Shukaku

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Legenda dalam Bijuu[sunting]

Gambaran Shukaku dalam manga dan anime Naruto

Shukaku (尾 | 守鶴) adalah nama salah satu Bijuu. Shukaku berbentuk seekor rakun atau Tanuki dalam Bahasa Jepun. Dahulu, Shukaku adalah seorang sami dari Nara yang berubah menjadi raksasa kerana kekuatan Yamata no Orochi lalu berubah menjadi rakun raksasa. Keperibadiannya sangatlah sewel dan selalu bermain-main, sama seperti rakun. Dia hidup dari jiwa orang-orang yang mati kerana pasir dan angin. Tato ungu (biru di Naruto) miliknya menandakan julukannya sebagai dewa angin.

Tanuki dalam dongeng Jepun[sunting]

Gambaran Tanuki yang sewel telah dikembangkan sejak era Kamakura. Mereka digambarkan seperti anjing rakun besar dengan skrotum yang berukuran raksasa yang menggambarkan Tanuki dalam pandangan artistik yang deskriptif. Tanuki biasa digambarkan dengan testikel mereka yang tergantung di punggung atau dijadikan gendang. Tanuki biasa digambarkan juga dengan perut yang terlebih gendut. Perut mereka juga biasa digambarkan sebagai gendang yang ada dalam gambar atau kartun kesukaan kanak-kanak Jepang. Laporan lain mengatakan bahwa Tanuki ialah anggota masyarakat yang tidak berbahaya dan produktif. Beberapa kuil memiliki cerita tentang Tanuki yang boleh menyamar. Kisah yang popular salah satunya ialah Bunbuku Chagama iaitu seorang sami yang ditipu Tanuki yang mengubah diri menjadi cerek teh. Ada pula yang mengatakan Tanuki sering menipu pemburu dengan menjadi ranting pohon dengan merentangkan tangannya dan menunggu pemburu menjauh dan menjatuhkan diri dari pokok. Kadang-kala, Tanuki juga menipu para pedagang dengan menukarkan barangan dengan daun yang mereka sihir sehingga menyerupai wang. Ada juga yang mengatakan daun adalah sebahagian dari ritual sihir mereka.

Patung Tanuki sering ditemui di halaman warung dan kafe di Jepun. Biasanya mereka memakai penutup mangkuk dan memegang botol sake. Shukaku sendiri bererti "peminum" yang sesuai dengan gambaran Tanuki itu sendiri. Kebanyakan patung menggambarkan Tanuki dengan perut besar, dan ada pula yang menggambarkan skrotum besar sebagai tradisi. Itu juga boleh bermaksud kesuburan dan kecukupan.

Peperangan 9 Dewa[sunting]

Shukaku bertarung sebanyak lima kali, satu kemenangan atas Sokou, 3 kali kekalahan melawan Isonade, Nekomata dan Raijuu. Shukaku melarikan diri melawan Yamata no Orochi. Shukaku lalu berjaya dikurung oleh sami Nara bernama Oraga Nakashimu yang menggunakan sihir. Lalu dia menggunakan alat kekuatan "Cerek Tanduk Rusa" dan mengurungnya di Kuil Angin. Shukaku juga melambangkan dewa angin, tingkat kekuatan Bijuunya adalah ke-8 dan tingkat chakra miliknya adalah yang terlemah.



 
Bijuu

Shukaku | Nekomata | Isonade | Sokou | Hokou | Raijuu | Kaku | Yamata no Orochi | Kyuubi