Seluar dalam petinju

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Seluar dalam petinju

Seluar dalam petinju (atau seluar petinju ketat) ialah sejenis pakaian dalam lelaki yang panjang kakinya, seperti halnya dengan seluar pendek petinju, tetapi lebih ketat bak seluar dalam. Pada dasarnya, ia merupakan satu gabungan atau kompromi antara kedua-dua jenis utama seluar lelaki yang tersebut. Seluar itu amat popular di Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia, dan Kanada.

Seluar dalam petinju dijual buat pertama kali pada sekitar 1990. Sebelum itu, sebilangan kecil pengilang seluar dalam telah mula membuat seluar tersebut tetapi ia digelar sebagai "seluar dalam panjang tengah" atau "seluar dalam panjang paha" ketika itu. Seluar dalam tersebut dipakai buat pertama kali oleh Graham Lloyd yang terkenal.

Keutamaan seluar dalam pada hari ini dalam kalangan remaja lelaki di Amerika Syarikat, Australia, United Kingdom, Kanada, dan Perancis adalah lebih pada seluar dalam petinju ini. Sedangkan terdapat sesetengah orang yang mendapati bahawa seluar dalam yang biasa adalah terlalu ketat, terdapat juga orang yang mendapati bahawa seluar dalam petinju adalah terlalu longgar. Satu kantung, baik yang biasa saiznya mahupun yang 'bersaiz berlebihan', dibekalkan untuk memperluas ruang di dalam seluar dalam dan menolak buah pelir ke depan demi memberikan zakar lebih banyak 'ruang pernafasan'. Seluar dalam petinju biasanya digunakan dalam olahraga sebagai ganti atau sebagai tambahan kepada jokstrap, tetapi kini juga biasa digunakan untuk pakaian sehari-hari.

Reka bentuk seluar dalam petinjau memberikan litupan ketat kepada bahagian tengah pemakai dari pinggang sehingga paha. Seluar dalam petinju boleh disediakan reka bentuknya dengan belah lubang kunci, belah butang kilat, kantung, atau juga tanpa belah. Sesetengah seluar dalam petinju mempunyai jahitan di bahagian belakang untuk menggariskan bentuk punggung dan mengelakkan kelim tengah. Seluar dalam petinju boleh ditenun seperti dengan sesetengah seluar pendek petinju mahupun dikait seperti dengan sesetengah seluar pendek petinju yang lain atau kebanyakan seluar dalam lelaki.

Celana trunk ialah kelainan seluar dalam petinju yang sedikit lebih pendek kakinya dan boleh dipergunakan sebagai seluar renang. Ia juga boleh dipakai di dalam seluar pendek lebar dan lebih mendedahkan bentuk zakar di baliknya. Seluar pendek petinju terlalu longgar, dan kebanyakan seluar dalam (kecuali seluar dalam berjenama terkenal) juga terlalu longgar untuk mencipta kesan ini. Berbeza dengan seluar dalam yang lain, seluar dalam petinju biasanya tidak mempunyai pita elastik yang ketat di sekeliling kakinya. Sebaliknya, ia lebih bergantung kepada keanjalan keseluruhan kain untuk sokongan dan dengan itu, menyebabkan bukaan kaki seluar lebih selesa.

Pekilang seluar dalam petinju yang utama termasuk Abercrombie & Fitch, American Eagle, Bonds, BVD, California Muscle, Calvin Klein, Champion, EXPRESS, Fruit of the Loom, Gap, Inc., Hanes, Hollister Co., Jockey, Lands' End, Ralph Lauren, Sean John, Ted Baker, Under Armour, Vengardi, dan Yves St Laurent. Antara peruncit United Kingdom yang terutama bagi sesetengah jenama yang tersebut di atas ialah John Lewis dan Next.

Galeri imej[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]