Ungku Aziz

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Prof. Diraja Dr. Ungku Aziz

YM. Professor Diraja Ungku Abdul Aziz bin Ungku Abdul Hamid (28 Januari 1922 - ) merupakan seorang tokoh yang paling disegani terutamanya dalam bidang pendidikan dan seorang ahli ekonomi yang banyak menyumbang idea kepada agama, bangsa dan negara. Ia juga memenangi Hadiah Budaya Asia Fukuoka IV 1993.

Isi kandungan

[sunting] Keluarga

Beliau dilahirkan di London pada 28 Januari 1922, merupakan keturunan diraja Johor. Bapanya Ungku Abdul Hamid bin Ungku Abdul Majid merupakan seorang Leftenan dalam pasukan tentera Timbalan Setia Negeri Johor (JVC). Ibunya bernama Hamidah bte Abdullah, rakyat Turki yang beragama Islam . Pada 1924, ibunya meninggal dunia ketika Ungku Aziz berusia dua tahun. Setelah lahir di London, beliau dibawa pulang ke Batu Pahat, Johor. Datuknya Ungku Abdul Majid membawanya menjelajah ke serata Eropah.

Ayahnya seorang yang pintar dan pernah belajar di Universiti Cambridge dan boleh menguasai bahasa Parsi, Arab dan Sanskrit.

Beliau telah berkahwin dengan Sharifah Azah Aziz dan telah dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Y.M. Tan Sri Dato' Sri Dr. Zeti Akhtar, Gabenor Bank Negara Malaysia sekarang.

[sunting] Pendidikan

Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Ngee Heng, Johor Bahru, kemudian di Sekolah Bukit Zahrah dan seterusnya di English College, Johor Bahru , Sekolah Melayu Batu Pahat, kemudian menyambung pengajiannya di Raffles College kemudiannya Universiti Malaya Singapura dan mendapat ijazah ekonomi pada 1951. Kemudian pada 1964, beliau mendapat Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang ekonomi di Waseda University, Tokyo, Jepun.


[sunting] Perkhidmatan

Beliau menyertai Perkhidmatan Awam Johor (JCS) pada 1951, kemudian sebagai Pensyarah Ekonomi di Universiti Malaya Singapura (1952-1961). Pada tahun 1961-1965, beliau telah dilantik sebagai Professor dan Dekan di Fakulti Ekonomi di Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Kemudian dilantik sebagai Naib Canselor Universiti Malaya dari 1968 hingga 1988. Beliau merupakan Naib Canselor Universiti Malaya paling lama berkhidmat dengan universiti tersebut kira-kira 20 tahun.

[sunting] Anugerah

Beliau yang dianugerahkan gelaran Professor Diraja Ekonomi (Pembangunan Luar Bandar) pada 17 Jun 1978.Ungku Aziz juga merupakan pengasas ANGKASA dan Yang Dipertua ANGKASA sejak ditubuhkan pada 1971 .Pada 21 Julai 2002 beliau telah dianugerahkan Tokoh Koperasi Negara sempena Hari Koperasi Negara.

Beliau pernah memenangi Hadiah International Academic Prize of The 4th Fukuoka Asian Cultural Prizes 1993 by the City of Fukuoka.

Pada 1997, beliau telah dianugerahkan Tokoh Maal Hijrah oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.


Beliau juga menempa sejarah negara apabila menjadi penerima pertama ‘Anugerah Melayu Terbilang’ sempena sambutan ulang tahun Ke-59 UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) 11 Mei 2005. Anugerah disampaikan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Pada 25 Jun 2005, beliau telah dianugerahkan 'Tokoh Ekonomi Melayu' oleh Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM). Pada 2006, beliau menerima 'Anugerah Akademik Negara' sempena Majlis Pengisytiharan Universiti Penyelidikan dan Anugerah Akademik Negara 2006 pada 2 Ogos 2007 oleh YAB Dato’ Seri Najib Tun Razak, Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

[sunting] Sumbangan

Antara sumbangan dan peranan utama Ungku Aziz kepada negara ialah:-

  1. Yang Dipertua, Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) (Mac 1971-)
  2. Ahli Lembaga Pengarah, Koperasi Kedai Buku Universiti Malaya Berhad (KKUM) (1968-) , (Pekanbuku).
  3. Fellow Kehormat, Institut Sosial Malaysia, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (1.10.2005 - 30.9.2008)
  4. Ahli Majlis Tadbir Urus, Pusat Pengajian Kewangan Islam Antarabangsa, Bank Negara Malaysia (INCEIF Governing Council) (2006-2009)
  5. Pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) bagi membantu bumiputera menikmati agihan kekayaan negara serta Majlis Perundingan Ekonomi Negara (Mapen) II.
  6. Pencetus idea penubuhan Lembaga Urusan dan Tabung Haji (LTH)
  7. Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)
  8. Mengasaskan Universiti Malaya
  9. mencetuskan idea Akademi Islam
  10. mencetuskan idea Pusat Asasi Sains
  11. Pengerusi Cosmopoint Sdn Bhd (25.9.1995 - )
  12. Pengarah PLUS Expressways Berhad (11.3.2002 - )
  13. Pengarah PLUS Berhad (9.9.1988 - )

[sunting] Lihat juga

[sunting] Rujukan

  • Majalah Varsiti Universiti Malaya
  • Buku Penganugerahan Konvokesyen Universiti Malaya
Alatan peribadi
Ruang nama
Kelainan
Tindakan
Pandu arah
Perhubungan
Cetak/eksport
Alatan
Bahasa lain