Sing Buri

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Sing Buri
สิงห์บุรี
frames
Ibu kota Sing Buri
Gabernor Chuthamat Prathipwanit
(sejak 2004)
Keluasan 822.5 km2
Tangga ke-73
Jumlah
Penduduk
232,766 (2000)
Tangga ke-72
Kepadatan
Penduduk
283/km2
Tangga ke-11
ISO 3166-2 TH-17
Peta Amphoe

Sing Buri (Bahasa Thai: สิงห์บุรี) ialah salah satu daripada wilayah (changwat) Thailand. Wilayah berjiran termasuklah (dari utara ikut arah jam) Nakhon Sawan, Lop Buri, Ang Thong, Suphan Buri dan Chai Nat.

Sing Buri terletak di dataran lembah sungai Chao Phraya yang rata.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Kawasan Sing Buri memegang tempat yang penting dalam sejarah Thailand yang awal sejak zaman Dvaravati sehingga zaman Ayudhaya. Provinsi ini pernah dipisahkan menjadi tiga buah provinsi yang kecil — In Buri, Prom Buri and Sing Buri — tetapi kemudian disatukan oleh Raja Chulalongkorn (Rama V) pada tahun 1895.

Lambang[sunting | sunting sumber]

Lambang Sing Buri

Mohor provinsi ini menampilkan kubu Khai Bangrachan yang merupakan sebuah tugu peringatan bersejarah. Ketika orang-orang Myanmar menyerang Ayutthaya pada tahun 1765, sebelas orang kampung dari Bangrachan bertempur dengan tentera Myanmar ketika tentera itu berhenti di utara Ayutthaya. Orang-orang kampung itu dapat melambatkan kemaraan tentera Myanmar selama lima bulan sebelum ditewaskan. Tidak lama kemudian, Ayutthaya ditawan.

Pada setiap 4 Februari, sebuah upacara diadakan untuk peringatan pahlawan-pahlwan tempatan ini. Peristiwa ini pun telah dijadikan filem di Thailand.

Pokok provinsi ialah Pokok Cendana Merah (bahasa Inggeris: Red Sandalwood Tree; nama botani: Adenanthera pavonina).

Bahagian pentadbiran[sunting | sunting sumber]

Provinsi Sing Buri dibahagikan kepada enam buah daerah (Amphoe). Daerah-daerah ini dibahagikan lagi kepada 43 buah komun (tambon) dan 363 buah desa.

  1. Mueang Sing Buri
  2. Bang Rachan
  3. Khai Bang Rachan
  1. Phrom Buri
  2. Tha Chang
  3. In Buri

Pautan luar[sunting | sunting sumber]