Laporan Fenn-Wu 1951

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Laporan Fenn-Wu 1951 diadakan sebagai reaksi tidak puas hari masyarakat Cina terhadap laporan Barnes 1950. Laporan pendidikan Cina di Malaysia ini diketuai oleh Dr. Fenn (Setiausaha Kerja Bersekutu - Negara China) dan Profesor Dr. Wu Teh Yao yang bekerja dengan (Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu).

Laporan ini mengkaji dan menilai semula semula kewajaran Laporan Barnes 1950. Masyarakat Cina bandar ketika itu menganggap laporan tersebut bertujuan menghapuskan bahasa Cina dan kebudayaan Cina.

Pandangan dan kajian laporan ini kemudian diserap dalam Ordinan Pelajaran 1952.

Cadangan[sunting | sunting sumber]

  1. Sekolah vernakular iaitu sekolah Cina, Sekolah Tamil dan Sekolah Melayu dibenarkan beroperasi dan menggunakan tiga bahasa, iaitu bahasa Melayu, bahasa Cina dan bahasa Tamil dan bahasa kebangsaan juga diadakan.
  2. Sekolah-sekolah aliran jenis kebangsaan (Sekolah Inggeris) dikekalkan.
  3. Sekolah-sekolah vokasional terus dikembangkan untuk menampung keperluan tenaga pekerja mahir yang diperlukan untuk pembangunan negara Persekutuan Tanah Melayu / Malaysia.

[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]