Shuaib Lazim

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Shuib Lazim)

Shuaib Lazim

PJN
شوعاءيب لازيم
Senator
Dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong
Dalam jawatan
5 April 1985 – 10 Julai 1991
Perdana MenteriMahathir Mohamad
Anggota Dewan Undangan Negeri Kedah
untuk Pantai Merdeka
Dalam jawatan
24 Mac 1990 – 4 Oktober 1990
Didahului olehGhazali Bakar
Digantikan olehJamaludin Yusof
Majoriti3,409 (1990)
Butiran peribadi
LahirShuaib bin Lazim
(1938-12-22)22 Disember 1938
Tikam Batu, Sungai Petani, Kedah, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia)
Meninggal dunia11 November 2023(2023-11-11) (umur 84)
Merbok, Kuala Muda, Kedah, Malaysia
Tempat persemadianTanah Perkuburan Islam Merbok
Parti politikPertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO)
Sekutu gabungan
politik lain
Barisan Nasional (BN)
Anak-anak6 (termasuk Shuryani)
HubunganJohari Abdul (anak saudara)
Mohammed Taufiq Johari (cucu saudara)
Shafie Apdal (menantu)
PekerjaanAhli perniagaan
ProfesionGuru
Nama samaranShubila

Datuk Haji Shuaib bin Haji Lazim (Jawi: شوعاءيب بن لازيم; 22 Disember 1938 – 11 November 2023), kadangkala disalah eja sebagai Shuib bin Lazim, ialah seorang ahli politik Malaysia, ahli perniagaan dan guru yang pernah berkhidmat sebagai Senator di parlimen Malaysia dari April 1988 hingga Julai 1991. Beliau juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Kedah (ADUN) untuk Pantai Merdeka dari Mac 1990 hingga Oktober 1990 dan memegang jawatan Bendahari Perkasa.

Shuaib pernah menjadi Ketua Umno Bahagian Sungai Petani, Timbalan Pengerusi Actacorp Holdings Bhd dan Pengerusi Hatten Group Sdn Bhd. Beliau juga rapat dengan mantan Menteri Kewangan Malaysia, Daim Zainuddin.[1]

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Shuaib bin Lazim dilahirkan di Tikam Batu, Sungai Petani, Kedah, Persekutuan Tanah Melayu.

Shuaib pernah menjadi menjadi guru di Kedah pada tahun 1957 selepas menerima latihan perguruan di Maktab Perguruan Kedah. Atas kecemerlangannya, beliau dinaikkan pangkat menjadi Pengetua pada 1970. Pada tahun 1978, beliau terlibat dalam perniagaan terutama sebagai pemaju perumahan dan menjadi pengerusi sembilan buah syarikat swasta. Beliau dilantik sebagai Senator di Dewan Negara pada 1990.[2]

Penglibatan di dalam politik[sunting | sunting sumber]

Shuaib adalah bekas seorang senator yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong bagi dua penggal. Rakan seperjuangan dari Kedah (1988) ialah Zakaria Said (Kuala Kedah), Mahmud Mat Zain (Padang Serai), Ismail Abdullah (Jerai), Osman Abdul (Pendang) dan Khalid Abdullah (Alor Setar).[3]

Pilihan raya kecil Pantai Merdeka 1990[sunting | sunting sumber]

Shuaib mengalahkan calon PAS, Muhamed Muslim Othman di Dewan Undangan Negeri Kedah kawasan Pantai Merdeka pada 24 Mac 1990.[4] Penamaan calon telah diadakan pada 12 Mac 1990.[5] Pada 21 Februari 1990, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pernah mengisytiharkan beliau bankrap tapi peliknya masih boleh bertanding dalam Pilihan raya kecil Pantai Merdeka 1990. PAS dan DAP mendesak agar SPR menarik balik pencalonan Shuaib kerana sebelum penamaan calon lagi telah dinyatakan bangkrap. Peguam bela beranggapan bahawa perintah mahkamah itu sebagai terbatal dan tidak sah. Hakim VC George menggesa peguam Shuaib menyediakan bukti bahawa hutang telah dimuktamatkan atau telah dilangsaikan. Jika Shuaib diakui bankrap, maka calon PAS boleh diisytiharkan menang tanpa bertanding.[6]

Dalam pilihan raya kecil itu, parti DAP telah turut berkempen menyokong calon PAS. Tindakan DAP ini dikecam oleh Dr Mahathir. Pilihan raya sebelum itu pada 1986, UMNO dan Barisan Nasional menang dengan majoriti besar iaitu 5166 undi kerana kawasan ini adalah kubu UMNO.Bekas Perdana Menteri Malaysia yang pertama Tunku Abdul Rahman turut berkempen menyokong calon PAS dan berdiri di pentas PAS.[7][8] Pilihan raya itu diadakan berikutan kematian ADUN BN , Ghazali Abu Bakar yang menang dalam Pilihan raya umum Malaysia 1986.

BN menang dengan majoriti 5,166 dalam tahun 1986. Dalam pilihanraya kecil ini majoritinya telah berkurang kepada 3,409. Peratus yang keluar mengundi yang lebih rendah (72.69% dalam tahun 1986 dan 68.12% dalam pilihanraya kecil) dan isu bankrap menjadi sebab utama kepada majoriti yang kurang itu. Malahan isu bangkrap merupakan satu-satunya isu utama yang telah dieksploit dengan sepenuhnya oleh PAS. Di satu pihak yang lain pula, kekurangan majoriti BN dianggap sebagai satu kejayaan kepada PAS. Keputusan pilihanraya kecil itu juga merupakan satu petanda bahawa gabungan PAS + Semangat 46 diterima oleh ahli-ahli dan penyokong PAS.

Kes beliau sentiasa menjadi rujukan para peguam berhubung status seseorang yang telah diisytikarkan bangkrap. Selepas setahun Perdana Menteri Malaysia, Mahathir Mohamad mengarahkan lantik orang lain.[9]

Penglibatan di dalam PERKASA[sunting | sunting sumber]

Presiden PERKASA, Ibrahim Ali pernah dilaporkan berkata Shuaib telah memaklumkan kepadanya hasrat beliau ingin berundur sebagai bendahari pada 10 April 2011 kerana keadaan kesihatannya yang uzur dan digantikan oleh Marzuki Ibrahim.[10]

Kontroversi[sunting | sunting sumber]

Video seks Anwar Ibrahim[sunting | sunting sumber]

Shuaib didakwa adalah salah satu dalang bernama "Datuk T"[11] bersama-sama Rahim Thamby Chik dan Shazryl Eskay Abdullah tetapi dindafikan sendiri olleh anak saudaranya yang mendedahkan bukti video di dalam dakwaan isu Video Seks Anwar Ibrahim.[12]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Shuaib merupakan mertua kepada Mohd Shafie Apdal, mantan Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah Malaysia serta mantan Ketua Menteri Sabah dari 2018 hingga 2020[13] dan juga bapa saudara kepada Johari Abdul, Ahli Parlimen Sungai Petani.

Keputusan pilihan raya[sunting | sunting sumber]

Dewan Undangan Negeri Kedah
Year Constituency Votes Pct Opponent(s) Votes Pct Ballots cast Majority Turnout
[[1]] N23 Pantai Merdeka Shuaib Lazim (UMNO) 10,384 N/A Muhamed Muslim Othman (PAS) 6,975 N/A N/A 3,409 68.12%

Anugerah[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]