Senarai negara yang berbilang ibu negara

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Negara berbilang ibu negara

Terdapat sebilangan negara yang berbilang ibu negara; selalunya satu bandar menjadi pusat kerajaan dan satu lagi menjadi ibu negara yang sah.

Kini berbilang ibu negara[sunting | sunting sumber]

Negara Ibu negara Keterangan
Afrika Selatan Pretoria Pusat pentadbiran
Cape Town Pusat perundangan
Bloemfontein Pusat kehakiman
Benin Porto-Novo Ibu negara rasmi
Cotonou Pusat kerajaan de facto
Bolivia Sucre Ibu negara rasmi (berperlembagaan); pusat kehakiman
La Paz Pusat pentadbiran dan perundangan
Chile Santiago Ibu negara rasmi; pusat pentadbiran dan kehakiman
Valparaíso Pusat perundangan
Côte d'Ivoire Yamoussoukro Ibu negara rasmi
Abidjan Pusat kerajaan de facto
Georgia Tbilisi Pusat pentadbiran dan kehakiman
Kutaisi Pusat perundangan
Malaysia
Kuala Lumpur Ibu negara rasmi; pusat perundangan
Putrajaya Ibu negara pusat pentadbiran dan kehakiman
Sri Lanka
Sri Jayawardenapura-Kotte Pusat pentadbiran
Colombo Pusat perdagangan
Swaziland Mbabane Pusat pentadbiran
Lobamba Pusat perundangan dan diraja
Tanzania Dodoma Ibu negara rasmi
Dar es Salaam Pusat kerajaan de facto
Sahara Barat (SADR) El Aaiún Ibu negara terisytihar
Bir Lehlou Ibu negara sementara

Sesetengah warga Kyoto mendakwa bahawa kedua-dua Tokyo dan Kyoto ialah ibu negara Jepun masa kini; rujuk Ibu negara Jepun.

Israel menetapkan Baitulmaqdis sebagai ibu negara, dan meletakkan pusat kerajaan di bandaraya tersebut. Namun begitu, sehingga status politik Baitulmaqdis mencapai penyelesaian muktamad, kebanyakan negara luar serta Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengiktiraf sebagai Tel Aviv. Tel Aviv berfungsi sebagai ibu negara sementara de facto Israel dari Mei hingga Disember 1948. Pihak Berkuasa Palestin juga menuntut Baitulmaqdis sebagai ibu negara Palestin akan datang; tetapi pusat kerajaan de facto kerajaan Palestin yang diiktiraf dunia terletak di Ramallah, manakala pusat kerajaan pimpinan Hamas adalah di Bandar Gaza.

Di Jerman, alat-alat kehakiman tertinggi (Bundesgerichtshof dan Bundesverfassungsgericht) bertapak di Karlsruhe, manakala ibu negara politiknya di Berlin. Sesetengah kementerian masih bertapak di Bonn, bekas ibu negara Jerman Barat yang masih bergelar "ibu kota persekutuan" (Bundesstadt).

Amsterdam ialah ibu negara Belanda mengikut perlembagaan, tetapi seluruh pusat kerajaannya (pusat pentadbiran negara, parlimen, kehakiman dan raja) berada di Hague.

Biarpun tidak dianggap sebagai negara, Kesatuan Eropah ada tiga pusat pentadbiran: Brussel (Eksekutif dan separa Perundangan), Luxembourg (Kehakiman) dan Strasbourg (Parlimen).

Cetinje ialah ibu negara bersejarah, tradisi dan sekunder negara Montenegro. Tarafnya diiktiraf oleh perlembagaan. Walaupun kediaman rasmi Presiden Montenegro terletak di situ, namun seluruh badan kerajaan yang lain terletak di Podgorica.

Pernah berbilang ibu negara[sunting | sunting sumber]

Kebanyakan negara yang beribu negara tunggal pada suatu masa pernah sesekali mengurniakan taraf ibu negara kepada lebih daripada sebuah bandaraya dalam sejarah. Negara-negara masa kini berikut pernah ada dua ibu negara yang berfungsi sebagai pusat pentadbiran pada masa yang sama atas pelbagai sebab seperti peperangan atau perpecahan.

Negara Tahun Ibu negara Keterangan
Filipina 1910-1948 Manila Ibu negara rasmi
1948-1976 Bandar Quezon Ibu negara rasmi
India 1912-1947 Delhi Ibu negara musim sejuk
Simla Ibu negara musim panas
Libya 1951-1969 Tripoli Ibu negara rasmi Kerajaan
Benghazi Ibu negara rasmi Kerajaan
Perancis 1940-1944 Paris Perancis yang diduduki Jerman
Vichy Negara Perancis
Serbia dan Montenegro 1992-2006 Belgrade Pentadbiran dan perundangan
Podgorica Kehakiman

Lihat juga[sunting | sunting sumber]