Parti Melayu Semangat 46
| Parti Melayu Semangat 46 (S46) | |
|---|---|
![]() |
|
| Pengerusi Tetap | {{{pengerusi}}} |
| Presiden | Tengku Razaleigh Hamzah |
| Timbalan Presiden | Dato' Seri Rais Yatim |
| Ketua Pemuda | Mokhtar Ismail |
| Ketua Wanita | Hajjah Rahmah Osman |
| Ketua Puteri | sayap puteri tidak wujud |
| Diasaskan | 1988-1996 |
| Ibu pejabat | Kuala Lumpur, Malaysia |
| Keahlian | Bumiputera |
| Ideologi Politik | Nasionalisme Melayu |
| Affiliasi dalam negara | Angkatan Ummah dan Gagasan Rakyat |
| Affiliasi antarabangsa | {{{antarabangsa}}} |
| Warna | Kuning, Putih, Hijau |
| Laman web | tiada, penggunaan internet langsung tidak popular di Malaysia pada zaman kewujudan parti ini |
| {{{footnotes}}} | |
Parti Melayu Semangat 46 atau Semangat 46 (Singkatan: S46) merupakan sebuah parti politik serpihan UMNO. S46 ditubuhkan pada tahun 1988 selepas kekalahan Tengku Razaleigh Hamzah menentang Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad untuk jawatan Presiden UMNO dengan majoriti 43 undi. Selepas itu Tengku Razaleigh mendakwa UMNO dan memenangi kes ini, menyebabkan pendaftaran UMNO dilucutkan.
Selepas ini, Tengku Razaleigh menubuhkan Parti Semangat 46 bersama dengan Dato' Seri Utama Rais Yatim. Maksud "Semangat 46" ialah, meneruskan semangat penubuhan UMNO yang ada pada tahun 1946. Manakala Datuk Seri Dr Mahathir menubuhkan UMNO Baru ketika itu, untuk menggantikan UMNO yang diharamkan sebelum itu.
Tengku Razaleigh mendakwa bahawa parti Semangat 46 ini ialah parti UMNO yang sebenar dan asal, manakala UMNO Baru yang ditubuhkan oleh Dr Mahathir itu merupakan satu tiruan sahaja.
Parti Melayu Semangat 46 bekerjasama dengan PAS, BERJASA, HAMIM, dan KIMMA untuk menubuhkan Angkatan Perpaduan Ummah demi bertanding dalam Pilihanraya Umum Malaysia 1990 dan Pilihanraya Umum Malaysia 1995. Namun setakat itu mereka cuma mampu memenangi kuasa pemerintahan negeri Kelantan di bawah pimpinan PAS di sana, pada tahun 1990. Pada masa yang sama, S46 juga bekerjasama dengan DAP, PBS, dan PRM untuk menubuhkan Gagasan Rakyat demi bertanding dalam Pilihanraya Umum 1990.
Selepas Semangat 46 dibubarkan pada bulan Mei 1996, Tengku Razaleigh Hamzah dan Dato' Seri Utama Rais Yatim menyertai UMNO Baru. Oleh sebab itu, Mahathir Mohamed menyeru PAS supaya mengikut jejak S46 dan menyertai UMNO demi menyatukan semula bangsa Melayu di bawah satu parti.
