Sekolah Berasrama Penuh

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
LogoSBP.png

Sekolah Berasrama Penuh (SBP) merupakan kumpulan sekolah menengah perdana dikhaskan untuk pelajar-pelajar yang mendapat keputusan cemerlang di dalam UPSR dan PMR. Tujuan asal penubuhan sekolah jenis ini ialah untuk memberi peluang kepada pelajar bumiputera di luar bandar. Ini adalah kerana pada awalnya, sekolah berasrama hanyalah sekolah berasrama Inggeris / ala Inggeris (seperti Kolej Melayu Kuala Kangsar) yang terhad kepada anak-anak Raja dan orang kenamaan sahaja. Namun kini, semua sekolah berasrama penuh adalah sama dan terbuka kepada semua warganegara Malaysia.

Di sekolah berasrama penuh waktu belajar telah diatur oleh pihak sekolah dan setiap pelajar perlu mematuhi jadual tersebut. Inilah satu keunikan kehidupan sekolah berasrama penuh dibandingkan dengan kehidupan pelajar di sekolah harian biasa. Pada setiap tahun, sudah menjadi tradisi setiap sekolah berasrama penuh untuk bertanding di Hari Kecemerlangan Sekolah Berasrama Penuh bagi merebut Piala Perdana Menteri.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sejarah penubuhan SBP bermula pada tahun 1890, ketika R.O. Winsted menjadi Timbalan dan kemudiannya menjadi Pengarah Pelajaran Tanah Melayu. Pada tahun tersebut “The Selangor Raja School” ditubuhkan sebagai memulakan langkah melahirkan elit Melayu dari kalangan istana dan anak-anak pembesar negeri, menerusi pendidikan aliran Inggeris. Pada tahun 1894, sekolah ini telah ditutup untuk tujuan pengubahsuaian dan dilahirkan semula dalam bentuknya yang baru pada tahun 1905 di Kuala Kangsar, yang sehingga hari ini dikenali sebagai The Malay College Kuala Kangsar (MCKK).[1]

Sultan Perak (Sultan Idris) dalam Persidangan Raja-Raja (DURBAR) pada tahun 1903 yang mengkritik dasar pentadbiran Inggeris, khususnya dalam hal pendidikan orang Melayu dengan mengatakan ianya sekadar “to producing better Malay farmers or fisherman only”. Sultan Perak sendiri telah menawarkan lokasi penubuhan MCKK di tapak sekarang ini, dengan maksud “for the education of the Malays of good family and for the training of Malay boys for admission to certain branches of the government service”. Pada tahun 1947, “Malay Girl College” ditubuhkan di Kuala Lumpur, kemudiannya berpindah ke Seremban, Negeri Sembilan dan dikenali sebagai Kolej Tunku Kurshiah sehingga sekarang, mengambil sempena nama DYMM Raja Permaisuri Agong yang pertama.

Pada bulan September 1955, sebuah Jawatankuasa Pelajaran telah ditubuhkan yang akhirnya melahirkan Penyata Razak pada tahun 1956. Laporan Penyata Razak kemudiannya diluluskan dan menghasilkan Ordinan Pelajaran 1957. Penyata Razak telah memperakukan penubuhan 6 buah Sekolah Berasrama Penuh (SBP), iaitu:

1. Sekolah Dato’ Abdul Razak (SDAR) - 1956

2. Sekolah Tun Fatimah (STF) - 1956

3. Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR) - 1957

4. Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim (SMSAH) - 1963

5. Sekolah Alam Shah (kini dinamakan Sekolah Sultan Alam Shah) (SAS) - 1963

6. Sekolah Seri Puteri (SSP) - 1968


Pada tahun 1955, Kolej Islam Malaya telah ditubuhkan di atas tapak bekas istana, yang diwakafkan oleh Almarhum Sultan Hishamuddin ibni Sultan Sulaiman di Klang, Selangor. Pada tahun 1966, kolej ini berpindah ke Jalan Universiti di Petaling Jaya, Selangor. Pada tahun 1967, setelah kerja-kerja pengubahsuaian selesai, kolej ini berpindah semula ke Klang dan diberi nama Kolej Islam Klang. Pada tahun 1972, pentadbiran kolej ini diambil alih sepenuhnya oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan dinamakan sebagai Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS).

Kemajuan pendidikan di kalangan murid-murid luar bandar, khususnya dalam bidang sains mendapat perhatian daripada para pemimpin negara. Kerana itu, antara projek penting yang perlu dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia Kedua dinyatakan sebagai: "an important project in the plan is the establishment of ten pilot residential secondary science schools to provide added educational opportunities for pupils from rural areas to pursue their education in science subjects.

Justeru 10 buah SBP berikut telah dibina di dalam Rancangan Malaysia Kedua iaitu:-


1. Sekolah Menengah Sains Sultan Mohamad Jiwa (1973)

2. Sekolah Menengah Sains Tun Syed Sheh Shahabudin (1973)

3. Sekolah Menengah Sains Selangor (1973)

4. Sekolah Menengah Sains Muzaffar Shah (1973)

5. Sekolah Menengah Sains Sultan Haji Ahmad Shah (1973)

6. Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud (1973)

7. Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra (1973)

8. Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra (1974)

9. Sekolah Menengah Sains Tuanku Jaafar (1974)

10. Sekolah Menengah Sains Johor (1975)


Sehingga akhir tahun 2000, jumlah SBP telah menjangkau ke angka 39 buah dengan kapasiti murid seramai kira-kira 25,000 orang dan jumlah guru seramai kira-kira 2,500 orang. Pada tahun 2002, Sekolah Menengah Sains Seremban mula beroperasi sebagai SBP ke 40 di premis lama Sekolah Dato’ Abdul Razak, Seremban yang berpindah ke bangunan barunya di Sungai Gadut, Seremban. Manakala 4 buah SMKA yang dinaik taraf sebagai SBP mula beroperasi. Sekolah-sekolah ini dinamakan sebagai Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI). Konsep integrasi menggabungkan 3 aliran iaitu Aliran Sains Tulen, Aliran Sains Tulen Agama dan Aliran Sains Teknikal.

Pada tahun 2003, Sekolah Menengah Sains Seri Puteri dan Sekolah Menengah Sains Alam Shah ditubuhkan mengambil alih premis lama Sekolah Seri Puteri yang berpindah ke Cyberjaya dan Sekolah Sultan Alam Shah ke Putrajaya. Manakala 7 buah Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) mula beroperasi pada tahun 2003 dan sebuah SBPI mula beroperasi pada tahun 2004. Sehingga kini bilangan SBP di seluruh negara adalah 60 buah sekolah.

Falsafah SBP[sunting | sunting sumber]

Pendidikan di sekolah berasrama penuh adalah suatu usaha berterusan bagi menyediakan suasana persekolahan dan pembelajaran yang terancang, terkawal dan sempurna untuk memupuk dan memperkembangkan kebolehan pelajar-pelajar berpontensi ke arah kecemerlangan sebagai insan dan warganegara yang seimbang dan bertanggungjawab terhadap tuntutan agama, bangsa dan negara.

Matlamat SBP[sunting | sunting sumber]

  1. Mewujudkan peluang untuk pelajar yang berpotensi terutamanya dari kawasan dari luar bandar bagi mendapatkan pendidikan dengan kemudahan yang teratur, sempurna dan terkini dalam iklim persekolahan yang kondusif.
  2. Memperbanyakkan peluang pelajar bumiputera mendapat pendidikan berkualiti sebagai persediaan ke arah pendidikan tinggi untuk memenuhi keperluan negara.
  3. Melahirkan pelajar-pelajar yang mempunyai kepimpinan cemerlang melalui pendedahan hidup bermasyarakat sarwajagat.
  4. Melahirkan insan dan warganegara yang bertanggungjawab, berilmu, beriman dan beramal sesuai dengan nilai-nilai hidup masyarakat Malaysia.
  5. Melahirkan pelajar-pelajar yang mempunyai kemampanan sahsiah yang mampu menghadapi alam remaja.
  6. Melahirkan kesedaran kepada seluruh warga SBP supaya dapat menghayati matlamat kecemerlangan SBP.
  7. Mewujudkan warga SBP yang mengamalkan budaya penyayang.
  8. Melahirkan kejituan semangat patriotisme di kalangan pelajar SBP.
  9. Menghasilkan pelajar-pelajar yang dapat menguruskan kerja-kerja dengan cekap, pantas, tepat dan bijaksana.
  10. Menjayakan program pendidikan menengah yang berorientasikan sains bagi mewujud tuntutan wawasan 2020.

Senarai SBP[sunting | sunting sumber]

Berikut merupakan senara nama sekolah berasrama penuh di Malaysia kini: [2]

  1. Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS)
  2. Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK)
  3. Kolej Tunku Kurshiah (TKC)
  4. Sekolah Menengah Sains Alam Shah (ASIS)[1]
  5. Sekolah Menengah Sains Sabah (SMESH)[2]
  6. Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gombak (INTEGOMB)
  7. Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gopeng (IGOP)[3]
  8. Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Jempol (INTEJ)[4]
  9. Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kuantan (INTEK)[5]
  10. Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kubang Pasu (I-KUPS)[6]
  11. Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Tun Abdul Razak (InSTAR)
  12. Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Rawang (SEPINTAR)
  13. Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Sabak Bernam(INTESABER)
  14. Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Selandar (SISME)
  15. Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Temerloh[7] (InSofT)
  16. Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Batu Rakit ( BRAINS )
  17. Sekolah Dato' Abdul Razak (SDAR)
  18. Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang (SMAPK)
  19. Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu (SMAPL)[8]
  20. Sekolah Menengah Sains Bagan Datoh (SABDA)
  21. Sekolah Menengah Sains Dungun(SEMERDU)
  22. Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor (SEMASHUR)
  23. Sekolah Menengah Sains Johor (SMSJ)
  24. Sekolah Menengah Sains Kepala Batas (SAKBA)
  25. Sekolah Menengah Sains Kota Tinggi (SAKTI)
  26. Sekolah Menengah Sains Kuala Selangor (KUSESS)
  27. Sekolah Menengah Sains Kuala Terengganu (SESTER)
  28. Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu (SMSKP)
  29. Sekolah Menengah Sains Kuching (SAINSKU)
  30. Sekolah Menengah Sains Labuan (SMEXCEL)
  31. Sekolah Menengah Sains Lahad Datu ( SEMSALD )
  32. Sekolah Menengah Sains Machang (SMACH)
  33. Sekolah Menengah Sains Miri (SAINSRI)
  34. Sekolah Menengah Sains Muar (SAMURA)[9]
  35. Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah (MOZAC)[10]
  36. Sekolah Menengah Sains Pasir Puteh (SCIPP)
  37. Sekolah Menengah Sains Pokok Sena (SAINA)[11]
  38. Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah (SERATAS)
  39. Sekolah Menengah Sains Rembau (SEMESRA)
  40. Sekolah Menengah Sains Selangor (SMSS)
  41. Sekolah Menengah Sains Tuanku Munawir (SASER)
  42. Sekolah Menengah Sains Seri Puteri (SESERI)
  43. Sekolah Menengah Sains Sultan Haji Ahmad Shah Kuantan (SEMSAS)
  44. Sekolah Menengah Sains Sultan Iskandar Mersing (ISKANDAR)
  45. Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud (SESMA)
  46. Sekolah Menengah Sains Sultan Mohamad Jiwa (SMOJI) [12]
  47. Sekolah Menengah Sains Teluk Intan (SEMESTI)
  48. Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah Raub (SEMESTA)
  49. Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra (SMSTMFP)
  50. Sekolah Menengah Sains Tuanku Jaafar (STJ)
  51. Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra (SYED PUTRA)
  52. Sekolah Menengah Sains Tun Syed Sheh Shahabudin (SMSTSSS)[13]
  53. Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim (SMSAH)
  54. Sekolah Sains Sultan Haji Ahmad Shah Pekan (SHAH PEKAN)
  55. Sekolah Seri Puteri (SSP)
  56. Sekolah Sultan Alam Shah (SAS)
  57. Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR)
  58. Sekolah Tun Fatimah (STF)
  59. Sekolah Menengah Sains Tapah (SESTA)
  60. Sekolah Menengah Sains Hulu Terengganu (SAHUT)
  61. Sekolah Menengah Sains Batu Pahat (SEHEBAT)
  62. Sekolah Menengah Sains Sembrong, Kluang (SASEM)
  63. Sekolah Menengah Sains Setiu (SAIS)
  64. Sekolah Menengah Sains Banting (BASiS) [14]
  65. Sekolah Menengah Agama Persekutuan Bentong (SUPERB)
  66. Sekolah Menengah Sains Gua Musang (masih dalam pembinaan)
  67. Sekolah Menengah Sains Kuching Utara (SAKURA)

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]