Lembaga Peperiksaan Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lembaga Peperiksaan Malaysia
Intisari agensi
Dibentuk3 Mei 1956; 67 tahun yang lalu (1956-05-03)
JenisAgensi
Bidang kuasa
Kerajaan Malaysia
Ibu pejabatAras 2, Blok E11, Kompleks E,

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,

62604, Putrajaya, Malaysia.
Eksekutif Agensi
  • Dr. Mohd Azam bin Ahmad, Pengarah
Agensi induk
Kementerian Pendidikan Malaysia
Laman sesawang
www.lp.moe.gov.my

Lembaga Peperiksaan (LP) (Tulisan Cina : 马来西亚考试局; Tulisan Tamil : தேர்வு ஆணையம்) merupakan sebuah badan yang bertanggungjawab mengendalikan ujian awam kebangsaan di negara Malaysia. LP merupakan satu-satunya badan peperiksaan di dunia yang menjalankan peperiksaan berpusat secara serentak yang dijalankan dengan berlandaskan kurikulum kebangsaan untuk 1.5 juta calon. Ianya turut merupakan badan peperiksaan yang pertama di Asia Tenggara yang menggunakan teknologi komputer dalam urusan pemerosesan data peperiksaan pada tahun 1967.

LP kini bertanggungjawab membina, mengeluar dan mengendalikan empat peperiksaan pusat (Ujian Pencapaian Sekolah Rendah, Pentaksiran Tingkatan Tiga, Sijil Pelajaran Malaysia dan Sijil Tinggi Agama Malaysia), berbagai-bagai pentaksiran sekolah dan peperiksaan luar negara.

Secara fizikalnya, Lembaga Peperiksaan Malaysia telah bertapak di lima tempat sejak ia diwujudkan iaitu : -

  • di Bangunan Persekutuan, Jalan Hishamuddin, 1956
  • di Jalan Davidson (Jalan Hang Jebat), 1959
  • di Jalan Sulaiman, 1967
  • di Jalan Duta, 1974
  • di Jalan Duta, KL dan Blok E11 & E14, Kompleks E Putrajaya (2005 - kini)

Di antara kejayaan yang dicapai Lembaga Peperiksaan ialah :

Pelaksanaan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan (1960) Perintis dalam penggunaan komputer di negara ini (1967) Pengambilan sistem peperiksaan Cambridge (1978) Penyediaan sistem peperiksaan mengikut keperluan Pengiktirafan sijil peperiksaan Pelaksanaan sistem Sijil Terbuka

Di antara kejayaan yang dicapai Lembaga Peperiksaan ialah :

  • Pelaksanaan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan (1960)
  • Perintis dalam penggunaan komputer di negara ini (1967)
  • Pengambilan sistem peperiksaan Cambridge (1978)
  • Penyediaan sistem peperiksaan mengikut keperluan
  • Pengiktirafan sijil peperiksaan
  • Pelaksanaan sistem Sijil Terbuka

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Lembaga Peperiksaan Malaysia lahir sebagai Unit Peperiksaan di Kementerian Pendidikan pada 3 Mei 1956. Ia bertukar nama menjadi Lembaga Peperiksaan pada tahun berikutnya. Penubuhannya adalah untuk mewujudkan sistem peperiksaan yang sama bagi semua sekolah di negara ini sejajar dengan hasrat Penyata Razak.

Dari sudut sejarah terdapat empat fasa perkembangan dalam sistem peperiksaan negara ini.

Pra-merdeka[sunting | sunting sumber]

Dalam fasa perkembangan ini belum ada sesuatu dasar kebangsaan mengenai pendidikan negara. Peperiksaan yang dijalankan adalah mengikut keperluan sekolah atau mengikut peperiksaan luar negeri seperti Overseas School Certificate.

Pelaksanaan Penyata Razak[sunting | sunting sumber]

Penyata Razak (1956) mewujudkan Dasar Pendidikan Negara yang ulung. Pelaksanaan dasar tersebut telah melahirkan Lembaga Peperiksaan. Di peringkat awal selain mengendalikan peperiksaan Cambridge, Lembaga Peperiksaan telah mengendali sendiri peperiksaan berikut :

  • Malayan Secondary School Entrance Examination (MSSEE)
  • Lower Certificate of Education (LCE)

Pelaksanaan Laporan Rahman Talib[sunting | sunting sumber]

Perakuan Laporan Rahman Talib (1960) memberi penekanan, di antara lain, melanjutkan persekolahan kepada umur 15 tahun, sistem naik darjah secara automatik dan seterusnya pendidikan bercorak aneka jurusan. Pelaksanaan dalam bidang peperiksaan telah mewujudkan:

  • Kemasukan mata pelajaran elektif dalam LCE dan SRP
  • Peperiksaan Penilaian Darjah V (PPDL)
  • Peperiksaan Sijil Pelajaran Vokasional Malaysia (SPVM)
  • Ujian Diagnostik Darjah III (UDT)

Pelaksanaan Laporan Kabinet[sunting | sunting sumber]

Pelaksanaan Laporan Kabinet (1979) telah mewujudkan perkembangan sistem pendidikan yang terkini, khususnya KBSR dan KBSM. Ini telah menyebabkan berlakunya penyesuaian dalam sistem peperiksaan untuk memenuhi hasrat dan kehendak kurikulum dan sejajar dengan Falsafah Pendidikan Negara. Perubahan/Penyesuaian yang dibuat dalam sistem peperiksaan ialah:

  • Mewujudkan UPSR bagi menggantikan PPDL
  • Mewujudkan PMR bagi menggantikan SRP
  • Menyesuaikan SPM supaya selaras dengan kehendak KBSM

Kuasa Lembaga Peperikasaan[sunting | sunting sumber]

Lembaga Peperiksaan ditadbirkan mengikut kuasa-kuasa yang diberi kepada Pengarah Peperiksaan melalui Akta Pendidikan 1996 (Akta 550):

Mengikut Seksyen 67
Menteri memberi kuasa kepada Pengarah Peperiksaan untuk melaksanakan penilaian bagi murid di sekolah rendah dan menengah berdasarkan cara dan taraf pencapaian yang ditetapkan oleh Menteri
Mengikut Seksyen 68
Menteri memberi kuasa kepada Pengarah untuk membuat peraturan-peraturan yang mengadakan peruntukan bagi:
  • Peperiksaan hendaklah diadakan bagi maksud Akta ini
  • Masa dan tempat peperiksaan akan diadakan dan kelayakan serta syarat-syarat untuk mengambil peperiksaan;
  • Yuran hendaklah dibayar bagi mengambil peperiksaan;
  • Sukatan pelajaran dan bahasa pengantar bagi peperiksaan;
Mengikut Seksyen 69
  1. "tiada seorang pun atau tiada suatu institusi pendidikan pun boleh mengendalikan, membenarkan atau menyebabkan diadakan atau dikendalikan, atau dengan apa-apa cara terlibat dalam pengadaan atau pengengalian, apa-apa peperiksaan bagi mana-mana murid institusi pendidikan atau bagi mana-mana calon persendirian tanpa mendapatkan kelulusan bertulis Pengarah Peperiksaan terlebih dahulu."
  2. "Pengarah Peperiksaan boleh mengenakan apa-apa sekatan, terma dan syarat yang difikirkan patut"

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]