vietnam dan pengunduran pihak Amerika dari Vietnam pada bulan Mac 1973, perang berakhir dengan kejatuhan Saigon ke tangan Vietnam Utara pada April 1975. Vietnam yang disatukan semula itu seterusnya mengalami penindasan dalaman dan kemudian dipinggirkan oleh komuniti antarabangsa kerana Perang Dingin yang berterusan dan serangan Vietnam terhadap Kemboja. Pada tahun 1986, Parti Komunis Vietnam mengubah dasar ekonominya lalu memulakan pembaharuan sektor swasta yang seiras dengan apa yang dilakukan di China. Sejak pertengahan 1980-an, Vietnam menikmat pertumbuhan ekonomi yang cukup besar dan sedikit pengurangan dalam penindasan politik, namun laporan mengenai korupsi turut menjadi-jadi.
[sunting] Nama yang berubah-ubah
For the most part of its history, the geographical boundary of present day Vietnam covers 3 ethnically distinct nations: a Viet nation, a Cham nation, and a part of the Khmer Empire.
The Viet nation originated in the Red River Delta in present day north Vietnam and expanded over its history to the current boundary. It went through a lot of name changes, with Đại Việt being used the longest. Below is a summary of names:
| Zaman | Nama Negara | Tempoh | Sempadan |
|---|---|---|---|
| Dinasti Hồng Bàng | Văn Lang | sebelum 258 SM | Tiada catatan tepat mengenai sempadannya. Beberapa legenda mengaku bahawa sempadan utaranya mungkin mencapai Sungai Yangtze. Namun begitu, kebanyakan buku teks sejarah Vietnam masa kini hanya mengakui Delta Sungai Merah sebagai petempatan budaya Lạc Việt. |
| Dinasti Thục | Âu Lạc | 258 SM - 207 SM | Delta Sungai Merah dan kawasan pergunung utara dan barat yang berdekatan |
| Dinasti Triệu | Nam Việt | 207 SM - 111 SM | Âu Lạc, Guangdong, dan Guangxi |
| Pemerintahan China Han | Giao Chỉ (Jiao Zhi) | 111 SM - 544 M | Vietnam utara dan utara-tengah masa kini
(sempadan selatan diluaskan sehingga Sungai Ma dan delta Sungai Ca). |
| Dinasti-dinasti China seterusnya | Dikenali umum sebagai Giao Châu.
Vạn Xuân ketika kedaulatan separuh abad Dinasti Lý Awal. Dinamakan An Nam secara rasmi oleh Dinasti Tang China sejak tahun 679 M. |
544 M - 967 M | Sama seperti di atas |
| Dinasti Đinh dan Lê Awal | Đại Cồ Việt | 967 M - 1009 M | Sama seperti di atas |
| Dinasti Lý dan Trần | Đại Việt | 1010 M - 1400 M | Sempadan selatan diluaskan ke kawasan Hue masa kini. |
| Dinasti Hồ | Đại Ngu | 1400 M - 1407 M | Sama seperti di atas |
| Dinasti Lê, Mạc, bangsawan Trịnh-Nguyễn Lords, Tây-Sơn | Đại Việt | 1428 M - 1802 M | Beransur-ansur berkembang ke sempadan Vietnam masa kini |
| Dinasti Nguyễn | Việt Nam | 1802 M - 1887 M | Vietnam masa kini beserta pendudukan wilayah di Laos dan Kemboja |
| Penjajahan Perancis | Indochina Perancis, terdiri daripada Cochinchina (Vietnam selatan), Annam (Vietnam tengah), Tonkin (Vietnam utara), Kemboja dan Laos | 1887 M - 1945 M | Vietnam, Laos dan Kemboja masa kini |
| Kemerdekaan | Việt Nam (dengan nama-nama berbeza seperti Republik Demokratik Vietnam, Negara Vietnam, Republik Vietnam, Republik Sosialis Vietnam) | Republik Demokratik Vietnam (1945-1976),
Negara Vietnam (1949-1956), Republik Vietnam (1956-1975 di Vietnam Selatan), Republik Sosialis Vietnam (1976-kini) |
Vietnam masa kini |
[sunting] Pautan luar
- Vietnam History from ancient time
- Vietnam Chronology World History Database
- Viet Nam's Early History & Legends by C.N. Le (Asian Nation - The Landscape of Asian America)
- Tungking by William Mesny
- Pre-Colonial Vietnam by Ernest Bolt (University of Richmond)
- Human Rights in Vietnam 2006 (Human Rights Watch)
- French IndoChina Entry in a 1910 Catholic Encyclopedia about Indochina (New Advent).
- Virtual Vietnam Archive Exhaustive collection of Vietnam related documents (Texas Tech University)
- Geneva Accords of 1954 Text of the 1954 Accords by Vincent Ferraro (Mount Holyoke College)
- Việt-Học Thư-Quán - Institute of Vietnamese Studies - Viện Việt Học Many pdfs of Vietnamese history books
- Vietnam Dragons and Legends Vietnamese history and culture by Dang Tuan.
- Indochina - History links for French involvement in Indochina, casahistoria.net
- Vietnam - History links for US involvement in Indochina, casahistoria.net
- Early History of Vietnam - Origin of Vietnam name
- The American War: the U.S. in Vietnam - a Pinky Show online documentary video that includes a brief history of Vietnam
- Hoàng Văn Chí, Từ Thực Dân Đến Cộng Sản
- Hoàng Văn Hoan, Giọt Nước Trong Biển Cả
- Hoàng Văn Chí, Trăm Hoa Đua Nở Trên Đất Bắc
- Nguyễn Thanh Giang, Tưởng Niệm Con Đường Phan Chu Trinh